KENGKAWAN

Saturday, October 03, 2015

Lagi perangai pelik time preggy

Bila dah hujung2 preggy ni, makin pelik pulak perangai aku.

Lately aky prefer pakai underwear ja duduk dalam rumah. Expose perut all the time. Kalau pakai baju, rasa rimas. Panas. Gatal..tsskk...

Uwaaa..

Malu gak dengan Mamoru kengkadang. Dressing separuh bogel. Tapi apakan daya.. tak mampu nak tahan panas. Asyik nak duduk dalam aircond ja. Bil letrik pun dah jadi ratus2 - aircond 24 jam.

Baju preggy just pakai bila keluar. Kat rumah prefer pakai t-shirt Mamoru. Besar sikit. Selesa. Itupun pakai t-shirt ja.. seluar tak pakai.. ahahaha

Tapi bab mekap, perfume, rambut, memang tak penah tinggal. Walaupun tak keluar gi memana. Duduk rumah pun wajib melaram. Dressing ja fail..

Pelik kan.

Bila Mamoru takda, pandai ja bawak diri, bawak perut. Asal Mamoru balik time weekend, mula mengada2. Tetiba ja tak larat buat semua benda.

Mamoru pulak, melayan. So, naik tocang la kan. Keje aku bila Mamoru balik KL, just terlantar atas katil. Bangun tidur, mandi, makeup cecantik, pastu terlantar atas katil balik, boleh?

Breakfast, Mamoru prepare.
Rumah, Mamoru kemas.
Anak2, Mamoru layan.
Membasuh, mengemop, menvacum semua Mamoru.
Cuci toilet pun Mamoru.

Risau juga kalau2 dia penat. Tapi bila aku try buat keje rumah, dia tak bagi. Suruh rehat2 ja.. So, hihihi..

Lately keje dia bertambah, mengurut aku pulak. Urut perut dengan minyak zaitun sebab aku geli pegang minyak. Aku suka sapu losyen wangi2 ja.  Sangat selesa bila Mamoru sapu & urut pelan2 perut dengan minyak zaitun. Sampai tertidur okay. Lately perut sentiasa mengeras. Bila kena urut camtu memang sangat membantu.

Walaupun bulan terakhir ni rasa agak mencabar, I still love my preggy look. Layan kan je lah perangai2 pelik ni. Tak lama ja lagi :)







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...