KENGKAWAN

Thursday, October 22, 2015

Menghitung hari, detik demi detik

Kalau ikut timing masa lahirkan Amarr dulu, maybe next week aku akan bersalin. Next week genap 38 minggu pregnancy.

Semalam dah start handover keje kat ofis. Boss aku risau aku deliver awal. Yelah, time Amarr dulu memang takda signal langsung nak deliver. Tau2 doktor terus tahan masa pegi checkup macam biasa sebab dah 4cm dilated. Tak rasa apa pun.

Buat masa ni nervous dah tolak tepi. Dalam kepala ni penuh dengan benda tak sepatutnya. Dengan frust bab transfer lagi. Tak kosentret sangat bab nak bersalin.

Cuma pening bab nak berpantang kat mana. Aritu dah confirm nak duduk kat Alor Gajah dengan Mamoru. Berpantang sendiri2 ja. Tanak susahkan sesiapa. Tapi my stepmum pulak terkecik hati sebab aku tanak duduk pantang dengan dia. Dia ingat aku merajuk. Kata dia, kalau aku tanak berpantang kat umah ayah, dia nak pindah dari rumah yang aku beli tu. Aduyaiiii... apa pulak ke situ dia fikir.

Aku bukan merajuk or kecik hati. Sebab utama aku tanak berpantang kat rumah ayah or rumah nenek sebab dua2 rumah tu dah ada cousin & adik tiri yang turut berpantang serentak. Tu ja pun.

Aku jenis suka suasana yang tenang. Tak ramai orang. Sebab aku tak suka dengar orang2 punya suggestion or ajar aku nak kena pantang macam mana or nak jaga anak macam mana. Rimas. Nanti aku stress. Lagipun aku ada dua hero2 kecik yang lasak dan suka buat bising. Kang takut diaorang buat havoc kacau baby2 lain nak tido. Haru pulak.

Tapi demi nak elak my stepmum terkecik hati, maybe aku akan berpantang kat umah ayah. Sekali dengan my stepsis. My stepmum tu macam arwah my mum jugak. Aku sayang dia coz dia sayang dan jaga ayah aku. Sanggup susah payah hidup dengan ayah aku duda anak 10. Nasib baik masa dia kahwin dengan ayah, kami adik breadik dah besar gajah. Dah habis belajar.

Tapiiiii seminggu je lah aku akan berpantang kat situ kut. Pastu aku akan stay dengan Mamoru kat Alor Gajah sampai habis maternity leave tiga bulan.

Bulan February tahun depan baru aku balik KL. Boleh?

Takpa, let's wait until next week. Kalau jadi bersalin, boleh say babai to KL and see u again next year 😜😜😜😜


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...