KENGKAWAN

Thursday, October 22, 2015

Tuition Ariff

Mamoru suruh stop kan Ariff dari tuition untuk sementara sebab risau aku ulang alik sampai 2 kali amik kiddos dari BBIM.

Sekali amik Amarr pukul 6.30 petang, pastu sekali lagi pegi amik Ariff balik tuition pulak pukul 8.30 malam.

Mamoru takut aku penat & tak larat. Sebelum ni, adik no.7 ada juga tolong hantar & ambil Ariff. Tapi dia dah tak duduk dengan aku lagi since lepas dia tunang aritu.

Ikutkan memang penat. Sampai keras2 perut paksa berjalan. Tapi takpa lah. Ariff pun tak lama lagi nak masuk sekolah rendah. Aku nak make sure dia pandai membaca, mengira & menulis sebelum dia jejakkan kaki masuk darjah satu. 

InsyaAllah, masa dalam pantang nanti, aku pulak take over untuk ajar dia personally (unless aku dapat cari cikgu tuition kat area Melaka untuk ajar dia nanti).




Komen teacher tentang Ariff :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...