KENGKAWAN

Sunday, November 29, 2015

Once Mekel - Hilang Naluri



Mawar merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia, berharaplah

Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi

Saturday, November 28, 2015

Our Aleesya

Compilation gambar Aleesya dari usia satu hari hingga 22 hari.

Aleesya ni kuat tau. Masa usia dia dua minggu dalam perut, aku dah bawak dia lari 60km Nuang ultra marathon.

Seminggu lepas tu, aku bawak dia hiking kat banjaran Tahan pulak dari Merapoh ke Kuala Tahan dalam masa 2 hari 1 malam.

Taim tu aku tak tau diri ni pregnant.

Bila dah tau pregnant pulak, aku pi lari full marathon 42km. Taim tu Aleesya baru 2 bulan lebih dalam perut. Lari slow ja. Timing masa tu 6 jam 30 minit kut..

Lepas2 tu ada juga running lain yang aku join. Tapi short distance ja. Dalam 5km ke 12km.

InsyaAllah, kalau ada masa, lepas 6 bulan nanti, maybe, diulang MAYBE aku akan berlari / hiking semula.

Dan maybe, no more ultra-run or ultra-hike sebab aku plan nak fully breastfeed Aleesya. So, aku tak boleh buat xtvt yang melebihi 4 jam tanpa stop untuk breastfeed atau pumping :)

C-sec fact:
6 minggu : Tempoh untuk boleh 'bersama' dengan suami semula.
6 bulan : Tempoh untuk luka operation pulih sepenuhnya
2 tahun : Tempoh untuk conceive semula - kalau teringin nak tambah anak lagi la kann.


Ni masa usia Aleesya satu hari (kat hospital Al Islam)

Tembam kan pipi dia 

Banyak gambar Aleesya time dia tidur. 


Sleeping princess

I see u! Ramai yang suka mata dia. Aku pun suka. Besauu.. hihi


Sama tak muka kami :)

Ok lah.. till next picture.. Assalamualaikum :)


Baru baik demam

Balik dari KL Ahad lepas tiba2 ja kena demam panas.

Stress sampai demam huhu.

Reading jaundice Aleesya Ahad aritu makin naik. Paed suruh datang semula next day untuk buat test urine, liver, tiroid, etc kat Al-Islam

Tapi sebab aku berkeras nak balik Melaka, paed terpaksa buat surat untuk refer kat doktor in charge kat Melaka.

Isnin aritu seharian duduk hospital kat Alor Gajah. Dengan demam2 lagik. Tak larat sangat. Rasa nak pengsan pun ada.

Alhamdullilah demam aku tak berjangkit kat Aleesya. Risau juga sebab aku breastfeed direct. Tak sempat nak pump lagi sebab tunggu sparepart breastpump Medela freestyle. Dah order online. Maybe Isnin ni sampai kut.

Dan alhamdullilah juga, result darah & urine Aleesya normal. Cuma result tiroid ja belum dapat. Kena tunggu 2 minggu baru dapat.

Layan gambar orang dah baik demam la eh :)

Note: Perut aku dah flat macam sebelum preggy (aku notis since hari ke 18 aritu) even tak pakai bengkung langsung okay. Suprise sangat. So, actually bengkung bukan lah faktor yang membantu perut menjadi kempis dan kurus? Or maybe masa ceasearean aritu aku teramik pakej buang lemak preggy sekali kut.. haha.


I'm a mother of 3. Can u believe it? Ramai orang kat sini ingat aku baru first time dapat anak, boleh? Feeling muda sangat. Mmakk dah 36 tahun uols! Sikit lagi nak masuk sweet 40. Takpa, life begin at 40 kannn.. 



Sunday, November 22, 2015

Hitam Putih Kehidupan

Cerah KL pagi ni.

Decided nak pi shopping & pi salon sebelum balik Melaka.

Sebelum tu nak pi Al Islam kejap. Final check jaundice Aleesya. Hopefully semua baik2 ja.

Sometimes the thing you want the most is the thing you're better without.

I'm a survivor.

Bye KL.




Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Saturday, November 21, 2015

Hati pecah lagi

We're in KL.

Pagi ni awal lagi dah siap2 kan Aleesya. Pakaikan dia dress cantik2. Wangi2. Walhal duduk rumah ja.

Sedih mummy. Mujur Aleesya kecik lagi. Kalau tak, sure dia pun kecewa sama. Dah siap cantik2 tapi tk kemana2.

Sedih sangat bila apa yang dah plan tak jadi :(

Abang Ariff ada convo sempena final year dia belajar kat BBIM. Tak sabar nak tengok gambar2 dia pakai jubah comel.

Mamoru cakap ada sessi bergambar untuk parents dengan student yang grad. Sedihnya tak dapat join.

Nangis.

Tadi inform Mamoru, aku tanak duduk KL. Rasa kosong sangat walaupun baru beberapa jam duduk kat sini. Rasa sebak, takut, tak ready, lemah, semua2 lah.

Esok pagi2 nak balik Melaka.

Tak sanggup duduk sini. Takut meroyan terjun apartment pulak nanti.

Friday, November 20, 2015

Semakin mencabar soalan Ariff sekarang

Ariff: Mummy, do you have a boyfriend before daddy
Me: (Terpinga2 dapat soalan dari 6 years old kid)
Ariff: Mummy, answer.
Me: Yes. Mummy have a boyfriend before daddy.
Ariff: How mummy meet daddy? Mummy choose from a lot of Ariff's daddy on a stage?

Amboi. Dia ingat aku pilih daddy dia kat pameran pengantin? Haha

Me: No. Mummy met daddy at mount Kinabalu. We went hiking together.
Ariff: Did daddy have a girlfriend before mummy?
Me: Yes. Daddy have a girlfriend at that time.
Ariff: (Buat muka confused) Then how mummy and daddy together?

Erkk.

Pengsan nak explain kat hero kecik ni. Terpaksalah bercerita kat dia macam mana aku jumpa daddy dia. Dan macam mana boleh pilih & kahwin dengan daddy dia.

****************

Ariff: Mummy, can I kiss Ayuni?

(Ayuni tu cousin Ariff)

Me: Sekarang boleh lah. When u grow up cannot tau.
Ariff: Why cannot?
Me: Sebab Ariff & Ayuni bukan muhrim?
Ariff: Muhrim? Muhrim tu apa?

Erkk.

Puas nak explain dalam ayat yang dia bole faham.

*****************

Ariff: Mummy, can I hold Aleesya?
Me: Kejap lagi ya. Mummy nak bagi Aleesya minum susu.
Ariff: Aleesya minum susu dekat mana
Me: Dekat mummy's breast (segan nak sebut tetek kat Ariff haha)
Ariff: Mummy's breast have milk?
Me: Yes.
Ariff: Can I give Aleesya milk? I have breast too

Erkk.

Panjang lebar explanation aku tentang penyusuan susu ibu kat Ariff.. haha

Mixed feeling

Pagi tadi nenek datang bawak kuih koci! Sedapnyaa!! Kuih koci pulut hitam nenek memang kuih favourite aku.

Hari ni ada sikit mixed feeling.

Sama ada nak balik KL dan stay kat KL (coz Ariff & Amarr still ada kelas & tuition kat BBIM)

or

Balik Kuala Selangor spend dengan in laws (family belah sana belum jumpa Aleesya lagi)

or

Spend the rest of maternity leave kat rumah ayah (of which aku tak prefer sangat sebab my step sis punya husband pun cuti sebulan so tak berapa selesa nak breastfeed or terdedah sana sini.. haha)

or

Spend kat rumah yang Mamoru stay sekarang (rumah adik no.2). Aku memang looking forward kalau dapat stay dengan Mamoru. Tapi Mamoru tak prefer sebab rumah tu takde kelengkapan untuk aku & anak2 (takda dapur masak, water heater, fridge, etc.

Haih.

Tinggal sebulan lebih ja lagi untuk Ariff masuk sekolah rendah. Kalau lah aku dapat transfer ke Melaka aritu, sure hati tak resah macam ni.

Macam mana ya nak handle Ariff yang start sekolah rendah agama (sessi pagi) & sekolah biasa (sessi petang), pastu nak hantar Amarr ke BBIM & nak hantar Aleesya ke babysitter. Pastu nak pegi keje lagi.. Keje2 umah lagi..

Mampu ke aku uruskan semuanya sorang kat KL ni? Tak kelam kabut ke nanti? Nak nangis ja bila fikirkan semua ni.

Bertabah lah aD. Permudahkan lah ya Allah. Semoga ada rezeki aku dan anak2 untuk pindah ke Melaka. Amin.

Thursday, November 19, 2015

Nenek

Hari ni nenek datang bawa kuih kaswi. Homemade okay. Ummm dappp.

Macam2 lagi nenek bawak: Stokin, batu sungai untuk bertungku, pasu bunga (untuk asah kulit kayu manis & putik jambu batu, etc)

Terkejut nenek tau tengok Aleesya dah mandi! Yay! Aku berjaya mandikan Aleesya sendiri.. hihi. Ikukan boleh ja mandikan Aleesya dari awal tapi, saja nak manja2. Lagipun, Mamoru tak kasi. Pastu, nenek pulak tak kasi.. haih..

Subuh tadi, lepas settle mandi, aku mengemas satu rumah & membasuh (masuk dalam washing machine ja pun). Bersemangat tau. Pastu siapkan air mandian Aleesya dan mandikan dia. Best dapat buat semua keje sendiri. By 7.30 am, Aleesya dah siap pakai baju sambil berjemur bawah matahari pagi sementara tunggu mummy settlekan abang2 Aleesya pulak. By 8.00 am, semua dah siap sarapan.

Bab memasak ja tak sempat nak buat sebab nenek dah take over.

So far, terer tak mummy? Haha.


*************************

Aritu ada borak2 dengan Mak Lang. Dia tanya aku;

Mak Lang : Mak Lang pelik dengan kamu masa kamu pilih nak duduk dengan nenek lepas bersalin Ariff & Amarr dulu. Kan lagi selesa duduk dengan ibu & ayah kamu. Nenek tu kan garang. Kamu berpantang dengan dia bukan dapat rehat. Nak kena tolong dia mengemas, bla bla bla.

Aku senyum ja. Gelak2. Tak jawab apa pun.
Yep. Nenek aku memang garang & strict. Dia kaki pembersih. Pantang nampak selai daun bawah pokok depan umah, dia pi sapu.

Rumah dia tak ada habuk sikit pun. Dapur berkilat. Bilik air wangi dan bersih. Rumput2 liar satu pun takda tumbuh kat laman sebab dia rajin merumput (cabut rumput).

Duduk dengam nenek kena bangun sebelum subuh. Walaupun dalam pantang.

Baby pulak pukul 7 pagi dah kena mandi dn jemur bawah matahari (nak elak kuning - no wonder duduk dengan nenek dulu Ariff & Amarr takda jaundice pun.

Lepas anak mandi, pi sarapan sama2 dengan nenek. Pastu mengemas apa2 patut (yang ringan je lah).
Pastu taim nak masak tenghari, pi dapur. Nenek tak suruh pun tapi nenek suka kalau cucu2 rajin ke dapur. Kalau tak tolong masak pun tolong jadi geng sembang cukup lah. Sambil2 tu nenek ajar tips or resepi lauk pauk dia. Aku suka belajar masak dengan nenek :)

Kalau tak sebab rumah nenek ramai anak cucu, dah lama aku suruh Mamoru hantar aku & Aleesya berpantang kat umah nenek.

Aku suka style nenek. Disiplin dan konsisten. Semuanya teratur. Dari sini lah aku belajar manage masa, manage anak, rumah, etc.

Semoga nenek dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik2 selalu.

Kena tempek dengan campuran kayu manis & jamnu batu.. 

Stokin yang nenek bawa.. nenek siap pakaikan tau. Kemain lago nenek manjakan aku. . Ekceli aku ada stokin sendiri. Malas nak pakai ja.

Balik KL

Esok insyaAllah balik KL.

Nak attend Ariff punya BBIM graduation. Tahun ni last dia kat Brainy Bunch.

Tapi aku tak attend la. Maybe Mamoru pergi dengan Ariff & Amarr ja. Tak berani lah nak join. Bukan sebab takut luka jahitan sakit. Tapi tak berani nak bawa Aleesya duduk bercampur dengan ramai orang. Tanak amik risiko. Antibodi Aleesya belum cukup kuat.

Takpelah. Nanti nak suruh Mamoru amik gambar Ariff pakai jubah banyak2. Nak framekan cantik2 kat umah.

Note: I'm on a secret mission (hehe).

Persiapan masuk sekolah rendah belum buat lagi. Tapi takpa. Aku cuti tiga bulan sampai awal bulan February tahun depan. Boleh shopping baju sekolah dengan tenang hihi

Hero2 mummy yang makin besar.. 

Wednesday, November 18, 2015

Setel mengurut

Akhirnya.. hazab kena urut setel. Hari ni genap tiga kali kena urut.

Hari first & second kena urut memang geli & sakit. Masuk hari ketiga rasa macam okay lah sikit.. takdelah sesakit hari first aritu.

Dan tadi jugak setel mandi herba sauna tiga kali berturut. Yang ni best. Peluh keluar macam lari full marathon! Badan rasa best sangat. Kulit rasa bersih! Fefeeling Qu Puteh okayyy.

Mak Lang tinggalkan tempat sauna kat sini. Kata Mak Lang, guna lah bila2 nak. Cool!! Pasnih aku nak curah kan perfume Flora by Gucci dalam sauna tu. Nak mandi wap minyak wangi pulak. Biar wangi ja peluh aku.. ahahaha (Jangan jeles ya Ain!!)

Berat aku dah turun jadi 40kg. Hopefully tak turun lagi. Takut effect susu badan coz Aleesya fully breastfeed sekarang.

Aku tak pantang makan pun. Sama macam masa bersalinkan Ariff Amarr dulu. Aku belasah ja makan semua benda. Janji anak dapat nutrient yang cukup. Terkejut Mak sedara aku bila tengok aku makan telur goreng masa pantang. Orang dulu2 kata tak boleh makan telur. Lebih2 lagi lepas operate. Takut luka bernanah katanya. Senyum je lah. Doktor yang suggest makan banyak protein untuk cepatkan luka sembuh. Telur kan sumber protein.

Setakat ni luka operation cantik! Pergerakan pun makin laju & kuat.

Pagi tadi bangun awal dengan harapan nak mandikan Aleesya sendiri. Tapi sama macam semalam dan hari sebelumnya. Tak berjaya jugak sebab ibu suruh nenek datang jaga aku. So, percubaan untuk berdikari urus anak2 masih tak dapat dipraktikkan. Nenek adalah sangat memanjakan aku. Siap bawak coklat & cekodok bawang + bilis subuh2 gaban suruh aku makan. Pastu dia mandikan Aleesya, basuh baju, masak, semua2 lah. Rasa sangat disayangi duduk kat Melaka ni :)

Ops.. nak taip panjang2 tapi kena stop dulu. Bank susu dah penuh. Nak kejutkan Aleesya :)

Note:
1) Berat Aleesya dihari ke 12 ni dah 3.4 kg. Jaundice dia pun makin berkurang ke 12.0 mg
2) Hazab kena minum susu kambing belum setel lagi.. hihi. Kata Mamoru, hari2 kena minum demi Aleesya. Tapi takpa sebab Mamoru belikan coklat feveret aku in return. Yum!!

Monday, November 16, 2015

abcdefghijklm

Frustrated


Frustrated


Frustrated


Frustrated


Frustrated


Frustrated


Frustrated


Frustrated


:(


:(


:(


:(


:(


:(


:((((((((((((((((((

Mandi sauna pagi ni

Terkejut tengok Mak Lang datang hari ni. Dia datang nak urut aku & Nadia (my step sis).

Ekceli aku tak suka urut2 ni. Kurang gemar orang pegang2 badan aku.. huhu.

Aku tak pernah voluntarily request untuk diurut setiap kali lepas bersalin. Dulu lepas bersalinkan Ariff & Amarr, nenek yang panggilkan nenek Enang (nenek tukang urut). Kali ni, ibu panggilkan Mak Lang (adik ayah) pulak datang mengurut sebab nenek Enang dah terlalu tua. Tak larat dah.

Mak Lang urut satu badan. Bahagian perut dia tak sentuh sebab orperation kan. Sambil urut tu Mak Lang cerita, jenis2 urut yang dia buat. Urut untuk tambah susu badan, urut untuk buang angin, etc. Tak dengar sangat tadi sebab menahan sakit & geli kena urut.. tssk.

Lepas settle urut, kena mandi sauna. Mak Lang siap bawa portable sauna pasang kat sini. Sauna yang Mak Lang buat guna wap dari daun pandan, serai & aperntah daun2 lagi. Wangiii...

Ada la dalam 40 minit aku duduk dalam tempat tu. Sampai empuk daging aku dibuatnya.. haha

Lepas sauna & mandi bersihkan badan, Mak Lang tanya "macam mana rasa badan? Ada rasa macam pengantin baru tak?"

Aku jawab entah lah, rasa segar ja. Nak tau rasa macam pengantin baru ke tak, kena laa tanya Mamoru.. ops!

Mak Lang kata esok dia datang lagi. Kena cukupkan 3 kali urut!

*pengsan*

Note: Aleesya sangat behave dan senyap ja sepanjang sesi urut & sauna tadi. Good girl. Nanti mummy upah susu ya!

Sunday, November 15, 2015

Practice jaga 3 anak seorang diri

Hampir semua adik beradik balik kampung hari ni. Nak tengok Aleesya & Zahra (baby my step sister).

Meriah.

*******************************

Esok kena berdikari. Semua benda kena start buat sendiri. Sebab esok Mamoru start kerja semula. Malam ja Mamoru boleh jaga aku.

Haih.

Sejak Aleesya ada, tugas aku just; tidur, bangun tidur, mandi (Mamoru tolong mandikan), makan (pun Mamoru hidang dan kemas lepas makan) & susukan Aleesya.

Part memasak, ibu (my step mum) yang buat. Kadang2 nenek hantar lauk.

Tugas mandikan Aleesya, mandikan Ariff & Amarr, membasuh, mengemas semua Mamoru buat. Even tukar pampers bila Aleesya poo poo pun aku belum pernah buat tau.

Macam mana esok ya? Nak handle 3 anak sorang-sorang. Badan aku still tak kuat lagi. Luka still sakit lagi :(

Ibu  pun dah start keje semula (dia pun amik cuti seminggu semata nak jaga anak-anak dia berpantang). So, pasnih takda orang yang boleh masakkan lagi.

Haih

Takpa. Fikir positif. Maybe ni masanya untuk practice jaga 3 orang anak. Nanti balik KL, kena jaga anak sorang-sorang juga.

Bertabah lah aD. Supermom mode is on.

Saturday, November 14, 2015

Jaundice Aleesya dah kurang!

Alhamdullilah. Alhamdullilah. Alhamdullilah.

Bacaan pagi ni turun banyakkkkk... 13.2 !!

Hepi. Hepi. Hepi.

Takdelah tetiap hari nak pi amik darah lagi. Kesian Aleesya terjerit2 kena cucuk.

Doktor cakap, Selasa depan baru pegi amik darah semula. Kalau bacaan bawah 10. Tayah repeat2 dah.
First time woo anak kena kuning. Sebelum-sebelum ni takda. First time kena operate. First time dapat baby girl. Semuanya first time lah. Tu yang cembeng melampau :)

Aleesya tak nangis langsung masa amik darah tadi. Good girl!

Muka hepi bila Aleesya dah ok

Aku tak pantang apa pun. No stokin, no pilis, param bagai. Rambut pun takde nak ikat2 segala. Mak Lang aku offer nak buat sauna, urut, mandi herba segala. No, not now. Later. Now focus on Aleesya.

Me lepas 9 hari bersalinkan Aleesya. Tengok tu.. ada kaki strawberry kat pewott aku.. hihi

Jaundice Aleesya makin naik

Semalam amik sampel darah Aleesya lagi

Bacaan naik ke 15.8

Frust sangat.

Malam ni rasa semua benda tak kena.

Rasa nak nangis. Tapi tahan2.

Tanak masuk wad. Tanak Aleesya masuk wad.

Uwaaa..

Note: Kesian Mamoru.. serba salah dia tengok aku camni. Macam2 benda dia buat untuk elak aku dari stress camni. Mengemas, membasuh, jaga anak, jaga aku. Sampai tak cukup tidur dia hari2. Malam tadi dia urut2 kaki & belakang aku masa aku susukan Aleesya. Dia nak tolong susukan tak boleh. Aku pun belum start pump susu lagi. Semua direct feed ja.

Friday, November 13, 2015

Aleesya = Protected by God

Mamoru yang pilih nama ni. Nama Ariff & Amarr dulu, aku yang pilih. Suka maksud nama Aleesya.

Semoga Aleesya sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Semalam genap 7 hari usia Aleesya. Kenduri akikah kena postpone. Ada permintaan untuk sekalikan akikah dengan cousin2 Aleesya.

Tahun ni ja Atuk Dollah dapat 3 orang cucu perempuan. Start dengan Aleesya, pastu semalam dah lahir lagi sorang (adik tiri aku). Dan bulan depan, lagi sorang lagi bakal lahir (adik no.3). Ramai kan geng main pondok2 Aleesya nanti :)

Well, tu good news. Ada satu bad news juga. Bacaan jaundice Aleesya semakin naik dari 14.5 ke 15.2

Kalau bacaan naik sampai 18 sure Aleesya kena admitted :(

Uwaa.. tanak masuk hospital. Kat sini ada hospital government ja. Kalau masuk hospital government tak boleh pegi melawat sesuka hati. Hospital swasta pulak jauh kat bandar Melaka. Dalam 40 minit dari Masjid Tanah.

Haih.

Kata Doktor, orang darah jenis O memang anak senang kena jaundice (tapi Ariff & Amarr dulu tak kena pun).

Takpa. Fikir positif. Tanak stress2. Nanti aku jadi lembik. Badan lambat baik. Susu badan pun kurang. InsyaAllah bacaan tak sampai 18.

Sejak hari kedua Aleesya lahir aku usaha untuk fully breasfeed Aleesya. Alhamdullilah Aleesya dapat latch dengan baik walaupun hari pertama dia consumed formula milk.

Masa mula2 breastfeed tu Aleesya tak tidur langsung. Dia asyik nangis ja. Maybe susu tak cukup.

Hari ketiga Aleesya banyak tidur. Yelah, hari sebelum tu dah penat nangis.

Hari keempat pun aku still struggle nak bagi susu kat dia. Lucky takda siapa kat rumah ayah yang demotivate aku bab susu badan ni. Ayah & Mamoru siap belikan susu kambing segar dari kampung sebelah untuk aku minum. Sampai 20 botol! Satu hari kena minum 2 botol. Setiap pagi & malam.

Alhamdullilah, rezeki Aleesya, masuk hari kelima susu melimpah ruah sampai menitik2.

Ikutkan, susah okay nak susukan anak dalam masa yang sama nak jaga luka operation.

Setiapkali nak susukan Aleesya, kena pangku dia. Walaupun dah alas dengan nursing pillows, tetap terasa berat atas perut. Especially kawasan operate. Mummy2 yang bersalin c-sec ja tau hazabb nak susukan anak lepas kena operate.

Kalau bersalin normal dulu, just sakit nak duduk sebab kesan jahitan kat bahagian bawah. Tapi masuk hari ketiga dah boleh buat keje rumah, sapu sampah, tolong nenek masak.

Masuk hari ketujuh semalam aku still lembik. Jalan kena cover perut. Takut luka terbuka (imaginasi aku ja). Dah la badan tak boleh nak pakai bengkung untuk support pergerakkan. Kadang2 terasa ngilu2 kat area abdomen. Macam rasa kebas pun ada. Tahan ja tau. Mamoru ada belikan Acoxia (ubat tahan sakit), tapi aku tanak makan. Bukan sebab berani tahan sakit. Tapi sebab kalau terasa sakit, aku takde lah nak lasak2 sangat.

Hari ni hari kelapan. Alhamdullilah jalan dah laju sikit. Perut dah kecik sikit tapi still buncit.

Takpe lah perut buncit sikit. Nak kasi kempis buat sekali full marathon pun dah boleh kempis. Part ni tayah risau. Nak cantik, bebila pun boleh. Yang penting, Aleesya sihat.

Note: Masa usia Aleesya 2 hari, ustaz kat Al-Islam tahnik kan dia. Terima kasih ustaz (tataw nama)

Masa last day kat Al Islam

Aleesya & daddy lena tidur

Protector Aleesya juga abang2 ni

Ariff the bumble bee katanya

Amarr the ultraman


Wednesday, November 11, 2015

Baby kena jaundice

Hari Isnin aritu, bidan kampung (nurse) datang. Check aku & baby.

Dia cakap baby A ada jaundice. Tapi sikit lah. Dia suruh gi klinik amik darah petang tu jugak. Tapi aku tak pegi. Dah lewat petang sangat.

Semalam bidan datang lagi. Cuti2 Deepavali pun, bidan still kerja juga. Komited betul diaorang buat keje.

Bidan suruh pegi ambil darah jugak. Kali ni tak tunggu lagi dah. Mamoru terus pegi Hospital Alor Gajah.

Result darah baby 14.5. Esok kena repeat amik darah lagi. Kesian baby. Mummy pulak yang cembeng tengok kesan darah kat tangan dia.

Tentang Ariff & Amarr:

Ariff sangat2 happy bila tahu baby dah keluar dari tummy mummy. Dia asyik tanya baby keluar ikut mana. Aku tunjuk kesan operation kat perut. Sebab luka operation tu tak nampak pun. Just satu line ja.

Tapi itu lah kesilapan besar yang aku buat.

Ariff sangat2 terkejut (Amarr ok ja. Maybe sebab dia belum betul2 faham apa yang jadi). Muka Ariff berubah bila aku explain doktor operate tummy untuk keluarkan baby. Lama juga Mamoru nak tenangkan Ariff.

Setiap kali Amarr mention tentang 'doktor cut tummy mummy', sure Ariff akan start nak nangis. Sangat concern dia kat mummy dia ni.

Ariff abang yang baik dan banyak betul soalan2 dia tanya tentang baby.

Masa hari ketiga kat hospital, Ariff buka mata ja terus cari baby. Kebetulan nurse bawak baby pi mandi. Sangat risau orang bawa pegi adik baby dia.

Ariff juga sangat concern kat aku. Bila dia tengok Mamoru pimpin aku setiap kali aku berjalan. Dia pun turut offer aku pegang bahu dia bila aku nak pegi mana2 dalam rumah. Dia even tunggu aku depan bilik air semata nak assist aku tau. Comel ja. Terharu aku.

Amarr nampak biasa2 ja. Dia masih dalam tempoh penerimaan. Ye lah, selama 5 tahun ni dia lah yang bongsu kan. Now title dah berubah. 

Sepanjang baby ada ni, aku tak dapat tidur dengan Ariff & Amarr. Sebelum ni tetiap malam kut tidur berpeluk. Nih dah 6 hari tak tidur sama. Sedih. Kena beli katil King size lah pasnih. Boleh susun ramai2 kat atas tu.


Amik darah kat tangan. Dah la tangan kecik. 

Tengok darah setitik pun aku dah cembeng

Little angel :)

Monday, November 09, 2015

Dah discharged

Pagi Ahad semalam doktor dah bagi balik. 3 hari ja duduk hospital.

Baby sihat.

Aku pun alhamdullilah, sihat. Dah boleh berjalan2.

Ramai advise jangan tengok luka operation. Tapi biasalah, aku kan degil. Pagi tu jugak, lepas doktor buka bandage, aku terus tengok kat cermin bilik air.

Kusss semangat. Aku bajet luka tu besar, buruk dan macam bentuk lipan. Tapi rupanya, just macam satu line ja. Tak ada kesan jahit langsung. Maybe, bahagian dalam ja jahit & kat luar just gam kut.

Kinda cute, boleh?

Doktor tak kasi aku makan pati gamat or pati haruan etc. Nanti luka tak cantik katanya. Knowing macam mana badan aku tolerate dengan luka atau parut, insyaAllah, satu hari nanti luka ni akan jadi macam faded line ja. Tayah nak risau2.

Oh.. nak update juga, untuk baby ketiga ni, perut still stretchmarks free. Yay! Cuma tu lah.. line operation ja.. huhu.

Checkout dari hospital almost pukul 3 petang jugak lah. Packing ja amik masa berjam2. Sebab Ariff & Amarr stay sekali kat hospital 2 malam berturut. Dapat bilik single lepas operate aritu. Selesa nak bawak hero2 kecik stay sama.

Keluar hospital terus straight balik Melaka. So now, berpantang kat Melaka :)

Baby A
Date of birth: Friday, 06/11/2015 at 12.34 pm.
Weight: 3.28 kg
Length: 50 cm

Semua siblings & ipar datang serentak. Meriah.

Iols still stoned. Kesan ubat tak hilang.

Depa lepak sini dekat nak tengah malam baru balik. Padahal waktu melawat sampai kul 10 malam ja. Sib baik nurse buat tataw ja.

The anak2 buah. Tak cukup kerusi, kita bentang cadar ganti tikar.

Ni gambar pagi Jumaat sebelum operate. Muka control nervous.

Saturday, November 07, 2015

Selamat melahirkan

Alhamdullilah. Syukur ke hadrat Allah swt.

Baby girl dah selamat dilahirkan via c-sec.

Satu pengalaman yang sangat berbeza dengan kelahiran Ariff & Amarr dulu dan takkan dapat dilupakan.

Honesty, lahirkan anak via c-sec agak mencabar emosi dan fizikal compared dengan lahir secara normal.

Coz, of course, kalau normal, semua yang jadi tak dijangka. Kita tataw bila akan bersalin. So takde lah nak gerun sangat.

C-sec pulak, kita dah tau awal tarikh melahirkan. Macam, kalau kita tau bila kita akan mati, sure nervous tak ingat dunia kan. Camtu la lebih kurang.

Bermula azab dengan insertion saluran urine yang salah. Menyebabkan leakage, luka dan terpaksa dibuka semula. Sakit ok. Dah la masa insert takda pakai bius. Then IV drip size yang agak besar dan sedikit menyakitkan.

Haih. Honestly, aku respect mak-mak yang kena czer. Korang memang hebat. Aku dulu masa nomal delivery, mana ada cucuk2 jarum ni semua. Ops, kecuali painkiller pentidine. Itupun inject jarum kecik ja kat bontot.

Pastu part berdebar masuk bilik bersalin. Aku punya gigil sampai katil dalam bilik OT bergegar. Serious. Dah la Mamoru tak boleh teman macam masa deliver normal dulu. Terpaksa tenangkan diri sendiri okay. Kesian kan kat mak-mak yang czer nih. They're on their own masa ni without support from loved one dalam bilik yang menakutkan tu.

Masa inject bius kat tulang belakang (bukan epidural), aku siap peluk kekuat Dr Norlida & sorang nurse yang berdiri kat depan aku. Kuat lak tu aku peluk. Siap nangis2 atas bahu nurse sebab terlalu takut & sejuk ( betul la Aisha, bilik tu sejuk yang hamattts)

Ada 4 orang yang stay dalam OT. Dr Norlida, 2 orang nurse & seorang pakar bius lelaki. Yes, lelaki. I is terkejut sebab yang aku tau pakar bius kat Al Islam, Doktor perempuan.

Tapi berperasangka baik. Maybe Doktor bius perempuan ada masalah tak dapat attend surgery pagi tu.

Tapi malu juga. Tho Doktor tu muda & handsome (kes Doktor kat Hot.fm huhu), still aku sangat tak selesa bila terpaksa half naked depan lelaki.

Luckily pakar bius tu just duduk kat bahagian kepala aku. Dia terpaksa tekan tangan aku (bahagian IV drip) sebab terlalu menggeletar. Dia lah yang duk explain dan tenangkan aku sepanjang setengah jam operation. Which I felt so weird coz patutnya, husband la yang patut duduk situ tenangkan aku.

Apa pun, terima kasih sangat2 kepada team operation ni. Dari proses bius sampai selesai dan selamat semuanya, aku tak rasa sakit atau terasa badan bergoyang di-operate. Tak rasa apa2 langsung walaupun half body ja di-bius. Sangat professional.

Dan sampai saat aku tulis entry ni (which is more than 15 hours later) pun aku still tak rasa sakit. Tapi kaki & badan dah boleh gerak. Cuma nurse tak bagi berjalan lagi. Tunggu pagi esok katanya.

We'll see esok. Kata orang, esok baru start rasa sakit. Kalau ikut pembacaan, amik masa 6 bulan untuk luka czer recover. Dan aku kena tunggu 1 tahun untuk start marathon or hiking semula. Lama gila.

Again, respect kat mak-mak czer nih. Lama gila kena menahan sakit compare dengan bersalin normal.

Gambar baby? Takda.

Condition badan aku tak meyakinkan doktor untuk aku pegang or breastfeed baby.

Aku dapat tengok baby pun masa operate tu je lah. Pastu dengar update dari Mamoru & adik2 yang datang melawat.

Sedih kan. Sekali lagi kesian kat mak2 czer yang tak dapat jumpa dan breastfeed baby right after delivery.

Apa pun, aku bersyukur semuanya selamat hari ni. Terima kasih atas doa2 korang. Tak terbalas semuanya. Aku doakan korang sentiasa dirahmatiNya.

Friday, November 06, 2015

Doakan saya & baby

Pukul 2 pagi dah start puasa.

Mamoru tak dapat teman malam tadi sebab single room tak ada. Kena stay kat 3 bedded room. Harap sangat lepas operate dapat bilik single.

Please. Please. Please.

Pagi ni sebelum subuh aku dah bangun. Mandi puas2. Mengaji, pegi surau, solat.

Settle ja semuanya, nurse dah tunggu kat katil. Suh tukar baju, pasang saluran untuk urine, pasang IV drop.

Haih.

Sungguh tak selesa. Serious. Terbaring ja dari tadi. Hopeless.

Contraction non stop lagi buat aku rimas dengan wayar2 ni.

Camne ni.. Belum start operate badan dah lembik. Kalau dah operate??

Haih.

Asyik mengeluh ja aku ni.

Mamoru baru sampai. Kiss dahi aku. Rasa disayangi. Pulih semangat sikit. Banyak kali dia suruh sabar bila dengar aku mengeluh. Dia cakap, aku patut happy sebab finally dapat jumpa baby satgi.

Betul juga kata Mamoru tu.

Bertabah lah aD.

Semoga proses c-sec ni dipermudahkan. Semoga baby selamat, sihat dan sempurna bila lahir nanti.

"Maaf sayang.. mummy tak mampu lahirkan awak secara normal. Semoga awak sentiasa berada dibawah lindungan Allah swt."

Thursday, November 05, 2015

Contraction non stop

Sepanjang malam layan contraction sampai pagi. Tak boleh tidur.

Ni pun still ada lagi.

Painful but bearable.

Rasa macam nak deliver baby ja. Kalau position baby normal, aku tak kisah pun kalau terpaksa home birth.

Haih.

"Sabar sayang mummy.. belum masa lagi. Mummy redha kalau awak tak boleh pusing. Kita tunggu esok sama2 ya. Mummy just nak awak selamat, sihat & sempurna."

Wednesday, November 04, 2015

Final mengemas & packing

Beg baju untuk pi hospital dah ready. Dah lama ready sebenarnya. Just topup beberapa helai baju lagi. Kata orang, kalau deliver c-sec, maybe kena tahan hospital lebih lama dari normal delivery.

Esok petang check-in kat hospital. Maybe gi sendiri kut sebab Mamoru sampai KL pun dah malam. Tanak lah dia terkejar2 balik pastu nak fetch dan hantar aku ke hospital. Biar dia drive dengan tenang. Pastu boleh straight gi hospital temankan aku yang penakut ni.

Operation start hari Jumaat pukul 11 pagi. Sebelum solat Jumaat dijangka settle semuanya, insyaAllah.

Maybe aku akan stay kat hospital dalam 3 ke 4 hari kut. Harap hari Ahad boleh check out. Nak straight balik ke Melaka. Spend cuti kat sana.

Mamoru dah ambil cuti seminggu next week. Lega dengar. Really really really need him to be with me all the time.

Note: Perut banyak kali mengeras. Macam contraction. Every 5 mins. Masih berdoa dan berharap baby dapat flip dan tukar position sebelum Jumaat ni...

Sambung cuti sampai tarikh operation

Alhamdullilah dapat cuti sampai tarikh operation. Boleh duduk rumah kosentret kat exercise untuk baby breech.

Aku baru tau yang posture duduk bersandar sepanjang hari kat ofis adalah salah satu punca untuk baby breech. Kalau ada rezeki pregnant lagi satu hari nanti, aku nak beli birthing ball. Letak kat ofis. Ganti kerusi. Sangat bagus untuk posture badan dan elak baby breech. Boleh hilangkan stress & mengantuk pun iya jugak.

Siang tadi lepas balik dari Al Islam, tak terus balik rumah. Tapi gi jenjalan kat shopping mall. Kalau balik rumah, sure nangis je la keje aku kan. Cakap dengan Mamoru nak gi shopping, dia bagi galakkan. Janji aku jangan sedih2 katanya.

4 jam aku spend masa berjalan dalam mall okay! Gigih exercise. Sambil2 jalan tu tak putus2 doa supaya baby turun bawah. Penat jalan berhenti jap makan ais krim. Pastu sambung balik jalan. Habis semua kedai aku khatam. Cari baju baby, cari baju sendiri. Enjoy la jugak.

Balik rumah, sambung exercise lagi. Bukak google, YouTube segala. Baca tentang baby breech. Baca tentang normal breech delivery (siap tengok video kelahiran normal baby yang keluar punggung dulu instead of kepala). Paling aku regret bila tertengok video c-sec.

Uwaaaa.. takottt.

Menyesal. Menyesal. Menyesal.

Haih.

Malam ni sebelum tidur buat breech tilt. Sambil letak flashlight kat atas peha. Dengan harapan baby bergerak ke arah cahaya.

Usaha, doa & tawakkal. Selagi ada masa, jangan putus asa.

Note: Tenkiu so much kat blog readers kat sini. Rasa bersemangat bila ada yang sudi kongsi cerita untuk tenangkan hati ni. Terharu tau. Nangis2 baca komen2 & kata2 semangat korang semua. Tenkiu sudi doakan yang baik2 untuk aD & baby. Tenkiu. Tenkiu. Tenkiu. Semoga korang semua dirahmati Allah swt. 


Comel2 baju baby girl kan.Tambah koleksi lagi. Tapi kali ni try limitkan kaler pink. 

And thanks to Kay sebab sudi datang rumah & hantar barut baby yng dia jahit sendiri. Awww.. cute sangat! xoxo!

Tuesday, November 03, 2015

November Rain.. let it rain..


When I look into your eyes
I can see a love restrained
But darlin' when I hold you
Don't you know I feel the same

.............................................................

Tahan2 air mata, gugur juga akhirnya depan doktor.

Decision has been made.

Doktor Norlida suggested untuk buat c-sec hari Khamis ni.

Tapi aku pilih hari Jumaat. Penghulu segala hari. Kata orang, hari yang terbaik untuk kelahiran atau kematian. Amarr dulu pun lahir hari Jumaat.

As expected, tak boleh buat general anaesthetic untuk c-sec. Meaning, aku akan berjaga dan witness semua yang jadi dalam OT. Even Mamoru tak dibenarkan teman dalam OT. Not sure kalau ada hospital lain benarkan husband masuk masa c-sec. Tak cukup masa nak survey :(

Texted Mamoru. Update tentang ni. Nak call takut air mata tumpah lagi.

Haih.

Ada lagi 3 hari untuk aku berusaha ubah kedudukan baby.

Nak urut atau buat External Cephalic Version agak bahaya sebab boleh buat ketuban pecah. Macam2 risiko bila dah pecah ketuban nanti. Takut tali pusat baby keluar dulu or kaki keluar. Takut baby lemas etc.

Doktor Norlida tanak aku ada apa2 contraction langsung sebelum operation ni.

So, continue dengan exercise, doa & berserah kepada-Nya yang Maha Kuasa.

Buat masa ni, untuk hari ni, nak spend masa dengan nangis. With hope lepas ni tayah nangis dah. Dah boleh terima kenyataan. InsyaAllah.

Berat baby : 3.5 kg (her head quite big. Maybe sebab tu dia susah nak pusing)
Berat mummy : 47 kg

Note to Aisha (my blog reader): Tenkiu for the tips untuk pakai earphones masa operate. Definitely will do that :)

.............................................................

And when your fears subside
And shadows still remain
I know that you can love me
When there's no one left to blame
So never mind the darkness
We still can find a way
'Cause nothin' lasts forever
Even cold November rain

Monday, November 02, 2015

Tenanglah hati

Esok ada pregnancy checkup kat Al Islam. Pergi sorang2 lagi. Mamoru keje. Bagus lah tak ada sesiapa teman. Kalau tak, sure Mamoru stress tengok aku asyik nangis ja.

Macam dah tau apa Doktor akan cakap. For sure esok Doktor akan schedule tarikh untuk c-sec. Jelas boleh rasa dengan tangan kepala baby kat bahagian atas abdomen. Baby songsang. Punggung baby sebelah kiri & kaki menghadap sebelah kanan.

Untuk kedudukan baby macam ni, ada possibility untuk lahirkan normal. Tapi baby akan keluar punggung dulu.  For sure akan lebih complicated. Dan sakit tu confirm lebih unbearable. Itupun depends pada condition badan dan bukaan birth canal. Kalau tak selamat, still doktor akan buat c-sec. Kalau kaki baby dijangka keluar dulu pun kena c-sec.

Minggu lepas masa checkup, doktor ada cakap pasal kemungkinan komplikasi semasa atau selepas operate. Aku tak berapa dengar part tu sebab terlalu sedih & distracted bila doktor mula cakap pasal c-sec. Macam terdengar doktor cakap kalau ada complication, doktor akan refer aku ke hospital lain. Or was it kalau baby ada complication?

Haih. Kenapalah cembeng sangat sampai tak dengar apa doktor cakap. Macam lah nangis tu boleh selesaikan masalah.

Esok jumpa doktor nak tanya betul2.

Dan kalau betul kena refer hospital lain, aku dah buat back up plan untuk deliver kat hospital Bangsar. Tadi dah call doktor Idora. Buat appoinment untuk pregnancy checkp up Sabtu ni. Nasib baik aku pernah pegi checkup pregnancy kat Pantai Bangsar few times. Senang doktor nak check. Kalau tak, maybe doktor tanak terima last minit punya case or maybe juga kena bayar extra cost dalam RM3K sebab dikira emergency case.

Kos bersalin c-sec kat Al Islam antara RM6K ke RM8K. Aku prefer hospital ni kalau bersalin normal sebab ada history lahirkan Ariff & Amarr kat sini. Kalau yang no.3 ni normal, memang nak bersalin kat sini.

Kos bersalin c-sec kat Pantai Bangsar antara RM10K ke RM12K. Lebih mahal. Tapi aku pernah buat operation buang lump masa kat sini. Macam prefer sini lagi kalau confirm kena operate.

Honestly aku penakut jarum. Masa pregnant ja aku keraskan hati untuk kena cucuk sana sini. Demi baby.

Now, bila dah involve operation. Pisau segala gunting jarum bagai. Haih. Allah ja yang tahu.

Esok nak tanya doktor, possible tak kalau c-sec, aku nak amik general anaesthetic. Tanak half body. Tanak concious masa operation. Tanak rasa apa2. Dan possible tak untuk Mamoru ada sebelah aku sepanjang operation? Or aku kena sorang2 go through all this dalam OT?

Hoping for miracle.

Uncle Ujay layan Ariff main chess. Sejak mummy ajar main chess aritu, sampai hari ni duk paksa semua orang main chess dengan dia. Kalau main dengan daddy, memang daddy kasi dia menang ja. Malam ni main dengan uncle Ujay, memang takda can Ariff nak menang. Ni pun dah lebih 3 games diaorang repeat. Ariff taknpuas hati asyik kalah.. haha. Comel ja tengok Ariff pegang manual. Dia refer in case dia lupa macam mana nak gerakkan bishop atau castle.

My brother ni dah duduk sini balik untuk sementara. Ikutkan dia nak pindah rumah baru. Tapi since aku menunggu hari ni, dia willing temankan. In case aku nak terbersalin tetengah malam buta.

While Ariff & uncle leka main chess, Amarr duduk layan menulis sorang depan tv sambil layan kartun. Dia tulis alif ba ta sambil nyanyi2 lagu alif ba ta sampai habis.


Cuti

Aku cuti 2 hari. Hari ni & esok.

Mamoru suruh cuti.

Kalau Mamoru tak suruh pun, aku memang plan nak cuti. Rest. Duduk kat KL ja. Mamoru subuh2 tadi dah balik Melaka.

Lately badan rasa berat sangat. Especially kat bahagian bawah. Rasa macam baby engage. Ngilu.

Tapi. Aku tau kepala baby still kat atas :(

Maybe sebab due date dah dekat. Kalau ikut EDD, next week (13 Nov). Tapi, aku belum pernah ada sejarah lahirkan baby on EDD or after EDD.

Minggu ni baby akan genap 39 minggu.

Haih.

Penantian memang satu penyeksaan kan.

Hari ni nak survey hospital untuk c-sec (just in case). Hopefully tak perlu lah ke tahap tu. Tapi kita hanya mampu merancang dan berusaha dan berdoa. Selebihnya kita serahkan pada Dia yang Maha mengetahui.

Sunday, November 01, 2015

Exercise lagi

Usaha selagi boleh.

Hari ni spent masa mostly duduk atas bantal dan goyangkan montot macam duduk atas birthing ball. 

Pastu, petang pulak turun swimming. Buat diving exercise sampai dasar pool & naik semula ke atas. Buat banyak2 kali sampai perut rasa stress. Baby pulak sangat aktif masa aku swim. Its a good sign. She also trying hard to move her head down to my pelvic. Cuma ruang ja tak cukup untuk dia bergerak bebas. Kita usaha sama2 ya sayang. InsyaAllah.

Lebih sejam gak la berendam dalam swimming pool. Sampai gigil2. Kebas2 hujung jari. Ariff & Amarr pun mandi sama. Mamoru yang awal2 tanak join pun ikut terjun jugak. 

:)

Cek latest collection baju baby. Booties melambak. Comel2. Mitten ja kena topup. Kelakar tengok koleksi baju baby kali ni. Banyak kaler pink. Kesian kat baby. Belum lahir lagi dah kena paksa suka pink.. haha.

I hate you Lego

Sangat annoying dealing dengan small2 part ni. Aku takda kesabaran langsung main block atau apa2 yang berkaitan dengan Lego. 

Tapi memandangkan hero2 kecik suka bebenau dengan mender alah ni, aku terpaksa rela juga tolong diaorang cantumkan semua pieces. 

Kalau Mamoru ada, aku suruh dia ja layan bende2 ni semua. Tak kuasa aku haih. Tapi malam tadi, Mamoru ada Petzl marathon. Sabau je lah.

First attempt kena cantumkan Amarr punya fire engine. Aku tak ikut instructions dalam kertas sangat. Nak cepat. Konon terror. Sudahnya kena bukak balik semua pieces. Habis rosak kuku aku. Rasa nak lempar ja semua pieces tu ke dinding. 

Uwaaa..

Aku try lagi untuk kali kedua. Kali ni pun degil gak, tanak ikut instructions. Baca sekali lalu je. End up, ada pieces yang silap sambung. Sakitnya hati. Tapi aku teruskan juga. Lantak lah. Jadi lah jugak bentuk fire engine. Cuma tak berapa nak complete. 

Lepas tu kena siapkan Ariff punya police car pulak. Taim ni tahap kesabaran aku agak menipis. Aku suruh Ariff baca instruction. Dan pilih pieces lego ikut step yang ditunjukkan. 

Rupanya cara ni lebih berkesan. Aku tak perlu nak mengamuk dalam hati dengan Lego ni. Just monitor ja. Senang. Ariff good with instructions dan dia pun eager nak assemble sendiri tanpa perlu pertolongan.

Dan kali ni, hasilnya adalah tip top. Police car Ariff menjadi. Kukuh. Compared dengan fire engine Amarr yang dah terbarai masa aku buat set Lego Ariff. 

Kesudahannya, Amarr frust. Dia rebut Ariff punya police car. Ariff terpaksa mengalah dan merajuk. The end.

Haih.

Pagi ni, bangun tido, aku kutip semua pieces lego fire engine Amarr. Kumpulkan semuanya letak atas meja. 

Kali ni lebih sabar baca instructions. (atau "blue print", kata Ariff). 

Sambil praktik cara duduk untuk tukar position baby breech, aku cantumkan mender alah ni.

Dan yes! Berjaya. What a feeling! Think, I'm going to change my perception towards this Lego thing. Kinda fun jugak. Macam terapi. Berjaya buat aku stop sekejap fikir pasal position baby breech.

Happy.

Tahap kesukaran parts ni 2 star out of 5 (dia tulis atas kotak lah). Sesuai untuk 6 years plus. Untuk orang yang tak minat macam aku ni, semuanya susah.. haha.

First attempt. Fire engine yang ntahapahape jadinya. Degil tanak baca manual.

Finally.. pagi ni! Bravo aD!

Jalan2 tenangkan hati

Kata orang, salah satu dari exercise untuk pujuk baby tukar position turun ke bawah: Banyakkan berjalan.

Dari satu shopping mall ke shopping yang lain. Puas berjalan sampai penat2 badan lah. Tapi so far, bahagian bawah perut masih rasa kosong. Baby hasn't move yet. Still breech. Rasa kat bahagian atas abdomen ja penuh.

Malam2, pasang lagu kat phone dan letak atas paha. Dengan harapan, baby akan curious dan bergerak dekatkan telinga dia ke arah bunyi lagu. 

Bukan tu je, cara letak ice pack kat bahagian atas abdomen pun aku buat. Biar baby akan rasa sejuk dan pusingkan kepala ke tempat yang lebih selesa. 

Bila solat pula, amik masa sujud lama2. Doa banyak2. Sampai basah telekung. Basah sejadah. Sampai kiddos risau aku sujud lama sangat. Solat pun salah satu cara untuk tukar kedudukan baby. Especially waktu sujud. 

I got to say, till this morning, nothings work yet. 

Tapi. Tanak putus asa (walaupun dalam hati dah banyak goyah.. pecah sana sini).

...PercayaPadaAllahSwt..



Muka lesu tak bersemangat lately.

Makan boat noodle. Ariff tak suka. Amarr ja layan.

Hero2 layan massage lepas penat berjalan. Aku tak berani try takut pecah ketuban.. Tanaklah ketuban pecah sebelum masa sebab sure masuk dewan bedah punya.

Amarr yang sangat menggelikan hati. Feeling betul dia duduk sambil kena urut

Ariff tak berapa suka. Dia geli. Asyik gelak ja bila kena massage.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...