KENGKAWAN

Friday, November 13, 2015

Aleesya = Protected by God

Mamoru yang pilih nama ni. Nama Ariff & Amarr dulu, aku yang pilih. Suka maksud nama Aleesya.

Semoga Aleesya sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Semalam genap 7 hari usia Aleesya. Kenduri akikah kena postpone. Ada permintaan untuk sekalikan akikah dengan cousin2 Aleesya.

Tahun ni ja Atuk Dollah dapat 3 orang cucu perempuan. Start dengan Aleesya, pastu semalam dah lahir lagi sorang (adik tiri aku). Dan bulan depan, lagi sorang lagi bakal lahir (adik no.3). Ramai kan geng main pondok2 Aleesya nanti :)

Well, tu good news. Ada satu bad news juga. Bacaan jaundice Aleesya semakin naik dari 14.5 ke 15.2

Kalau bacaan naik sampai 18 sure Aleesya kena admitted :(

Uwaa.. tanak masuk hospital. Kat sini ada hospital government ja. Kalau masuk hospital government tak boleh pegi melawat sesuka hati. Hospital swasta pulak jauh kat bandar Melaka. Dalam 40 minit dari Masjid Tanah.

Haih.

Kata Doktor, orang darah jenis O memang anak senang kena jaundice (tapi Ariff & Amarr dulu tak kena pun).

Takpa. Fikir positif. Tanak stress2. Nanti aku jadi lembik. Badan lambat baik. Susu badan pun kurang. InsyaAllah bacaan tak sampai 18.

Sejak hari kedua Aleesya lahir aku usaha untuk fully breasfeed Aleesya. Alhamdullilah Aleesya dapat latch dengan baik walaupun hari pertama dia consumed formula milk.

Masa mula2 breastfeed tu Aleesya tak tidur langsung. Dia asyik nangis ja. Maybe susu tak cukup.

Hari ketiga Aleesya banyak tidur. Yelah, hari sebelum tu dah penat nangis.

Hari keempat pun aku still struggle nak bagi susu kat dia. Lucky takda siapa kat rumah ayah yang demotivate aku bab susu badan ni. Ayah & Mamoru siap belikan susu kambing segar dari kampung sebelah untuk aku minum. Sampai 20 botol! Satu hari kena minum 2 botol. Setiap pagi & malam.

Alhamdullilah, rezeki Aleesya, masuk hari kelima susu melimpah ruah sampai menitik2.

Ikutkan, susah okay nak susukan anak dalam masa yang sama nak jaga luka operation.

Setiapkali nak susukan Aleesya, kena pangku dia. Walaupun dah alas dengan nursing pillows, tetap terasa berat atas perut. Especially kawasan operate. Mummy2 yang bersalin c-sec ja tau hazabb nak susukan anak lepas kena operate.

Kalau bersalin normal dulu, just sakit nak duduk sebab kesan jahitan kat bahagian bawah. Tapi masuk hari ketiga dah boleh buat keje rumah, sapu sampah, tolong nenek masak.

Masuk hari ketujuh semalam aku still lembik. Jalan kena cover perut. Takut luka terbuka (imaginasi aku ja). Dah la badan tak boleh nak pakai bengkung untuk support pergerakkan. Kadang2 terasa ngilu2 kat area abdomen. Macam rasa kebas pun ada. Tahan ja tau. Mamoru ada belikan Acoxia (ubat tahan sakit), tapi aku tanak makan. Bukan sebab berani tahan sakit. Tapi sebab kalau terasa sakit, aku takde lah nak lasak2 sangat.

Hari ni hari kelapan. Alhamdullilah jalan dah laju sikit. Perut dah kecik sikit tapi still buncit.

Takpe lah perut buncit sikit. Nak kasi kempis buat sekali full marathon pun dah boleh kempis. Part ni tayah risau. Nak cantik, bebila pun boleh. Yang penting, Aleesya sihat.

Note: Masa usia Aleesya 2 hari, ustaz kat Al-Islam tahnik kan dia. Terima kasih ustaz (tataw nama)

Masa last day kat Al Islam

Aleesya & daddy lena tidur

Protector Aleesya juga abang2 ni

Ariff the bumble bee katanya

Amarr the ultraman


1 comment:

aisha said...

hahahah nak jadik kita la tu imaginasi melampau tempat operate terbukak... try nyusu sambil baring kalau pandai.. so tak tekan perut sangat..
and if menyusu duduk, duduk atas lantai sebab stabil skit.. kalau atas kerusi sofa ke apa, tempat duduk tu akan melendut and kita pun nak kena bongkok lebih...

well, cantik nama aleesya.. very girly..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...