Wednesday, November 11, 2015

Baby kena jaundice

Hari Isnin aritu, bidan kampung (nurse) datang. Check aku & baby.

Dia cakap baby A ada jaundice. Tapi sikit lah. Dia suruh gi klinik amik darah petang tu jugak. Tapi aku tak pegi. Dah lewat petang sangat.

Semalam bidan datang lagi. Cuti2 Deepavali pun, bidan still kerja juga. Komited betul diaorang buat keje.

Bidan suruh pegi ambil darah jugak. Kali ni tak tunggu lagi dah. Mamoru terus pegi Hospital Alor Gajah.

Result darah baby 14.5. Esok kena repeat amik darah lagi. Kesian baby. Mummy pulak yang cembeng tengok kesan darah kat tangan dia.

Tentang Ariff & Amarr:

Ariff sangat2 happy bila tahu baby dah keluar dari tummy mummy. Dia asyik tanya baby keluar ikut mana. Aku tunjuk kesan operation kat perut. Sebab luka operation tu tak nampak pun. Just satu line ja.

Tapi itu lah kesilapan besar yang aku buat.

Ariff sangat2 terkejut (Amarr ok ja. Maybe sebab dia belum betul2 faham apa yang jadi). Muka Ariff berubah bila aku explain doktor operate tummy untuk keluarkan baby. Lama juga Mamoru nak tenangkan Ariff.

Setiap kali Amarr mention tentang 'doktor cut tummy mummy', sure Ariff akan start nak nangis. Sangat concern dia kat mummy dia ni.

Ariff abang yang baik dan banyak betul soalan2 dia tanya tentang baby.

Masa hari ketiga kat hospital, Ariff buka mata ja terus cari baby. Kebetulan nurse bawak baby pi mandi. Sangat risau orang bawa pegi adik baby dia.

Ariff juga sangat concern kat aku. Bila dia tengok Mamoru pimpin aku setiap kali aku berjalan. Dia pun turut offer aku pegang bahu dia bila aku nak pegi mana2 dalam rumah. Dia even tunggu aku depan bilik air semata nak assist aku tau. Comel ja. Terharu aku.

Amarr nampak biasa2 ja. Dia masih dalam tempoh penerimaan. Ye lah, selama 5 tahun ni dia lah yang bongsu kan. Now title dah berubah. 

Sepanjang baby ada ni, aku tak dapat tidur dengan Ariff & Amarr. Sebelum ni tetiap malam kut tidur berpeluk. Nih dah 6 hari tak tidur sama. Sedih. Kena beli katil King size lah pasnih. Boleh susun ramai2 kat atas tu.


Amik darah kat tangan. Dah la tangan kecik. 

Tengok darah setitik pun aku dah cembeng

Little angel :)

1 comment:

Anonymous said...

tahniah kak ed :)