KENGKAWAN

Sunday, November 01, 2015

I hate you Lego

Sangat annoying dealing dengan small2 part ni. Aku takda kesabaran langsung main block atau apa2 yang berkaitan dengan Lego. 

Tapi memandangkan hero2 kecik suka bebenau dengan mender alah ni, aku terpaksa rela juga tolong diaorang cantumkan semua pieces. 

Kalau Mamoru ada, aku suruh dia ja layan bende2 ni semua. Tak kuasa aku haih. Tapi malam tadi, Mamoru ada Petzl marathon. Sabau je lah.

First attempt kena cantumkan Amarr punya fire engine. Aku tak ikut instructions dalam kertas sangat. Nak cepat. Konon terror. Sudahnya kena bukak balik semua pieces. Habis rosak kuku aku. Rasa nak lempar ja semua pieces tu ke dinding. 

Uwaaa..

Aku try lagi untuk kali kedua. Kali ni pun degil gak, tanak ikut instructions. Baca sekali lalu je. End up, ada pieces yang silap sambung. Sakitnya hati. Tapi aku teruskan juga. Lantak lah. Jadi lah jugak bentuk fire engine. Cuma tak berapa nak complete. 

Lepas tu kena siapkan Ariff punya police car pulak. Taim ni tahap kesabaran aku agak menipis. Aku suruh Ariff baca instruction. Dan pilih pieces lego ikut step yang ditunjukkan. 

Rupanya cara ni lebih berkesan. Aku tak perlu nak mengamuk dalam hati dengan Lego ni. Just monitor ja. Senang. Ariff good with instructions dan dia pun eager nak assemble sendiri tanpa perlu pertolongan.

Dan kali ni, hasilnya adalah tip top. Police car Ariff menjadi. Kukuh. Compared dengan fire engine Amarr yang dah terbarai masa aku buat set Lego Ariff. 

Kesudahannya, Amarr frust. Dia rebut Ariff punya police car. Ariff terpaksa mengalah dan merajuk. The end.

Haih.

Pagi ni, bangun tido, aku kutip semua pieces lego fire engine Amarr. Kumpulkan semuanya letak atas meja. 

Kali ni lebih sabar baca instructions. (atau "blue print", kata Ariff). 

Sambil praktik cara duduk untuk tukar position baby breech, aku cantumkan mender alah ni.

Dan yes! Berjaya. What a feeling! Think, I'm going to change my perception towards this Lego thing. Kinda fun jugak. Macam terapi. Berjaya buat aku stop sekejap fikir pasal position baby breech.

Happy.

Tahap kesukaran parts ni 2 star out of 5 (dia tulis atas kotak lah). Sesuai untuk 6 years plus. Untuk orang yang tak minat macam aku ni, semuanya susah.. haha.

First attempt. Fire engine yang ntahapahape jadinya. Degil tanak baca manual.

Finally.. pagi ni! Bravo aD!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...