Monday, November 09, 2015

Dah discharged

Pagi Ahad semalam doktor dah bagi balik. 3 hari ja duduk hospital.

Baby sihat.

Aku pun alhamdullilah, sihat. Dah boleh berjalan2.

Ramai advise jangan tengok luka operation. Tapi biasalah, aku kan degil. Pagi tu jugak, lepas doktor buka bandage, aku terus tengok kat cermin bilik air.

Kusss semangat. Aku bajet luka tu besar, buruk dan macam bentuk lipan. Tapi rupanya, just macam satu line ja. Tak ada kesan jahit langsung. Maybe, bahagian dalam ja jahit & kat luar just gam kut.

Kinda cute, boleh?

Doktor tak kasi aku makan pati gamat or pati haruan etc. Nanti luka tak cantik katanya. Knowing macam mana badan aku tolerate dengan luka atau parut, insyaAllah, satu hari nanti luka ni akan jadi macam faded line ja. Tayah nak risau2.

Oh.. nak update juga, untuk baby ketiga ni, perut still stretchmarks free. Yay! Cuma tu lah.. line operation ja.. huhu.

Checkout dari hospital almost pukul 3 petang jugak lah. Packing ja amik masa berjam2. Sebab Ariff & Amarr stay sekali kat hospital 2 malam berturut. Dapat bilik single lepas operate aritu. Selesa nak bawak hero2 kecik stay sama.

Keluar hospital terus straight balik Melaka. So now, berpantang kat Melaka :)

Baby A
Date of birth: Friday, 06/11/2015 at 12.34 pm.
Weight: 3.28 kg
Length: 50 cm

Semua siblings & ipar datang serentak. Meriah.

Iols still stoned. Kesan ubat tak hilang.

Depa lepak sini dekat nak tengah malam baru balik. Padahal waktu melawat sampai kul 10 malam ja. Sib baik nurse buat tataw ja.

The anak2 buah. Tak cukup kerusi, kita bentang cadar ganti tikar.

Ni gambar pagi Jumaat sebelum operate. Muka control nervous.

1 comment:

miss eimanhikmah said...

lepas bersalin pun cantik..hehehehe