KENGKAWAN

Friday, November 06, 2015

Doakan saya & baby

Pukul 2 pagi dah start puasa.

Mamoru tak dapat teman malam tadi sebab single room tak ada. Kena stay kat 3 bedded room. Harap sangat lepas operate dapat bilik single.

Please. Please. Please.

Pagi ni sebelum subuh aku dah bangun. Mandi puas2. Mengaji, pegi surau, solat.

Settle ja semuanya, nurse dah tunggu kat katil. Suh tukar baju, pasang saluran untuk urine, pasang IV drop.

Haih.

Sungguh tak selesa. Serious. Terbaring ja dari tadi. Hopeless.

Contraction non stop lagi buat aku rimas dengan wayar2 ni.

Camne ni.. Belum start operate badan dah lembik. Kalau dah operate??

Haih.

Asyik mengeluh ja aku ni.

Mamoru baru sampai. Kiss dahi aku. Rasa disayangi. Pulih semangat sikit. Banyak kali dia suruh sabar bila dengar aku mengeluh. Dia cakap, aku patut happy sebab finally dapat jumpa baby satgi.

Betul juga kata Mamoru tu.

Bertabah lah aD.

Semoga proses c-sec ni dipermudahkan. Semoga baby selamat, sihat dan sempurna bila lahir nanti.

"Maaf sayang.. mummy tak mampu lahirkan awak secara normal. Semoga awak sentiasa berada dibawah lindungan Allah swt."

3 comments:

aisha said...

amin.. semoga semua berjalan lancar.. jangan pikir apa2 dah AD.. sooner or later, baby nak kena keluar jugak kan... hihihi..
kita doakan AD jugak kay.. ni umpama pendakian gunung tertinggi la ni...and jangan la ngeluh dah.. nanti baby jadi perengus.. sian baby girl... take care tau.. AD kUAT!

p/s: boleh kita datang lawat tak? sekangkang kera je dari kita ni..

aisha said...

Eh, kejap.. dia dah siap pasangkan salur urine? mak aiii.. sakit tu.. pasang tu lagi sakit dari cocok epi tau.. masa kita, first baby tak tau, giler sakit.. second baby lepas cocok epi baru la pasang salur urine tu.. baru la tak rasa...


see.. u did not comment pun bab pasang salur urine tu.. memang tough giler la AD!

Anonymous said...

Salam Sis..
Dah lame xjenguk blog ni..dh nk ber4 upenye..
Semoga dipermudahkan semuanya..InsyaAllah..
From ur silent reader..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...