KENGKAWAN

Monday, November 16, 2015

Mandi sauna pagi ni

Terkejut tengok Mak Lang datang hari ni. Dia datang nak urut aku & Nadia (my step sis).

Ekceli aku tak suka urut2 ni. Kurang gemar orang pegang2 badan aku.. huhu.

Aku tak pernah voluntarily request untuk diurut setiap kali lepas bersalin. Dulu lepas bersalinkan Ariff & Amarr, nenek yang panggilkan nenek Enang (nenek tukang urut). Kali ni, ibu panggilkan Mak Lang (adik ayah) pulak datang mengurut sebab nenek Enang dah terlalu tua. Tak larat dah.

Mak Lang urut satu badan. Bahagian perut dia tak sentuh sebab orperation kan. Sambil urut tu Mak Lang cerita, jenis2 urut yang dia buat. Urut untuk tambah susu badan, urut untuk buang angin, etc. Tak dengar sangat tadi sebab menahan sakit & geli kena urut.. tssk.

Lepas settle urut, kena mandi sauna. Mak Lang siap bawa portable sauna pasang kat sini. Sauna yang Mak Lang buat guna wap dari daun pandan, serai & aperntah daun2 lagi. Wangiii...

Ada la dalam 40 minit aku duduk dalam tempat tu. Sampai empuk daging aku dibuatnya.. haha

Lepas sauna & mandi bersihkan badan, Mak Lang tanya "macam mana rasa badan? Ada rasa macam pengantin baru tak?"

Aku jawab entah lah, rasa segar ja. Nak tau rasa macam pengantin baru ke tak, kena laa tanya Mamoru.. ops!

Mak Lang kata esok dia datang lagi. Kena cukupkan 3 kali urut!

*pengsan*

Note: Aleesya sangat behave dan senyap ja sepanjang sesi urut & sauna tadi. Good girl. Nanti mummy upah susu ya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...