KENGKAWAN

Sunday, November 15, 2015

Practice jaga 3 anak seorang diri

Hampir semua adik beradik balik kampung hari ni. Nak tengok Aleesya & Zahra (baby my step sister).

Meriah.

*******************************

Esok kena berdikari. Semua benda kena start buat sendiri. Sebab esok Mamoru start kerja semula. Malam ja Mamoru boleh jaga aku.

Haih.

Sejak Aleesya ada, tugas aku just; tidur, bangun tidur, mandi (Mamoru tolong mandikan), makan (pun Mamoru hidang dan kemas lepas makan) & susukan Aleesya.

Part memasak, ibu (my step mum) yang buat. Kadang2 nenek hantar lauk.

Tugas mandikan Aleesya, mandikan Ariff & Amarr, membasuh, mengemas semua Mamoru buat. Even tukar pampers bila Aleesya poo poo pun aku belum pernah buat tau.

Macam mana esok ya? Nak handle 3 anak sorang-sorang. Badan aku still tak kuat lagi. Luka still sakit lagi :(

Ibu  pun dah start keje semula (dia pun amik cuti seminggu semata nak jaga anak-anak dia berpantang). So, pasnih takda orang yang boleh masakkan lagi.

Haih

Takpa. Fikir positif. Maybe ni masanya untuk practice jaga 3 orang anak. Nanti balik KL, kena jaga anak sorang-sorang juga.

Bertabah lah aD. Supermom mode is on.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...