KENGKAWAN

Wednesday, November 04, 2015

Sambung cuti sampai tarikh operation

Alhamdullilah dapat cuti sampai tarikh operation. Boleh duduk rumah kosentret kat exercise untuk baby breech.

Aku baru tau yang posture duduk bersandar sepanjang hari kat ofis adalah salah satu punca untuk baby breech. Kalau ada rezeki pregnant lagi satu hari nanti, aku nak beli birthing ball. Letak kat ofis. Ganti kerusi. Sangat bagus untuk posture badan dan elak baby breech. Boleh hilangkan stress & mengantuk pun iya jugak.

Siang tadi lepas balik dari Al Islam, tak terus balik rumah. Tapi gi jenjalan kat shopping mall. Kalau balik rumah, sure nangis je la keje aku kan. Cakap dengan Mamoru nak gi shopping, dia bagi galakkan. Janji aku jangan sedih2 katanya.

4 jam aku spend masa berjalan dalam mall okay! Gigih exercise. Sambil2 jalan tu tak putus2 doa supaya baby turun bawah. Penat jalan berhenti jap makan ais krim. Pastu sambung balik jalan. Habis semua kedai aku khatam. Cari baju baby, cari baju sendiri. Enjoy la jugak.

Balik rumah, sambung exercise lagi. Bukak google, YouTube segala. Baca tentang baby breech. Baca tentang normal breech delivery (siap tengok video kelahiran normal baby yang keluar punggung dulu instead of kepala). Paling aku regret bila tertengok video c-sec.

Uwaaaa.. takottt.

Menyesal. Menyesal. Menyesal.

Haih.

Malam ni sebelum tidur buat breech tilt. Sambil letak flashlight kat atas peha. Dengan harapan baby bergerak ke arah cahaya.

Usaha, doa & tawakkal. Selagi ada masa, jangan putus asa.

Note: Tenkiu so much kat blog readers kat sini. Rasa bersemangat bila ada yang sudi kongsi cerita untuk tenangkan hati ni. Terharu tau. Nangis2 baca komen2 & kata2 semangat korang semua. Tenkiu sudi doakan yang baik2 untuk aD & baby. Tenkiu. Tenkiu. Tenkiu. Semoga korang semua dirahmati Allah swt. 


Comel2 baju baby girl kan.Tambah koleksi lagi. Tapi kali ni try limitkan kaler pink. 

And thanks to Kay sebab sudi datang rumah & hantar barut baby yng dia jahit sendiri. Awww.. cute sangat! xoxo!

1 comment:

aisha said...

ya allah.. gatal betul la AD ni... yang gi tengok video gitu buat apa.. tu yang tambah ngeri.. better you dont know.. ish ish.. you can try tengah ada masa ni but dont too much.. dont stress yourself and baby.. tau tak...

mak ai.. baju girl... nak gak!!! ish kena berusaha ni tuk girl.. kalau kuar girl.. tak sabar nak tengok baby AD..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...