KENGKAWAN

Saturday, November 07, 2015

Selamat melahirkan

Alhamdullilah. Syukur ke hadrat Allah swt.

Baby girl dah selamat dilahirkan via c-sec.

Satu pengalaman yang sangat berbeza dengan kelahiran Ariff & Amarr dulu dan takkan dapat dilupakan.

Honesty, lahirkan anak via c-sec agak mencabar emosi dan fizikal compared dengan lahir secara normal.

Coz, of course, kalau normal, semua yang jadi tak dijangka. Kita tataw bila akan bersalin. So takde lah nak gerun sangat.

C-sec pulak, kita dah tau awal tarikh melahirkan. Macam, kalau kita tau bila kita akan mati, sure nervous tak ingat dunia kan. Camtu la lebih kurang.

Bermula azab dengan insertion saluran urine yang salah. Menyebabkan leakage, luka dan terpaksa dibuka semula. Sakit ok. Dah la masa insert takda pakai bius. Then IV drip size yang agak besar dan sedikit menyakitkan.

Haih. Honestly, aku respect mak-mak yang kena czer. Korang memang hebat. Aku dulu masa nomal delivery, mana ada cucuk2 jarum ni semua. Ops, kecuali painkiller pentidine. Itupun inject jarum kecik ja kat bontot.

Pastu part berdebar masuk bilik bersalin. Aku punya gigil sampai katil dalam bilik OT bergegar. Serious. Dah la Mamoru tak boleh teman macam masa deliver normal dulu. Terpaksa tenangkan diri sendiri okay. Kesian kan kat mak-mak yang czer nih. They're on their own masa ni without support from loved one dalam bilik yang menakutkan tu.

Masa inject bius kat tulang belakang (bukan epidural), aku siap peluk kekuat Dr Norlida & sorang nurse yang berdiri kat depan aku. Kuat lak tu aku peluk. Siap nangis2 atas bahu nurse sebab terlalu takut & sejuk ( betul la Aisha, bilik tu sejuk yang hamattts)

Ada 4 orang yang stay dalam OT. Dr Norlida, 2 orang nurse & seorang pakar bius lelaki. Yes, lelaki. I is terkejut sebab yang aku tau pakar bius kat Al Islam, Doktor perempuan.

Tapi berperasangka baik. Maybe Doktor bius perempuan ada masalah tak dapat attend surgery pagi tu.

Tapi malu juga. Tho Doktor tu muda & handsome (kes Doktor kat Hot.fm huhu), still aku sangat tak selesa bila terpaksa half naked depan lelaki.

Luckily pakar bius tu just duduk kat bahagian kepala aku. Dia terpaksa tekan tangan aku (bahagian IV drip) sebab terlalu menggeletar. Dia lah yang duk explain dan tenangkan aku sepanjang setengah jam operation. Which I felt so weird coz patutnya, husband la yang patut duduk situ tenangkan aku.

Apa pun, terima kasih sangat2 kepada team operation ni. Dari proses bius sampai selesai dan selamat semuanya, aku tak rasa sakit atau terasa badan bergoyang di-operate. Tak rasa apa2 langsung walaupun half body ja di-bius. Sangat professional.

Dan sampai saat aku tulis entry ni (which is more than 15 hours later) pun aku still tak rasa sakit. Tapi kaki & badan dah boleh gerak. Cuma nurse tak bagi berjalan lagi. Tunggu pagi esok katanya.

We'll see esok. Kata orang, esok baru start rasa sakit. Kalau ikut pembacaan, amik masa 6 bulan untuk luka czer recover. Dan aku kena tunggu 1 tahun untuk start marathon or hiking semula. Lama gila.

Again, respect kat mak-mak czer nih. Lama gila kena menahan sakit compare dengan bersalin normal.

Gambar baby? Takda.

Condition badan aku tak meyakinkan doktor untuk aku pegang or breastfeed baby.

Aku dapat tengok baby pun masa operate tu je lah. Pastu dengar update dari Mamoru & adik2 yang datang melawat.

Sedih kan. Sekali lagi kesian kat mak2 czer yang tak dapat jumpa dan breastfeed baby right after delivery.

Apa pun, aku bersyukur semuanya selamat hari ni. Terima kasih atas doa2 korang. Tak terbalas semuanya. Aku doakan korang sentiasa dirahmatiNya.

7 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah.. tahniah dan selamat berpantang. Take care.. Kiss and hugs for your newborn baby gurl..

Chooyaya! said...

Alhamdulillah aD dah selamat semuanya... nanti ada masa bacalah email. Su ada email ad mcm mana nak jaga luka etc lepas pantang. Every c-sect mommy pengalaman berbeza... sazli dpt teman su dalam ot dari mula sampai habes. Right after deliver, paeds amek baby and letak terus atas dada so dah dpt tgk. Naik je bilik lepas cuci luka semua, nurse terus bwk baby masuk and bagi breastfeed. Tak smpi 30 minutes lepas bersalin. So lepas ad bersalin bedah ad tau la mcm mana susahnya bersalin bedah and tak la semudah mcm yg emak2 yg bersalin normal think. Ada some of them think kite sengaja pilih sebab taknak sakit n byk duit. So wrong.

Apapa pon take care ad. Selamat berpantang!

Lydia Mahmod said...

Alhamdulillah.. semua selamat...
Be strong sis...
Allah has better plan for u =)

Anonymous said...

Tahniah Ad. Semoga anda dan baby sihat.

seri said...

Alhamdulillah....tahniah add & keluarga.

Semoga dapat menjalani pantang dengan elok ye.

Semoga cepat sihat jugak.

Pastikan luka czer tuh sentiasa kering yek.

Tahniah lagi sekali terima orang baru dalam keluarga.

Eliss Mie said...

Alhamdulillah. selamat berpantang. saya dah 2 kali czer dan sekali operation buang tiub.memang bukan senang nak jaga parut czer, tapi alah bisa tegal biasa.

abdooss said...

Tahniah..

Yeay.. 2 lelaki - 1 perempuan.
2 boys - 1 girl.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...