KENGKAWAN

Wednesday, November 18, 2015

Setel mengurut

Akhirnya.. hazab kena urut setel. Hari ni genap tiga kali kena urut.

Hari first & second kena urut memang geli & sakit. Masuk hari ketiga rasa macam okay lah sikit.. takdelah sesakit hari first aritu.

Dan tadi jugak setel mandi herba sauna tiga kali berturut. Yang ni best. Peluh keluar macam lari full marathon! Badan rasa best sangat. Kulit rasa bersih! Fefeeling Qu Puteh okayyy.

Mak Lang tinggalkan tempat sauna kat sini. Kata Mak Lang, guna lah bila2 nak. Cool!! Pasnih aku nak curah kan perfume Flora by Gucci dalam sauna tu. Nak mandi wap minyak wangi pulak. Biar wangi ja peluh aku.. ahahaha (Jangan jeles ya Ain!!)

Berat aku dah turun jadi 40kg. Hopefully tak turun lagi. Takut effect susu badan coz Aleesya fully breastfeed sekarang.

Aku tak pantang makan pun. Sama macam masa bersalinkan Ariff Amarr dulu. Aku belasah ja makan semua benda. Janji anak dapat nutrient yang cukup. Terkejut Mak sedara aku bila tengok aku makan telur goreng masa pantang. Orang dulu2 kata tak boleh makan telur. Lebih2 lagi lepas operate. Takut luka bernanah katanya. Senyum je lah. Doktor yang suggest makan banyak protein untuk cepatkan luka sembuh. Telur kan sumber protein.

Setakat ni luka operation cantik! Pergerakan pun makin laju & kuat.

Pagi tadi bangun awal dengan harapan nak mandikan Aleesya sendiri. Tapi sama macam semalam dan hari sebelumnya. Tak berjaya jugak sebab ibu suruh nenek datang jaga aku. So, percubaan untuk berdikari urus anak2 masih tak dapat dipraktikkan. Nenek adalah sangat memanjakan aku. Siap bawak coklat & cekodok bawang + bilis subuh2 gaban suruh aku makan. Pastu dia mandikan Aleesya, basuh baju, masak, semua2 lah. Rasa sangat disayangi duduk kat Melaka ni :)

Ops.. nak taip panjang2 tapi kena stop dulu. Bank susu dah penuh. Nak kejutkan Aleesya :)

Note:
1) Berat Aleesya dihari ke 12 ni dah 3.4 kg. Jaundice dia pun makin berkurang ke 12.0 mg
2) Hazab kena minum susu kambing belum setel lagi.. hihi. Kata Mamoru, hari2 kena minum demi Aleesya. Tapi takpa sebab Mamoru belikan coklat feveret aku in return. Yum!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...