KENGKAWAN

Wednesday, December 02, 2015

Kenangan kat UUM

Gambar lama. Masa amik degree kat Sintok, Kedah.

16 tahun dulu punya cerita.

Dapar gambar ni dari FB member satu U. Gambar aku yang pakai kurung merah. Posing ramai2 kat padang golf UUM.

Jujurnya, aku tak pernah ada sekeping pun gambar masa study kat sana. Bukan tak pernah bergambar, tapi semuanya kamera orang. Sendiri tak mampu beli kamera.

Henfon pun aku takde masa belajar dulu tau. Zaman aku belajar dulu, henfon Nokia 3310 baru wujud. Harga henfon tu masa mula2 keluar lebih RM1600. Harga sekeping sim card pulak lebih RM600 tau! Tak mampu okay nak pakai henfon. Orang kaya je mampu. Tak pun orang yang pretend kaya (jenis yang guna duit loan/biasiswa).

Lebih sadis, gambar masa konvo pun aku takde. Sebab masa tu aku baru dapat keje sementara sebagai jurujual kat KL. Gaji RM600. Tak mampu nak amik pakej gambar masa konvo. Time tu gaji aku just lepas bayar sewa jubah konvo je RM100 (lepas tolak kos transport nak ke sana). Itupun kira bersyukur okay. Kalau tak, tak merasa naik stage amik scroll degree.

Bertambah sedih bila kamera member yang aku pinjam untuk amik gambar masa konvo rosak. Maka nan hado langsung gambar aku berjubah bagai.. tskk.

Kalau orang duk tanya aku mana proof aku grad UUM. Aku hanya mampu bagi no matrix masa belajar dulu ja. Pi la cek sendiri nama aku kat fakulti Ekonomi tu. InsyaAllah jumpa.. haha.

Apapun tima kasih la kat member FB atas gambar zaman muda remaja ni. Terharu tengok muka innocent sendiri.. hihi.

1 comment:

aisha said...

nape tak pernah ketemu yer.. hahahah.. batch sama rasa nya kita... rindu plak kat uum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...