KENGKAWAN

Tuesday, December 22, 2015

Membebel

Perkara yang sangat annoying masa tengah berpantang yang orang tak faham dan kadang2 buat2 tak faham:

1. Orang datang melawat tak kena masa. Mementang kat umah takda masa melawat macam kat hospital. Datang melawat pun ikut suka la kekdahnya. Malam pun aci redah ja datang.

2. Satu hari sampai tiga empat rombongan datang. Duduk bertandang pulak sampai berjam2. Kalau umah ada maid takpelah. Boleh suruh buat air, masak makanan segala. Kalau yang ada just tuan badan yang baru lepas bersalin camne? Nak masak tak larat. Tak jamu tetamu rasa tak serba salah pula. Nak harapkan cik abang, dia pun tak menang tangan. Tetamu yang datang punn jangankan bawak hadiah, lagi ditanya kopi takde ke? Panggg ada, ndak?

3. Bila mulut takda insuran. Kondem cara kita berpantang. Paling worst, cakap anak kita melalak sebab tak cukup susu. Siap suruh kita beli susu formula. Padahal anak kita melalak sebab kita duk layan dia yang tak reti2 nak balik. Sampai nak susukan anak pun tak sempat.

4. Bila tetamu lelaki buat tak reti kita bagi hint nak susukan baby. Tak gentleman langsung. Lagi duk tengok ada lah. Yang perempuan pun sama. Duk perati jugak. Lagi haru duk menempel dekat nak dapat view jelas baby menyusu. Memanglah memasing ada breast. Tapi agak2 lah. Sesama perempuan pun ada perasaan malu juga.

5. Tetamu yang suka duk dukung baby sesuka hati. Jenis yang ni tolong lah memahami sikit. Kengkadang depa tak tau baby tu baru lepas melalak ke. Or mak dia struggle nak tidurkan dia. Yang depa ni sukati pegi angkat. Pastu bila baby melalak, dia pass kat mak baby tu. Kesian kat mak baby. Baru nak rehatkan badan dah kena dodoikan anak semula. Penat weh.

6. Tetamu yang suka kiss baby pun over juga. Nak cium bau syurga katanya. Kalau tangan & mulut pakai sanitizer takpelah. Kena pulak tetamu yang duk batuk selsema kiss baby. Tsskkk.

Ada lagi tapi tak ingat. Selalu tu yang buat camni orang2 yang pernah ada anak kecik juga. Depa ni memang saja bebuat tak faham ke camne?

1 comment:

aisha said...

Paling win la post ni... sangat setuju..
tu belum lagi bab beza2kan anak.. or bagi pendapat yang they are the best parents in the world..

ish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...