KENGKAWAN

Wednesday, December 30, 2015

Orientasi darjah satu

Teman Ariff pergi orientasi untuk student darjah satu. Teman kat assembly area ja.

Pastu masa cikgu bawa student naik ke kelas kat tingkat tiga, kami stay kat bawah ja. Duduk kat dewan dengar penerangan dari pengetua & pengerusi PIBG.

Masa tengah dengar penerangan tu ada gak la announcement dari cikgu2 suruh few parents naik ke kelas pujuk anak masing2 yang menangis. Tunggu gak kalau2 cikgu announce nama Ariff, tapi takda. Means dia ok la kat atas tu.

Almost pukul 11 baru settle payment, amik buku teks segala.

11.30 pagi, baru Ariff turun. Senyum ja dia. Sampai depan aku, dia buka beg keluarkan kertas latihan matematik yang dia buat masa dalam kelas. Dia dapat markah penuh! Soalan basic ja. Ariff can do more than that.. hihi.

Ariff cakap tadi dia pergi toilet. Aku tanya cikgu teman dia pergi toilet ke? Dia cakap dia pergi sendiri. Turun tangga dari tingkat tiga (toilet kat ground flooe) pastu naik balik ke kelas.

Me & Mamoru impressed sangat. That's our boy. Brave. Hari first dah pandai bawa diri.

Ok lah. Mummy is so busy like a bee. Nak membalut semua buku latihan & buku teks yang sungguh la banyak. Pastu nak study semua buku2 ni. Senang nak tolong Ariff buat homework nanti :)

On the way naik ke kelas

Ada 281 student darjah satu untuk sesi 2016. Kelas sementara Ariff kat 1F sebelum amik ujian untuk tentukan kelas.

Subjek math. Full mark. Subjek lain tak dapat paper pulak. Gambatte Ariff!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...