KENGKAWAN

Wednesday, December 02, 2015

Semangat! Semangat!

Sparepart breastpump yang Mamoru beli online dah sampai.

Yay!

Ganti tubing lama
Ganti botol lama
Ganti personalfit lama

Now ready for action!

Setakat ni Aleesya belum pernah minum guna botol susu lagi. Semua direct breastfeed.

Nanti bila dah start pump, kena ajar slow2 minum breastmilk guna botol. Sure challenging kan.

Ekceli challenge yang paling besar adalah dekat aku. Bukan senang nak fully breastfeed, nak maintain supply & demand. Mental kena kuat.

Support dari orang tersayang paling penting.

Ada satu malam aritu, Aleesya asyik nangis ja sepanjang malam. Macam lapar tak cukup susu. Aku sampai nangis2 bila ada orang suggest aku beli formula milk sebab susu aku tak cukup.

Lucky Mamoru pujuk. Urut2 badan aku masa aku susukan Aleesya. Buatkan air, prepare snack kalau2 aku lapar tengah2 malam.

Syukur setakat hari ni, aku berjaya tolak pujukan2 orang supaya bagi Aleesya formula milk.

Lima hari lagi usia Aleesya akan genap sebulan. Suka sangat tengok Aleesya membesar dengan susu badan sendiri sepenuhnya. Semoga dimurahkan rezeki Aleesya dan dipermudahkan usaha aku ni.

Jauh lagi perjalanan untuk breastfeed Aleesya. Moga aku terus bersemangat dan tabah. InsyaAllah.

I love online shopping. Especially bila tak dapat keluar rumah time berpantang ni.. hihi. Infant car seat dah sampai! Lazada buat sales tau. Murah dan worth it sangat. Tak sampai 2 hari order dah sampai depan pintu umah. Thank you Lazada! Memudahkan keje aku. Takyah nak bersusah payah nak drive jejauh ke bandar Melaka dan habiskan masa berjalan berjam2 nak cari car seat ni. Suka sangat!

1 comment:

Mrs Puex said...

keep breast feed ur baby, Ad.. seriusly mmg sangat mencabar utk kita menten supply and demand.. support sistem dari orang terdekat sangatlah diharapkan..tambah pulak nnti kita dh start keje.. lagiii mencabar ..ape pon, just go with the flow dan yakin dengan rezeki yang satu ni..

jangan lupa banyak suara haluss nnti akan ckp benda negatif, ala susu tepungkan ada buat apa nak susahkan diri pam pam susu..tak busuk ke badan nnti klo susu meleleh.. dan lain lain..hehehee... sakitt woooo otakk!!

banyakkan jugak masuk grup brestfeed mom utk sedut ilmu dan sedut motivasi if kita down.. dah penah rasa sebab tu share ilmu ni kat ad..

cayok cayokk!!

alhamdulillah managed to eksklusif bf my son, 2y6m without failed.. dan nikmatnya sekarang, dia rapattttt sangat ngn kita..

-ayang-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...