KENGKAWAN

Saturday, December 31, 2016

Farewell 2016

Had so much fun since yesterday till today. What a wonderful way to end 2016.

Time well spent with my babies.. the triplet ❤❤❤

Looking forward to 2017! Hello!!!!

xo!

:)

Friday, December 30, 2016

Last working day for 2016!

Yeay!!

Next week will be all about 2017. My favourite number 7. They said 2017 nanti banyak tarikh yang cantik2.. and that's includea my birth date 17.7.17. Eh macam budak2 pulak nak excited over birth date.. padahal nak masuk umur 38 tahun next year okeh. Haish.

Hari ni last day keje in 2016! Alhamdulillah for the wonderful year 2016!

My 2016 started a bit slow coz Im still in adjustment mode. With new baby and whatnot. But towards end of 2016, Im roaring like a tigress already.

Here goes for more awesomeness in 2017! Got so many crazy goals to achieved next year. Can't wait to make it happen! To make it real. 

I am blessed with so much love and so many good things around me.

Alhamdullilah.
Alhamdullilah.
Alhamdullilah.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Happy me

Still about food. But more to fruits.. hihi.

Food make me happy. Make me feels loved. Make me feels great! Make me gemokk.. Gitu.

My favourite. Lately memang rasa nak makan mangga je tau. Nak yang muda2 pulak tu.. hihi. Murah rezeki, baru sebut, terus dapat buah pelam muda besar & buah kedondong. Jauh mai dari selatan tau.

Jagung madu.. ni hasil dari ladang jagung ayah. Eh japp, jagung ni kategori buah or sayur? Kena study ni. Nati nak kena bersoal jawab dengan Ariff.


Nikmatnya... makan pelam muda cicah kuah rojak Mak Bee bersulamkan jagung madu! Heaven in my tummy!

Happy tummy, happy me!

:)

Thursday, December 29, 2016

Jenjalan mid valley

Settle sudah urusan pendaftaran sekolah untuk tahun 2017. Alhamdullillah, semua dipermudahkan. 

Now masa untuk relax! 

We're at Mid Valley. Kita enjoy!

Bergambar dengan hasil creativity memasing

Aku tak rajin nak kelebet kotak happy meals ni. Tatau pula boleh buat main gini. Ingatkan just dapat toys dalam dia ja. Nasib baik ada yang melayan. Kalau tak sampai ke sudah tak tau function kotak meals ni

Amarr orientation day!

Alhamdullilah, lepas dah dedua anak aku masuk sekolah rendah. Now Amarr dah unofficially masuk darjah satu - sama sekolah dengan Ariff. 

Lega sangat. Tahun depan, senang banyakk keje mommy. Semua anak2 hantar ke taska yang sama (untuk daycare & transit). Tak perlu terkejar2 pegi BBIM, etc.

Amarr nampak nervous masa mula2 kena beratur kat padang masa perhimpunan. Tapi lepas masuk kelas, dia nampak happy & tersenyum. Dalam kelas, dia duduk kat depan sekali (aku yang suruh sebenarnya.. hihi). 

Semoga Amarr happy selalu setiapkali gi sekolah. Dan semoga dia dapat kawan2 yang baik & guru yang berdedikasi sepanjang alam persekolahan. Mommy doakan Amarr, Ariff & Aleesya berjaya dalam pelajaran & kehidupan dunia akhirat. Amin :)

Amarr queue nak masuk kelas. Dah start senyum :)

Masa kat perhimpunan. Comel je tengok dia nervous.

Rehat sekejap. Minum pagi kat kantin. Comel ja tengok anak2 yang blur2 pagi ni.. first time kena pegi sekolah :)

Buku2 latihan dah beli. Tinggal buku teks ja tak ambil lagi. Pasni, tinggal urusan pendaftaran kat sekolah agama pula. Hari ni last day untuk registration sekolah agama :)

Wednesday, December 28, 2016

Fine dining for lunch tpday!

Taken our sweet time for a fine dining at lunch hour with colleagues. What a wonderful 2016!

Penat nak habiskan semua course menu. Makan lelaju.. coz pegi taim ofis hour kan.. hihi.

Carpool gegamai with the ladies

Depan restoran :)

Makan sambil selfie

Selfie sambil makan

Dan lagi..

The 5 course menu. Love the prawn appetizer! Dappp!!

Balik ofis perut sebu. Uwaaa... Kena lari 20km malam ni.. huhu.


Popia milo

Sambungan malam tadi.. ngee

Lebihan kulit popia buat money bag ada banyakkk. Dah buka tak leh simpan lelama. Nanti keras dan rosak.

So, gulung pepanjang & gunting. Pastu goreng. Lepas goreng, toskan atas tisu. Biar sejuk jap pastu gaul la dengan perasa makanan yang kita suka.

Aku pilih gaul dengan milo.. hihi. Dappppp...!! Boleh simpan buat kudap2 taim tengok tv.


Popia yang dah digulung & hiris serong.

Popia dah siap goreng

Siap gaul dengan milo

Save dari membazir kulit popia.

Ok dah. Malam ni kita training pulak. Macam2 dah masuk dalam perut ni. Semua makanan tak healthy.. hihi


Tuesday, December 27, 2016

Money bag yummy

Bila tak lari kat atas jalan, kita training kat dapur je.

Aleesya tidoq awal malam ni lepas dinner nasi berlauk sup ayam yang mommy masak. Kiddos pulak leka dengan toy hot wheels. So, mommy nak asah skill ikat money bag.. hihi. Lama dah tak buat. 

Simple dish yang sangat sedap kalau buat appetizer atau buat minum petang pun boleh. 

Just guna kulit popia, daun kucai untuk ikat (celup few second dengan air panas kalau daun tu keras). 

Inti dia ikut suka nak bubuh apa pun. Aku guna daging ayam cincang (tak halus sangat), cendawan butang, sayur targon, bawang merah, putih. Tumis semua bahan, perasakan dengan garam, pepper & biarkan sejuk sebelum campur cheese (ikut suka).

Pastu bungkus dalam kulit popia, punjutkan & ikat kekuat guna daun kucai. Dah siap, deep fry sampai kulit popia tikar kalee golden. Balance boleh simpan dalam freezer :)

Sebelah lum masak, sebelah lagi sedia untuk di ngappp. 

Happy tummy!

Note: Cita2 mommy kalau tak jadi economist dulu, mommy nak jadi chef or designer.. hihi.

Legoland waterpark

Throwback lagi.

Waterpark kat Legoland ni kecik je. Tak sampai sekerat hari confirm setel main semua games kat sini. Provided tak ramai orang dan tak beratur panjang masa nak naik slides. 

We're lucky sebab memang tak ramai orang. Pergi time weekdays (time cuti sekolah). Kiddos boleh pergi main slides tanpa perlu beratur. Suka sangat depa repeat setiap games lebih dari 5 kali. 

Yang best kat sini, tak perlu sewa pelampung, safety jacket, etc. Semua free. Tak macam waterpark lain yang kena bayar deposit & sewa setiap pelampung untuk bawa main kat slides. 

Cuma yang kena bayar kat sini just makanan (obviously) & sewa cabana (pondok rehat siap aircond, kipas, fridge) Tapi mahal lah. Coz satu cabana je dah almost rm400. Kalau anak2 tak reti duduk satu tempat & rajin explore, tak perlu la sewa cabana. Rugi kalau tak guna.

Entrance water park

Lazy pool. Aku spent seharian duduk sini dengan Aleesya. Tak banyak ambik gambar pun sebab kiddos gi main slides dengan Mamoru. Lagipun Aleesya penat sangat sehari sebelumnya. Layan dia tidur je.

Dah petang baru gi cari kat mana kiddos & Mamoru dalam waterpark tu.. hihi. 

Ariff & Amarr in action.. Ntah berapa kali dia repeat slides yang ni.. suka sangat depa..

Main lego dalam air

Semua slides kiddos tapau. Puas hati katanya.

Aleesya last minit baru mommy lepaskan main air. 


Ntah berapa kali kiddos tawaf sungai buatan ni

Main lego lagi

Sukanya Aleesya :)

Walaupun waterpark ni tak sebesar theme park, almost pukul 7 petang jugak lah baru kami beransur balik. Well spent short gateway. All aboit kiddos.

Till we meet again. Pasnih nak try Legoland Hotel pulak :)

Legoland theme park

Throwback last 2 weeks.

Tunaikan janji dengan anak2 bawak pi Legoland, Johor. Best trip at the best time coz cuaca sangat baik walaupun sekarang ni musim hujan (alhamdullilah). Paling penting, semua ride Ariff & Amarr boleh join. Kalau pergi setahun awal, maybe ada few rides yang Amarr tak lepas. Kat sini, strict sikit safety dia. Tak cukup tinggi or tak cukup umur, memang diaorang tak bagi main certain rides. Kesimpulannya, kalau nak pi sini bawa anak umur 4 or 5 tahun, better tunggu dulu sebab nanti budak frust tak dapat main dengan puas.

Even baby pun, ada few rides je yang boleh. Selebihnya, Aleesya jadi tikang tengok ja.. huhu. Tapi nasib baik dia tak pandai demand lagi. Kalau tak, sure dia sedih. 

Legoland buka pukul 10 pagi. Since tiket dah beli awal2, kami terus masuk je. Kalau tak, queue kat kaunter tiket je dah amik masa sejam. Tu tak termasuk queue untuk naik rides. Good thing, is kami pergi time weekday, so tayah queue nak maik games. Kat sini kena maksimumkan pengguna masa coz ada banyakkkkkk games & rides yang nak di explore. Kena datang awal2. 

Btw, kalau nak bawa bekal makanan kat theme park ni, depa tak bagi. Depa cek beg tau (kalau waterpark je depa kasi & tak ada beg checking). Makanan kat dalam ni agak pricy dan paling tak best, menu western sesaje. Tapi aku bawak gak bekal nasi. Letak dalam beg Aleesya.. hihi. Diaorang tak cek beg baby :)


Port mesti posing


Lego maskot Maybank.

Amik gambar lesen. Kena belajar cara memandu sebelum pi driving

Amarr pulak amik gambar

Pandai betul depa ni belajar undang2 jalan raya

Naik bot

Disebabkan Amarr 6 tahun, almost semua rides kena ada adult yang teman. 

Ni pertandingan padam api. Kena naik kereta & drive sampai kawasan kebakaran pastu kena pam air utk padamkan api

Macam solero shoot kat genting dulu2 tu. Ariff & Amarr memula rilek ja.. sampai atas tu.. cuak muka masing2.. haha

Ride ketapi.. toot.. toot... 

Ni tough sikit coz kena panjat sambil tarik tali. 

Tempat main lego kecik2 ni berlambak.. aku masuk pun sebab nak aircond je.. 

Naik kuda

Ariff in action

Isi minyak penuh ya bang

Ariff depan castle. Dalam ni ada rides macam roller coster

Amarr yang tak takut langsung naik rides camni.. siap lepas tangan okay.

Depan studio starwars

Kat dalam ni just banyak figurin lego star wars ja.. macam.muzium

Main baling tin. Daddy got us one big soft toy!

Tataw apa nama ride ni

Suka sangat kiddos dapat main semua games & naik semua rides

Ada banyak lagi games yang aku tak sempat amik gambar sebab sibuk breastfeed Aleesya. 

Miniature area :)

Themepark tutup pukul 7 petang. Dan pukul 7 jugak lah baru kami keluar dari situ. Mission accomplished. Semua games berjaya di conquer. Kiddos puas hati. Mommy sakit kaki.. hihihi. Aleesya pula, sangat behave. Next year kita gi lagi okay.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...