KENGKAWAN

Wednesday, January 06, 2016

Aleesya dah 2 bulan

Genap 2 bulan usia dia hari ni. Dua bulan juga journey fully breastfeed aku dengan Aleesya. 22 more months to go!

Sabtu ni insyaAllah nak bawa Aleesya gi jumpa paed. Amik jab untuk 2 bulan (Hep) + extra imunisasi; rotavirus. Next month amik extra immunisasi untuk pnneumoccal pula. Biar sama rata. Abang2 Aleesya dulu pun amik rotavirus & pnemucoccal. Protection untuk their health. Selebihnya sila amalkan gaya hidup sihat ya anak2.

Aku ada sebulan lagi cuti maternity sebelum start keje semula. Now is masa untuk stok susu banyak2 dalam freezer untuk Aleesya.

Malam tadi pegi melawat taska Kak Ana kat area sini. Aku survey taska ni sejak 3 tahun lepas. Masa tu plan nak hantar Ariff & Amarr kat taska. Tapi tak jadi sebab Brainy Bunch ambil student dari 7 pagi sampai 7 malam. So, tak perlu taska.

Tapi kali ni memang kena bergantung pada taska sebab Ariff perlukan tempat transit & transport untuk hantar dia ke sekolah agama & sekolah kebangsaan. Taska ni special sebab husband kak Ana provide transport untuk hantar student taska. Senang banyak keje aku.

Aleesya pun aku akan hantar ke taska Kak Ana bila habis maternity leave nanti. Nak hantar Aleesya ke Brainy Bunch tak boleh sebab BBIM accept 2 years and above. Amarr je kekal kat Brainy Bunch.

Malam tadi juga buat payment untuk taska Kak Ana:
Ariff RM350 per month (transit + transport 4x sehari)
Aleesya RM450 per month (daycare)
Amarr RM680 per month (BBIM)

Settle semua. Now, tinggal aku je nak adapt dengan semua ni.

Pagi tadi bermula episod handle kiddos & baby tanpa bantuan adik2 or Mamoru. Alhamdullilah ada improvement sikit dari segi pengurusan masa. Cuma kesian kat Aleesya. Pukul 6.00 pagi dah kena mandi.. huhu.

Bertabah ya anak2. We can do this. Your mummy is Supermak! And all of you are my Superkids & Superbaby! xo!


Happy 2 months birthday my Ratu air mata

Mummy sayangggggg Aleesya sangat2!

1 comment:

Cik Qemm said...

hi comeyl je aleesya dengan headband ittew. sonoknye mummy cuti 3 bulan. enjoy your leave kakak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...