Wednesday, January 06, 2016

Emo dengan parents tak reti bahasa

Hari kedua sesi persekolahan semalam.

Still tak dapat rythm. Terkejar2 juga sana sini walaupun Mamoru ambil cuti temankan aku hari ni. Rumah agak kelam kabut. Rasa fail kat diri sendiri.

Semalam Ariff dah start berdikari. Aku & Mamoru just hantar kat pintu pagar sekolah je. Pastu fetch dia lepas habis sekolah.

Bila Ariff balik, aku tengok poket baju kemeja dia melekat tak boleh buka. Ada chewing gum dalam poket.

Mula2 rasa nak marah tengok baju baru rosak macam tu. Bukan kotor lagi, tapi rosak terus. Kesan chewing gum bukan setakat dalam poket, dekat butang baju pun ada. Tak boleh tanggal.

Pelik juga sebab Ariff tak suka makan gula-gula, ice cream atau coklat. Apatah lagi chewing gum.

Aku tanya Ariff macam mana boleh jadi macam tu.

Ariff: Kawan Ariff letak kat dalam poket. Ariff tak nak tapi dia letak juga. Pastu tak boleh kuar.

Tsk. Aku rasa nak nangis. Baru hari kedua, anak aku dah kena buli.

Aku tanya kawan yang mana. Aku siap tunjukkan gambar student dalam kelas dia yang aku snap guna handphone masa first day sekolah. Ariff point kat kawan yang duduk kat sebelah dia.

Rasa nak marah tau. Tapi bila fikir balik, takpa lah. Sabar. Budak kecik. Fikir yang baik2 je lah. Maybe dia tak sengaja letak chewing gum yang dah dimakan ke dalam poket Ariff.

Tapi kalau hari ni jadi lagi dari student yang sama, memang aku bagi tazkirah. Bukan kat budak ni, tapi kat parents dia.

Pastu aku try tukar topik.

Me: Ariff makan apa kat kantin sekolah tadi?

Ariff: Ariff tak makan pun. Tak ada tempat duduk. Semua orang ada parents datang. Ariff tak dapat duduk. Ariff looking everywhere for mummy & daddy. Tapi tak ada (suara Ariff dah macam nak nangis)

Me: Ariff tak beli apa2 kat kantin (aku try tukar topik)

Ariff: Ariff beli 2 donat. Tapi tak ada tempat duduk nak makan. Semua orang makan dengan parents. Ariff sorang2 je (suara Ariff sebak)

Me: Then Ariff duduk kat mana? Ariff makan tak?

Ariff: Ariff berdiri je kat level zero (maksud dia kat ground floor kat bawah bangunan sekolah).

Donat yang dia beli, dia tak makan pun. Dia bawa balik rumah. Ada 2 ketul tak terusik. Aku dapat bayangkan dia berdiri pegang donut tu. Dia tak makan sebab aku ada cakap kat dia kalau nak makan duduk kat kantin. Jangan makan dalam kelas.

Aku pandang tempat lain. Larikan muka dari Ariff. Menangis. Dalam masa yang sama aku rasa marah sangat.

Marah dekat parents yang tak reti bahasa. Parents yang bertunggu-tangga kat sekolah. Bila time rehat, duduk booking meja makan kat kantin. Duduk makan sama dengan anak macam kat rumah sendiri. Kalau sorang parents je yang makan dengan anak, kira ok lagi. Nih, mak, bapak, atuk nenek semua duduk semeja. Bukan satu dua family yang buat camni. Ramai okay. RAMAI!

Aku tak faham orang2 camni. Pentingkan diri. Konon nak tunjuk care kat anak. Sediakan bekal makanan. Tapi agak2 la sikit. Takkan bekal makanan macam berpiknik satu family. Kot ye pun nak berpiknik kat sekolah, nak show off kasih sayang yang agung kat anak, apa kata kau bawak tikar pastu pi makan satu family bawah pokok tepi kantin? Kau punya so called concern kat anak tu dah menyusahkan budak2 lain nak makan. Especially budak2 yang tak ditemani parents. Budak2 yang baru nak belajar berdikari.

Come on lah parents! Jangan pentingkan bontot sendiri boleh? Kerusi tu saiz dia kecik je. Saiz untuk student. Bukan untuk parents. Faham tak? Otak tu jangan letak kat bontot boleh?

Emo sangat. Anak kena buli. Parents tak reti bahasa.

:(

5 comments:

abdooss said...

:( Kesian Ariff

miss eimanhikmah said...

sedih nyeeee....sy dulu sekolah xde pun parents temankan...hidup je sampai skrg..geram pulak rasa..

mrspuex said...

i feel u..last year punye cerita.masa aireen tahun 1.

mak bapak tok nenek berkampung dekat kantin.. ku peraatii dari jauh..aireen pon x de tempat nak duduk .. last last gua sound mak bpk kasi ruang kt murid nak mkn..lepas tu bagi jelingan padu kat mereka dan berlalu pergi menyorok balik celah tiang..hahhaaa...

tahun ni tak tunggu pon sebab awal2 dah kene sound dgn anak suruh balik..ok finee!!

Miss B said...

aku plak yang nanges baca nih. Apu pun imagine cetu. Sobs..lahai anak aku..sian, tgk kau xde..sampai tatau nak buat apa even makan pun.

Eliss said...

kesiannya ariff. my nuha dulu ms darjah 1 hr first tu kitorang dtg tengok jgk tapi x de la makan sekali .duduk pun x, yer la tahu bangku bukan byk. ms kitorang smpi tu dia pun dh siap2 beli mknn dan mkn dgn kwn.