KENGKAWAN

Monday, January 04, 2016

Sesi persekolahan bermula

Satu episod baru dalam hidup aku. Pengalaman baru.

My day start dengan hantar Amarr ke Brainy Bunch awal pagi.

Tahun ni tahun ke empat & tahun terakhir Amarr dengan Brainy Bunch. Next year dia masuk darjah satu pulak.

Amarr faham tahun ni dia pergi sekolah sorang2 tanpa Ariff. Tabah je dia hari ni.

Tentang Amarr aku tak risau sangat sebab dia dah biasa dengan BBIM.

Lepas hantar Amarr, aku hantar Ariff ke sekolah agama.

Ariff nampak segak pakai baju melayu putih dan sampin merah. Sekolah agama start pukul 8.00 pagi sampai pukul 10.30 pagi.

Nasib baik sekolah ni dekat dengan dengan rumah adik lelaki no.3. So, duduk kat rumah dia jap sementara tunggu kelas Ariff habis.

Ariff pandai bawa diri. Dia langsung tak takut dan tak cari aku pun tadi. Macam dah biasa pergi sekolah pula. So proud of him. Aku je terlebih risau. First time hantar anak gi sekolah formal.

Thanks kat adik lelaki no.7 & no.2 coz banyak tolong aki hari ni. Mamoru tak dapat nak ambil cuti hari ni. Dia ada urgent meeting kat Melaka. Aku pun kalau boleh tanak dia selalu amik cuti sebab takut ganggu performance dia. Takut susah nak naik pangkat.. huhu.

Tamat sesi sekolah agama, aku bawa Ariff balik rumah. Mandi pastu bersiap2 untuk pergi sekolah kebangsaan pulak. In between tu ada la 2 jam gap. Boleh la Ariff rehat sekejap.

Sekolah sesi petang kat sekolah kebangsaan start pukul 1.10 petang sampai pukul 6.30 petang.

Aku tunggu Ariff sampai habis sesi sekolah petang. Sekejap2 tu sempat la lari ke rumah adik lelaki no.3. Rehat & mandikan Aleesya kat sana.

Masa nak ambil Ariff balik dari sekolah kebangsaan tadi memang hazab sangat. Ramai gila parents tunggu kat pintu pagar sekolah. Dengan hujan lagi.. hazabb ohh.

Aku hampir nak nangis bila parents yang terlalu ramai blok laluan student sampai aku tak dapat nak tengok student yang keluar. Takut terlepas pandang. Honestly hari ni memang sangat menguji. Baru tiga anak dah rasa kelam kabut camni. Arwah ibu dulu 10 anak. Relax ja.

Alhamdulillah Ariff cakap dia suka pergi sekolah. Dengar dia cakap camtu je dah cukup untuk pulihkan semangat aku hari ni. Letih lelah semua hilang.

Cuma kesian kat Amarr:

Me: Best tak school hari ni?
Amarr: Tak best. School ada ramai orang. Tapi tak ada Ariff.

*sedih dengar Amarr cakap camtu*

Ariff dengan uniform sekolah agama (sesi pagi)

Pandai bawa diri dia ni. Tak payah disuruh laju je dia masuk kelas. No tantrum. No nothing. So proud of him.

Masa rehat kat sekolah agama pun tak bother nak cari aku kat luar. Relax ja pi kedai beli nudget  makan sorang2 kat meja.

Ni masa dalam kelas kebangsaan (sesi petang). Kejap je dah dapat kawan.

Ni pula Amarr kat Brainy Bunch. Dia baru lepas solat. Teacher dia, Aunty Tini whatapps gambar ni.  Tak sempat nak snap gambar Amarr hari ni. Aku kalut sangat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...