KENGKAWAN

Monday, February 29, 2016

Episod baru

Esok, untuk pertama kalinya dalam tempoh 5 tahun, Mamoru akan bekerja di KL semula. Family kecil ni akan bersatu semula.

Alhamdullilah.

Aku yang beria minta transfer balik Melaka tapi Mamoru pula yang dapat balik ke KL.

Pasnih boleh buang gelaran UltraMak. Sebab dah tak handle anak sorang2.

Tapi, walaupun Mamoru keje KL, priority dia still kat Melaka. Dan maybe, dia akan banyak outstation ke Melaka pasni. Kira macam badan je la kat sini. Fikiran masih kat sana.

Tak kisah lah. Yang aku nak pakai buat masa ni just badan dia.. ops.. haha. Maksud aku tolong aku dengan kiddos, keje umah.. huhu. Ampunn B!

Anyway, even Mamoru dah ada kat KL, aku still proceed dengan proses untuk aku pula transfer ke Melaka.

Kalau permohonan transfer  aku berjaya, aku akan balik Melaka dengan Aleesya. Kiddos akan stay sini dengan Mamoru sampai aku berjaya dapatkan surat pindah sekolah pula. Pastu, sama2 la berdoa supaya Mamoru ditransferkan semula ke Melaka.

Complicated eh?

Tak kut. Harap semua smooth ja. InsyaAllah.

Kenapa aku nak transfer Melaka even Mamoru dah ada kat sini? Jawapan aku senang ja.. I did this for the person I love the most.

Gittew.

Love me

Love me, please  
I'm just a baby

Love me when I still don't know who are you
Coz I really need you right now

Don't wait till I already know who you are
Coz I won't be needing you by then

Love me, please
Love me now







Sunday, February 28, 2016

Family day kat Sunway Lagoon

Lama tak jejakkan kaki kat sini. Last pegi sini err.. berbelas tahun dulu kut. Gila lama.

Kali ni pegi sebab company tempat Mamoru keje buat Family Day. First time pegi family day company Mamoru since Mamoru keje Melaka.. huhu. Memang sorang pun aku tak kenal.

Aku & Aleesya tak mandi pun tho beria beli baju mandi untuk Aleesya. Ariff, Amarr & Mamoru je mandi. 

Aleesya pula sangat behave. Senang nak jaga. Kalau dia nak susu, just cover dengan wide shawl pastu masukkan kipas kecil (guna bateri). Dan Aleesya sangat selesa. Sampai tertidur. Really enjoy breastfeeding her :)

Kiddos pun sangat2 enjoy trip ke sini. Mandi2. Slides. Big floaties. Zoo. Feeding animals. Games. Dance. More games. 


Spending time dengan Aleesya berdua je most of the time kat tepi 'beach'. Kiddos & Mamoru pegi main water slides.

Aleesya dengan baju mandi. Tapi tak mandi.. hihi

Kat zoo

Feeding fish.

Kalau pi Sunway, jangan main kat sini. Perabih banyak pitih ja. Memang nan hado.. haha

Depan cage panther. Ariff terkejut bila panther tu terjah cermin kaca depan dia. Scary okay. Aku pun terjerit sekali. Kat sini semua binatang macam rimau, singa, panther sangat dekat. Even binatang lain macam merak dilepaskan bebas camtu je. Boleh pegang2.


Kiddos gayat tengok merak depan mata. No cage.


Jalan pegang tangan.. aww..


Kiddos mandi manda. Tak banyak gambar masa main air.


Big slide!

Tumpang sekaki main sama..huhu

Thanks Honda for the tickets :)


Everything I do, I do it for you


Look into my eyes – you will see
What you mean to me.
Search your heart, search your soul
And when you find me there you'll search no more.

Don't tell me it's not worth tryin' for.
You can't tell me it's not worth dyin' for.
You know it's true:
Everything I do, I do it for you.

Look into your heart – you will find
There's nothin' there to hide.
Take me as I am, take my life.
I would give it all, I would sacrifice.





Friday, February 26, 2016

Thank You For Loving Me



It's hard for me to say the things
I want to say sometimes
There's no one here but you and me
And that broken old street light
Lock the doors
We'll leave the world outside
All I've got to give to you
Are these five words tonight

Thank you for loving me
For being my eyes
When I couldn't see
For parting my lips
When I couldn't breathe
Thank you for loving me
Thank you for loving me

I never knew I had a dream
Until that dream was you
When I look into your eyes
The sky's a different blue
Cross my heart
I wear no disguise
If I tried, you'd make believe
That you believed my lies

You pick me up when I fall down
You ring the bell before they count me out
If I was drowning you would part the sea
And risk your own life to rescue me


Cantik mommy, Aleesya

Aleesya dah semakin sihat. Dah makin banyak minum susu. Muntah pun dah tak ada. Ariff je masih kurang makan & minum.

Semoga anak2 mommy cepat sembuh.


Aleesya

Baby kecil semua comel2. Kalau tengok mana2 baby, rasa sayang tu melimpah ruah. 

Tapi tak semua kot. Ada orang bukan setakat tak suka, malah jijik nak sentuh baby walau dengan hujung jari. :(
Maybe tu sebab ramai yang buat anak pastu buang dalam longkang.




Mulut tak reti diam dia ni. Sibuk ajak sembang.

Thursday, February 25, 2016

I love u too, chocolate!


Day 2

Both siblings warded semalam.

Aleesya ada apa yang Ariff ada. Berjangkit.

Both refused makan & minum. Even Aleesya rejected my breast.

Doc suggested Aleesya minum susu badan guna syringe. Kalau dia refused or kurang minum juga, Doc nak masukkan drip kat Aleesya macam Ariff.

I can't feel anything anymore. Numb.


Tuesday, February 23, 2016

Dugaan II

Ariff muntah dah masuk kali ke-sembilan. Last muntah just air & angin. Dah takda apa dalam perut nak dikeluarkan :(

Aleesya pula dah start muntah2. Dah masuk kali ke dua. Setiap kali muntah banyak pula tu. Macam air paip. Takut aku tengok. Kali kedua tadi nyaris dia tak boleh bernafas sebab muntah tu penuh kat mulut dan hidung. Cepat2 aku terbalikkan dia.

Amarr baru baik demam. Tapi belum sepenuhnya. Last week ada muntah2 juga.

Non stop air mata ni keluar tengok anak2 jadi camni.

Pelik. Kalau Ariff maybe boleh cakap silap makan atau keracunan makanan.

Tapi Aleesya? Dia just consume breastmilk. Apa yang tak kena?

Rasa down sangat. Mental & Fizikal.

Kereta penuh muntah.
Carpet kat umah penuh muntah
Bantal, Tilam, Baju, Lantai... Tak larat dah nak kemas semuanya..

Dua2 tidur awal malam ni. Penat asyik muntah. Aku kena berjaga. Takut kalau masing2 muntah lagi. Especially Aleesya. Takut dia lemas dalam muntah sendiri :(

Nak packing barang. In case kalau jadi lagi, aku angkut dua2 pegi hospital.

Note: Mamoru dah sampai maghrib tadi. Lega sangat. UltraMak dah kehabisan tenaga.

Dugaan

Ariff muntah subuh ni. Takde sebab. Tak demam. Tak sakit perut. 

Aku tanya dia ok tak nak pi sekolah. Dia cakap okay. So, hantar macam biasa ke sekolah Agama.

Pagi ni aku ubah lagi rutin harian. Gigih drive tempuh jem bertemankan Aleesya pegi ofis. Start dari hari ni dan beberapa minggu seterusnya aku akan pegi & balik keje dengan Aleesya. Senang dia ada depan mata sentiasa. Nak breastfeed pun senang. 

Nervous sebenarnya drive dalam jem ni dengan Aleesya. Kot la dia nangis nak susu, camne? Risau duk fikirkan Ariff pun iya juga. Dalam kepala duk fikir betul ke tindakan aku suh dia pi sekolah pagi ni. 

Haih

Tawakkal je lah. Mulut duk zikir ja sepanjang jalan. Moga2 semua ok. Dan alhamdullilah, Aleesya behave sangat. Cuma masa kat jalan Loke Yew, ada mat motor mana ntah duk ketuk cermin tingkap passenger depan, Aleesya terkejut & nangis. Uwaa.. punya lah aku hati2 tanak Aleesya nangis. Dengan aku2 sekali nangis tadi. Lantak lah driver sebelah duk perati aku kesat2 air mata. Pedulik! Tak mampu nak cover2 dah. 

Nasib baik Aleesya nangis sekejap je. Sampai depan masjid negara, dia dah tertidur. Syukur.

Sampai ofis, aku terus gi child care centre. Daftar nama Aleesya. Dulu sebelum deliver memang plan nak hantar Aleesya kat sini. Tapi tak sanggup nak drive tempuh jem dengan Aleesya. Nak bawak naik lrt pulak tak sampai hati. Lrt tetiap pagi macam sardin. Orang2 kat KL ni, bukan kisah nak offer seat kat orang yang memerlukan. 

Plus lagi satu, child care kat ofis ni just untuk kes emergency je. Contoh macam maid lari ke.. or babysitter cuti ke etc. Tak leh hantar sesaja. Maksimum hantar pun sampai 3 bulan je. 

Kagum juga dengan tempat jagaan ni. Cantik sangat. Tahap security memang tip top. Tempat pun kat dalam bank  kan. Of course lah. Tahap kebersihan pun terbaik. Setiap kali nak handle baby, ada uniform khas & caregivers kena pakai sanitizer sebelum pegang baby. Aku pun kena beli sanitizer letak kat umah. Suh kiddos pakai sebelum pegang Aleesya.. huhu. 

Bayaran untuk child care ni sehari RM10 je. HR akan tolak gaji hujung bulan. Murah kan. Tapi untuk staff je lah.

Settle bab Aleesya, aku terus naik ofis. Baru nak duduk depan pc dapat call dari ustazah kat sekolah agama. Dia cakap Ariff muntah2 dah dua kali. Badan lembik ja.

Terus turun bawah amik Aleesya & terus pergi sekolah Ariff. Amik dia bawak pi klinik.

Setakat petang ni, dah lapan kali Ariff muntah2. Tiga kali kat dalam kereta. Banjir seat belakang dengan muntah. 

Lantak lah. Keta kotor boleh cuci. 

Doktor bagi ubat tahan muntah je. Hmm.. sama2 lah tengok malam ni. Kalau tak berenti gak muntah, aku bawak pi hospital terus.

Teruji betul UltraMak hari ni. 

Note: Hari ni pukul 2 petang baru dapat pump. Imagine 7 jam tak pump. Terkejar2 atas jalan. Breast bengkak & keras sampai rasa sakit sangat. Tak pernah tengok size breast jadi sebesar tu. Tak kena dengan size badan. Macam Dolly Parton. Macam letak silikon pun ada. Ngeri. Sakit woo. 


Tiger cubs? So, aku ni mak rimau lah? Aumm.

Tabahkan hati

Dinner at 4.30 am.

Kes penat sampai tertidur.

Lupa nak makan. Lupa terus nak pump :(

Tahan air mata makan nasi malam tadi.

Kuatkan lah hati.

Kuatkan lah.

***************************

Di pintu Syurga

Sekukuh.
Sekukuh mana ikrar kasih kita
Setebal mana masih ada sempadannya
Akan tiba nanti, harus ditempuhi
Ada daya kita melawan masa

Takdirnya.
Takdirnya dunia hanya sementara
Walau begitu cinta suci untuk selamanya
Ini realiti, hilang tak terganti
Namun ku tahu kau dan aku akhirnya kembali bersatu

Andai daku pergi sebelummu
Kenangkanlah ku selalu didalam doamu
Kaulah cinta pertama dan terakhir untuku
Ku berjanji kan menantimu
Setia menunggu di pintu syurga

Di sana.
Di sana menati gemilang cinta
Jadi lenyapkanlah titisan airmata

Tabahkanlah hati mengharungi hari
Abadikanlah saat indah, kita kan tetap bersama

Monday, February 22, 2016

Kuasa UltraMak

Hari ni try ubah jadual pumping. Try buat 4 kali masa kat ofis. Selalu tu maksimum 3 kali je.

Bukan tanak pump selalu. Keje banyak. Tak best nak lari2 camtu je kan. Kang orang cakap mengelat buat keje lak.

Setiap sesi pumping aku amik masa 20 minit. Kalau 4 kali dah 80 minit. Itu pun lunch hour aku tak keluar. Cover masa yang aku guna untuk pump susu. Lunch aku just tapau siap2. Semua sebab tanak curi masa keje banyak2. Takut tak berkat lak gaji.

Agak terkejar2 juga lah. Dah la tidur malam pun tak cukup sebab berjaga dua tiga kali pump susu. Bab tersengguk2 pegang pump memang selalu.

Bukan senang nak fully breastfeed rupanya. Penat tak cukup rehat, stress nak maintain stok. Tu tak termasuk part nak uruskan anak2 yang lain, urus rumah lagi, urus keje.. 

Banyak kali rasa nak break down. Rasa nak nangis pun ada. Especially bila owner Taska whatapps cakap susu Aleesya tak cukup. Terpaksa lari kejap dari ofis hantar stok susu.

Tapi bila balik keje, nampak muka anak sorang demi sorang, hilang rasa penat. Terus rasa bateri fully charged.

Kadang hairan, ntah mana datang kekuatan ni aku pun tak tahu. Still ada lebihan tenaga nak melayan karenah kiddos. Main chess sama2 almost tiap2 malam. Buat revision / study sama2 sambil layan Aleesya.

Lebih ajaib, dalam penat tak cukup tidur, tak cukup rehat, tak cukup masa, still boleh selitkan masa & tenaga untuk berlari marathon. 

Hebat kan power seorang mak.

Orite. Times up. Masa nak singsing lengan baju. Mop semangkuk kuah dhal yang Ariff tumpahkan kat kaki meja makan. 

UtraMak tak marah pun. Tak larat nak marah2 sebenarnya. Tak elok marah time penat. Kang lain jadinya. Lagipun tak sanggup nak biarkan anak2 tidur lepas kena marah. Kang mengigau pulak.

Coz UltraMak kalau naik antu, apocalypse rumah ni nanti.. haha. UltraMak garang jugak tau. Kadang2.

Powerbank UltraMak. Cium sikit je terus bateri UltraMak fully charged.


Sunday, February 21, 2016

Esok keje..

Nak amik cuti.

Nak amik cuti.

Few days at least.

Sampai aku boleh settlekan satu problem ni.

Haih.

Bertabah lah menghadap boss esok. Sure kena ceramah.

Double haih.


Sementara tu, layan brownies pecan homemade ni. Loyang empat segi ntah mana hilangnya. So pakai loyang bulat. Belasah je lah. Nak isi tekak sendiri je pun.

Survey2 umah

Mamoru kena keje semalam. 

So, UltraMak bawak kiddos pi berjalan without daddy. 

Beria pi Semenyih semalam semata nak tengok rumah contoh yang viral kat FB sebab developer buat kawasan tu jadi cantik.

Kot la boleh jadi rumah ketiga kan.. Anak dah ada tiga, rumah pun target memang nak tiga bijik gak. Senang tak berebut. Akan datang tatau harga rumah jadi camne. Ntah mampu beli atau mampu tengok ja.

Yep kawasan perumahan tu memang cantik. Tapi kalau keje KL  agak hazab la beli umah kat sana. Berderet tol sepanjang jalan.. design rumah pun takdelah hebat mana compared dengan harga yang melampau mahalnya. 

Anyway.. kiddos having fun kat sini. Aleesya pun being such a good girl despite the hot weather. Behave je duduk dalam stroller turun temurun dari zaman Ariff.


Aleesya dalam stroller.

Ariff Amarr & Adam



Ariff sangat addicted dengan game chess. Dia suruh aku beli giant chess & hias kat laman umah.. huhu

UltraMak in action


Pls Pls Pls Pls.. weekend.. jangan pergi..  Hentikan masa kat sini.

UltraMak in action. Rutin setiap hari. Lepas fetch Amarr dari Brainy Bunch, fetch Ariff dari sekolah kebangsaan & fetch Aleesya dari taska. Fuhh.. memang terkejar2. Tapi, best ada anak ramai2 ni. Ajar aku untuk lebih berdisiplin dan time management.

Friday, February 19, 2016

I heart u too :)


Thursday, February 18, 2016

Wishlist lagik

Wishlist yang dulu dah settle. Boleh tutup buku. Walaupun tak sama macam yang diimpikan, tapi bersyukur lah. Zaman ekonomi meleset ni, tak boleh memilih sangat.

Nak beli Honda, tapi dapat hadiah Iriz (Ahamdullilah tenkiu Mamoru).
Nak rumah kedua landed, tapi dapat condo (pun Alhamdullilah)

Now buat wishlist baru pulak:

Ada dua je.. hihi

1. GoPro Hero 4
2. Handbags (with 's' tau)

Aritu betting bola dengan Mamoru. Dia pilih team Selangor, aku pilih JDT (walau sepatah haram aku tak tau pasal bola)

Aku cakap kat Mamoru kalau Selangor kalah, aku nak GoPro sebijik.. hihi. Beria aku tengok bola dari mula sampai habis.

Tak bestnya tengok bola ni, bila asyik tambah dosa mengutuk bila player silap sikit. Keeper JDT la paling banyak aku kutuk.. haha. Ampun & maaf ya team JDT. Pasnih aku maleh nak tengok lagi. Dapat dosa je.

Mamoru geleng2 tengok gelagat aku. Sampai dia keluar remark, "Sayang tak yah tengok bola la.. kalau Selangor menang pun B tetap belikan GoPro tu"..

What? Aku menang tanpa bertanding?

Alaa.. Tak best langsung bet dengan Mamoru. Tak Thrill.

Tambah pulak tournament malam tu macam bosan ja.. huhu. Patutnya bet dengan Mamoru masa team Penang lawan Pahang. Free kick Penang buat aku yang tak minat bola ni jadi kagum ok. Itu baru la bola.

Ok that's it pasal bola. Tunggu aku nak request something dengan Mamoru lagi baru aku tengok semula bola.. haha.

Wednesday, February 17, 2016

Aleesya demam

First time demam di usia 3 bulan setengah.

Aku panik, boleh? Walaupun tau benda ni proses baby nak bina sistem imun, still aku macam tak ready.

Call Mamoru pagi tadi.

Only one call dan dia terus start kereta balik KL. Sayang sungguh dia pada Aleesya.

Tenkiu Mamoru coz utamakan kami lebih dari segalanya.

Note: Ada kematian hari ni. Mak saudara Mamoru kat Kuala Selangor. Tiring day for me & Aleesya. Mamoru lebih lagi kut. Berpanas kebumikan jenazah ke liang lahad. Life..

************************

Registered myself for another full marathon. Now aku dah ada 3 overseas marathon. Looking forward for more. Nak merasa lari tempat lain. Making new friends. Enjoy life to its fullest.

I have a new PB target. A mission I almost forget. This time I will be more focus. I will do it right.

I'm coming back bebeh. I'm coming back!

Nothing can stop this UltraMak.

Tuesday, February 16, 2016

Bukan senang nak jadi Ultramak

Penat yang melampau.

Setiapkali alarm untuk pump susu berbunyi, rasa macam nak merangkak2 pi tutup alarm & sambung tidur.

Masa tu mula lah tak bersyukur. Mula merungut. Mula hilang semangat.

Rasa nak jadi suri rumah full time lah
Rasa nak ponteng keje lah
Rasa nak nangis lah
Rasa nak pakai susu formula lah

Sepatutnya, bila Aleesya tidur sepanjang malam, aku pun boleh berdengkur sampai ke pagi sama2. Tapi.. dek sebab cita2 nak fully breastfeed, kena berjaga juga. Kena pump susu. Kena maintain supply. Kena inform otak & badan supaya produce more milk.

Penat ke.. tak cukup tido ke.. nak pengsan ke.. sila tolak tepi dulu.

Amik masa jugak terkebil2 atas katil sambil bagi motivasi kat akal sendiri.

Aleesya dah almost 3 bulan setengah. Come on. U have come this far aD. Dah lepas stage kritikal masa awal berpantang aritu. Now dah senang. Nak maintain supply ja.

Dua minggu lagi masuk bulan keempat. Bulan ke-4 okay! I should be proud. Aku bukan mak-mak yang biasa. I'm fully breastfeeding mommy. I'm working mom. I handle house chores sorang2. Aku handle tiga orang anak sorang2 kat KL ni. Aku mak yang lari long distance marathon. Aku mak yang luar biasa. Aku, UltraMak! Cuma aku tak boleh terbang aje.

Sila bersemangat.

Aura2 negatif, pegi berambus.

Haih.

Need a long run this weekend. Nak tambah power kuasa UltraMak.

Monday, February 15, 2016

Cuti

Amarr demam panas. Tanak makan langsung. Minum susu pun sikit je.

Mommy kena amik cuti. Nak make sure Amarr cepat sihat. Haih, nasib la baru masuk keje dah amik cuti.

Dah alang2 cuti, Aleesya pun aku tak hantar ke Taska. Amik peluang melekat dengan dia selagi boleh.. huhu.

Ariff sorang je pegi sekolah selepas seminggu cuti. Transit macam biasa kat Taska.

Anyway, ok gak cuti nih. Boleh pegi beli storage bags untuk breastmilk. Dah nak habis stok kat umah.

Oh.. dalam dua tiga hari ni aku tengok Aleesya praktik mengiring kan badan. Wohoo.. dah nak meniarap si Cantik mummy ni. Go Aleesya!

Kejap je kan baby membesar :)

Sunday, February 14, 2016

Family time

Bukan kiddos yang beria nak keluar sebenarnya. Daddy diaorang yang nak sangat berjalan. Nak naik Iriz katanya.

Mamoru bising cakap aku tak bawak Iriz keluar, boleh? Dah seminggu beli tapi baru sekali je bawak berjalan pi kedai. Selebihnya terperap kat parking.. huhu.

Mileage aku lari lagi banyak dari mileage Iriz.

Fine. 

Next week aku bawak pi hiking jauh2. Training lari kat trail. Okay?

Hihi.


Jauh berjalan arini. Pi Wetland Putrajaya, pastu pi pusing2 KL. Baru la naik mileage ke 108km.. huhu.

Jangan iktperangai selfie mommy okay Aleesya.. hihi

Layan aiskrim kelapa

with Cantik :)

Saturday, February 13, 2016

Layan kiddos study

Sambil masak sambil layan Ariff & Amarr study. Both sangat behave hari ni. Tekun study dari aku start masak sampai siap masak okay. Impressed sangat.

Aku suruh Ariff buat latihan yang susah2 sikit. Ariff teruja dapat belajar benda baru. Bila aku tengah menggoreng, suruh Mamoru take over monitor kiddos. Terdengar conversation diaorang:

Daddy: Okay, Ariff try buat latihan ni pulak.
Ariff: This one is too easy la daddy. Mommy said buat the tough one.

Gelak2 aku kat dapur. Kesian Mamoru. Dia jumpa kiddos seminggu sekali, so dia tak tahu anak2 dia ni dah advance.. hihi. Sabar eh, Mamoru :)

Habis masak terus kemas meja & makan gegamai. Heaven dapat makan semeja satu family camni. Aleesya je tak join. Nanti Aleesya da besar sikit boleh join makan sama. Daddy dah belikan high chair untuk Aleesya :)

Now masa untuk rehat. Aku still in mode demam.. tsskkk.. tssskkkk..

Lauk orang demam. Janji sedapp. Besar pahala masak untuk family ni tau :)

Bila kiddos mendonut

Cenggini hasilnya bila mummy terlepas pandang pi susukan Aleesya sekejap. 

Layankan je lah. Janji donut mommy lembut, gebu & sedap. Daddy makan laju je sepinggan tak toleh kiri kanan.

Don't judge the way it look dengan it taste kekdahnya.


Memula buat.. baik ja menolong

Sopan je membentuk donut

Masih lagi bersungguh-sungguh

Dont worry katanya.. suruh mommy pi tengok Aleesya yang menangis nak susu

Gelak2 ada makna

Dan beberapa miniy pastu...

Tak daya mommy nak gelak or nangis tengok bentuk donut ni. Mommy still in mood demam tak kebah lagi. Lantak korang laaa..

Dah siap coat dengan coklat.. sedapp je. Yang gula punya coat dah habis kiddos makan. Coklat ni untuk Daddy. Seddapppp kata Daddy :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...