KENGKAWAN

Tuesday, February 02, 2016

Babai Fashion Terrorist. Hello Fashionista

Lusa nak masuk keje. Berdebarnyaaaa... 

My colleague ada contact dan update perubahan dalam department. Dia meluah perasaan lately keje overload sebab dua orang colleagues dah pindah. Sorang dapat transfer balik hometown. Sorang lagi transfer ke department lain.

Simpati jugak dengan dia. Sabar nah, nanti aku masuk ofis, aku takeover balik keje2 aku. 

Tahun ni mission nak ubah penampilan pegi ofis. Tanak lagi pegang title "fashion terrorist". Tanak dressing ala tomboy. Tanak pakai hiking shoes lagi.

Tahun ni nak pakai comel2 je. Heels 4 inci all the way dari depan pintu umah sampai ofis. Matilakau sakit kaki. Lantak situ. 

Tudung pun tanak pakai bawal ja. Da try belit2 shawl macam dalam video kat facebook. Harap tak terbelit leher pepagi buta depan cermin.

Semangat hokay. Semata nak buktikan yang "fashion terrorist" ni boleh bertukar jadi "fashionista". Haha. 

Baju keje semua dah ready siap bergantung untuk stok sebulan. Ada bau kedai disitu. Heels dah bersusun kat rak. Kasut Timberland semua dah masuk dalam kotak. 

Nantikan kemunculan iols kat ofis okay polis2 fashion semua. Uols tak boleh nak bitchy sangat pasni coz iols akan comeback dengan  penampilan perempuan melayu korporat terakhir gitu.

Iols nak masuk ofis ala2 citer Devil wears Prada. Hahahahahaha.. Verangan la kao aD :p~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...