KENGKAWAN

Monday, February 08, 2016

Camping kat Cameron Highlands

Genap usia Aleesya 3 bulan, aku dah angkut dia pi camping. Melentur buluh kan.. hihi

Aleesya sangat natural. Macam dah biasa pula pegi camping. Sangat behave tau. Tak nangis langsung. 

Camping kali ni ditemani adik perempuan no.6, adik lelaki no.2 & SIL Ida. Last minit diaorang cakap nak join. Happy.

Seronok sangat Ariff & Amarr sebab sepupu2 dia join sama kali ni.

Cuma trip kali ni terpaksa dipendekkan jadi dua hari satu malam je sebab cuaca tak best: Hujan dari pagi sampai malam. Angin kuat. Dan suhu pulak sangat sejuk. Drop dari 15°c ke 13°c. So decided untuk balik KL hari kedua coz tanak the kids & baby Aleesya demam.

Overall, trip adalah success. Kiddos enjoyed their camp out & Aleesya tak cranky langsung. Dan aku sendiri sangat enjoy makan2 & borak dengan the siblings. 

Special thanks to adik no.2 coz taking care all of us sepanjang kat sana. Sanggup berjaga malam, buat penghalang angin untuk pastikan kitaorg semua tak kesejukkan. xo!

Note: Mamoru texted pagi tadi cakap trip dia cancelled halfway sebab cuaca buruk. Rupanya banyak team xpdc lain pun cancel trip. No wonder lah. Cuaca kat Cameron pun sangat hazabb.


Me & Aleesya. Pasti boleh bawak pi camping selalu. Aleesya lulus dengan cemerlang dalam trip ni :)

My Ariff. Suka sangat dia kat sini. Siap nak pi mandi kat sungai lagi. Tapi aku tak kasi. Sejuk nau kat sini. Takut demam lak kang

Amarr & kembau dia, Adam

Imran yang baru masuk usia setahun pun ada sekali. Sangat behave dia ni tau. Future camper & hiker nih.

Bakau jagung & keledek

Background campsite Sg Pauh

Aleesya yang hepi sokmo

Tak sabar nak repeat camping lagi. Tapi kena tengok weather forecast sebelum pi.

Suka pi sini sebab dapat makan stobewiii dengan mewahnya...

See... Cantik mummy ni bangun pagi je terus senyum

Aku tak tidur dalam khemah. Tidur kat luar atas portable bunker dengan Aleesya. Sleeping beg overland lite 1050 sangat best. Tak rasa sejuk pun. Aleesya lena sampai pagi. Tu pun aku bangunkan dia sekali sebab breast dah bengkak. Malas nak pump so, suruh Aleesya minum je.. haha

Happy faces

Aleesya dalam sleeping bag turun temurun. Dari zaman Ariff lagi sleeping bag ni

Adik no.2 yang semakin bersemangat nak join marathon & trail run.. hasil hasutan kak long dia ni.. hahaha

Kiddos yang ceria

Aku suka meja ni. Adik no.2 punya. Bunker bed pun dia punya gak. Nak beli satu lah. Pastu beli 4wd. Wahh... best kan. InsyaAllah? One day. 

Orite, thats all for our short trip. Till next trip :)

2 comments:

miss eimanhikmah said...

wahhhh..sy selalu baca blog akak. tak sangka camping seronok jgk..sejuk2 lagi tu..ada kena apa2 bayaran ke?
seronok la ank2 akak..

Mrs Puex said...

next trip nak join tau.. nak bg bebudak ni merasa hidup dlm hutan jugak.. pegi sendiri mcm x kondifen..tp klo ad ada mcm lebih eksaited sbb pro ada bersama-sama..hehhee.. aritu ain ajak tp last minit sgt.. x sempat prepare camping gear utk kids... kot ada next trip moms and kids go outdoor, sila open kt iols tauu!!..

series nak join..

xoxo,
ayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...