KENGKAWAN

Tuesday, February 23, 2016

Dugaan

Ariff muntah subuh ni. Takde sebab. Tak demam. Tak sakit perut. 

Aku tanya dia ok tak nak pi sekolah. Dia cakap okay. So, hantar macam biasa ke sekolah Agama.

Pagi ni aku ubah lagi rutin harian. Gigih drive tempuh jem bertemankan Aleesya pegi ofis. Start dari hari ni dan beberapa minggu seterusnya aku akan pegi & balik keje dengan Aleesya. Senang dia ada depan mata sentiasa. Nak breastfeed pun senang. 

Nervous sebenarnya drive dalam jem ni dengan Aleesya. Kot la dia nangis nak susu, camne? Risau duk fikirkan Ariff pun iya juga. Dalam kepala duk fikir betul ke tindakan aku suh dia pi sekolah pagi ni. 

Haih

Tawakkal je lah. Mulut duk zikir ja sepanjang jalan. Moga2 semua ok. Dan alhamdullilah, Aleesya behave sangat. Cuma masa kat jalan Loke Yew, ada mat motor mana ntah duk ketuk cermin tingkap passenger depan, Aleesya terkejut & nangis. Uwaa.. punya lah aku hati2 tanak Aleesya nangis. Dengan aku2 sekali nangis tadi. Lantak lah driver sebelah duk perati aku kesat2 air mata. Pedulik! Tak mampu nak cover2 dah. 

Nasib baik Aleesya nangis sekejap je. Sampai depan masjid negara, dia dah tertidur. Syukur.

Sampai ofis, aku terus gi child care centre. Daftar nama Aleesya. Dulu sebelum deliver memang plan nak hantar Aleesya kat sini. Tapi tak sanggup nak drive tempuh jem dengan Aleesya. Nak bawak naik lrt pulak tak sampai hati. Lrt tetiap pagi macam sardin. Orang2 kat KL ni, bukan kisah nak offer seat kat orang yang memerlukan. 

Plus lagi satu, child care kat ofis ni just untuk kes emergency je. Contoh macam maid lari ke.. or babysitter cuti ke etc. Tak leh hantar sesaja. Maksimum hantar pun sampai 3 bulan je. 

Kagum juga dengan tempat jagaan ni. Cantik sangat. Tahap security memang tip top. Tempat pun kat dalam bank  kan. Of course lah. Tahap kebersihan pun terbaik. Setiap kali nak handle baby, ada uniform khas & caregivers kena pakai sanitizer sebelum pegang baby. Aku pun kena beli sanitizer letak kat umah. Suh kiddos pakai sebelum pegang Aleesya.. huhu. 

Bayaran untuk child care ni sehari RM10 je. HR akan tolak gaji hujung bulan. Murah kan. Tapi untuk staff je lah.

Settle bab Aleesya, aku terus naik ofis. Baru nak duduk depan pc dapat call dari ustazah kat sekolah agama. Dia cakap Ariff muntah2 dah dua kali. Badan lembik ja.

Terus turun bawah amik Aleesya & terus pergi sekolah Ariff. Amik dia bawak pi klinik.

Setakat petang ni, dah lapan kali Ariff muntah2. Tiga kali kat dalam kereta. Banjir seat belakang dengan muntah. 

Lantak lah. Keta kotor boleh cuci. 

Doktor bagi ubat tahan muntah je. Hmm.. sama2 lah tengok malam ni. Kalau tak berenti gak muntah, aku bawak pi hospital terus.

Teruji betul UltraMak hari ni. 

Note: Hari ni pukul 2 petang baru dapat pump. Imagine 7 jam tak pump. Terkejar2 atas jalan. Breast bengkak & keras sampai rasa sakit sangat. Tak pernah tengok size breast jadi sebesar tu. Tak kena dengan size badan. Macam Dolly Parton. Macam letak silikon pun ada. Ngeri. Sakit woo. 


Tiger cubs? So, aku ni mak rimau lah? Aumm.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...