KENGKAWAN

Monday, February 22, 2016

Kuasa UltraMak

Hari ni try ubah jadual pumping. Try buat 4 kali masa kat ofis. Selalu tu maksimum 3 kali je.

Bukan tanak pump selalu. Keje banyak. Tak best nak lari2 camtu je kan. Kang orang cakap mengelat buat keje lak.

Setiap sesi pumping aku amik masa 20 minit. Kalau 4 kali dah 80 minit. Itu pun lunch hour aku tak keluar. Cover masa yang aku guna untuk pump susu. Lunch aku just tapau siap2. Semua sebab tanak curi masa keje banyak2. Takut tak berkat lak gaji.

Agak terkejar2 juga lah. Dah la tidur malam pun tak cukup sebab berjaga dua tiga kali pump susu. Bab tersengguk2 pegang pump memang selalu.

Bukan senang nak fully breastfeed rupanya. Penat tak cukup rehat, stress nak maintain stok. Tu tak termasuk part nak uruskan anak2 yang lain, urus rumah lagi, urus keje.. 

Banyak kali rasa nak break down. Rasa nak nangis pun ada. Especially bila owner Taska whatapps cakap susu Aleesya tak cukup. Terpaksa lari kejap dari ofis hantar stok susu.

Tapi bila balik keje, nampak muka anak sorang demi sorang, hilang rasa penat. Terus rasa bateri fully charged.

Kadang hairan, ntah mana datang kekuatan ni aku pun tak tahu. Still ada lebihan tenaga nak melayan karenah kiddos. Main chess sama2 almost tiap2 malam. Buat revision / study sama2 sambil layan Aleesya.

Lebih ajaib, dalam penat tak cukup tidur, tak cukup rehat, tak cukup masa, still boleh selitkan masa & tenaga untuk berlari marathon. 

Hebat kan power seorang mak.

Orite. Times up. Masa nak singsing lengan baju. Mop semangkuk kuah dhal yang Ariff tumpahkan kat kaki meja makan. 

UtraMak tak marah pun. Tak larat nak marah2 sebenarnya. Tak elok marah time penat. Kang lain jadinya. Lagipun tak sanggup nak biarkan anak2 tidur lepas kena marah. Kang mengigau pulak.

Coz UltraMak kalau naik antu, apocalypse rumah ni nanti.. haha. UltraMak garang jugak tau. Kadang2.

Powerbank UltraMak. Cium sikit je terus bateri UltraMak fully charged.


3 comments:

aisha said...

Pakai medela kan? beli shawl besar, pakai baju yg senang nak selak, sangkut pamp kat bra, then terus pam je kat work station..
mula2 dulu buat rasa malu dah.. sebab orang keep on asking buat apa.. lama2 diorang paham.. even the guys pun tahu bila dah berkelibung dengan shawl tu maknanya jangan kacau, is my pumping session..
so, kita leh pam senang hati, tak hilang dari work station, sambil pam sambil leh wat kerja..tu boleh capai target pam sehari 4 kali..
orang pun takleh nak cakap time semayang hilang, time pam hilang..

practis kat rumah cara sangkut pam dalam baju.. lama2 sebelah tangan menaip sebelah tangan leh letak pam..

ad boleh!! untuk si cantik.. jangan give up!

Adlyana Abdullah said...

Teringin nak wat camtu. Pump kat workstation. Tapi kiri kanan kita staff lelaki. Bujang lak tu. Pastu pump ni kan berbunyi.. hihi.. ofis sunyi sepi.. macam segan dengar bunyi pump. Nak try nanti.. tapi sebelum tu nak warning staff2 lelaki ni supaya jgn tengok or sebut or tanya apa2 hahaa..

aisha said...

hahaha paham paham.. tapi buat tak tahu je.. sbb sama gak kat sini.. lama2 diorang yang malu sendiri.. bila dah selalu buat, akan pro pasang pam tu kat breast.. sap sap soi.. nak pam sejam pun takpe... hahaha tapi melimpah ruah la plak nanti..
bunyi memang bunyi tapi balut pam tu dengan tuala and sbb taknak dengar bunyi vibrate tu.. and pam tu letak ngam2 so bunyi akan kurang skit..

boleh AD.. jangan tambah stress.. bila stress susu kurang nanti.. nanti lagi stress..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...