KENGKAWAN

Thursday, February 11, 2016

My breastfeed story

Terjaga dari tidur bila rasa baju basah. Terlupa nak pump pukul 11 malam tadi. Now da pukul 3 pagi. Ruginya.. rugi satu sesi pump :(

Demam. Selsema.

Rasa malas nak bangun. Malas nak attach gadjet pump segala. Tak larat.

Tapi.. tapi..

Haih.

Fikir anak aD oii.. Kuatkan semangat. Ariff & Amarr dulu menyusu badan sampai 6 bulan je. Itupun selang2 dengan formula milk. Lepas 6 bulan formula milk 100%.

Masa tu punyalah banyak excuse aku mengelak dari fully breastfeed:
Penat lah
Working mom lah
Mamoru keje jauh lah
Long distance relationship lah
Takde orang tolong jaga anak lah
Breast kecik lah
Susu takde lah
Anak asyik nangis nak susu lah

Nak elak dari rasa bersalah, aku ganti guna susu formula (Enfagrow) yang mahal untuk Ariff & Amarr. 

Just imagine dalam satu bulan aku perabih seribu lebih untuk beli formula milk. Padahal aku tau, mahal macam mana sekalipun, takkan dapat tanding dengan khasiat susu badan. Dan duit beli susu tu kalau aku buat saving untuk anak2, banyak gila kot:

1000 sebulan × 12 bulan = RM12k setahun!!

Untuk Aleesya ni aku nekad. Bukan sebab nak jimat. Tapi sebab kesedaran. Aku rasa aku dah cukup matured untuk elak dari create stupid excuses. Lagipun umur aku dah 37. Maybe Aleesya anak aku yang last? Who knows kan. So, tak ada masa nak try2 lagi. Sama ada aku buat atau tak buat. Tu je.

Aku tak buat banyak pembacaan sangat untuk breastfeed ni. Contoh macam bila baca orang tulis "bayangkan air yang mengalir bila pump susu".. "bayangkan anak kenyang minum susu".. etc. Tak boleh caya dow. Kat orang lain maybe boleh jalan. Kat aku macam, pekebende kau tulis ni? Motivasi apekah? Takde effect pun.

Aku lebih suka amik contoh nyata. Walking proof. Aku cari orang2 yang aku kenal untuh dijadikan pembakar semangat.

My idol, geng blogger Angah Haslina (Mamoru punya ex-boss masa kat Pejabat Tanah Daerah Petaling). Dia pun sama macam aku. Working mom. Long distance relationship. Anak2 duduk dengan dia. Hampir semua lah sama.

Angah ada 5 orang anak (termasuk sepasang kembar). Kalau tak silap aku 4 orang anak dia semua2 fully breastfeed kecuali yang sulung (maybe sebab baru2 start keje or baru jadi mak). Yang buat aku tercabar, bila tengok dia fully breastfeed kembar lelaki bongsu dia tu. Fully okay. Rasanya dah setahun lebih usia kembar tu sekarang.

So, kalau dia boleh buat, kenapa tak aku?

Masa berpantang kat kampung aritu, ramai sedara mara cakap aku tak sayang anak. Sanggup biar anak melalak2 lapar. Yes, Aleesya menangis siang malam. Tak boleh letak. Nak berdukung. Menangis 24 jam. Ratu air mata. Aku pulak struggle nak jaga Aleesya, jaga kiddos & jaga luka c-section. Plus kena ulang alik hospital hampir tiap2 hari sebab nak cek darah Aleesya (jaundice). Sangat2 mencabar bulan pertama aku.

Stress. Air mata berjurai2 tiap2 malam sebelum tidur. Sampai Mamoru tak sampai hati & Mamoru sendiri cakap dia tak kisah kalau Aleesya minum formula. Nangis aku dengar Mamoru cakap camtu.

Aku cakap kat Mamoru, dia sorang je yang aku ada sekarang ni. Yang aku harap sangat boleh buat aku kuat. Yang aku harapkan untuk faham usaha aku nak fully breastfeed Aleesya. Dan andai kata satu hari nanti aku sendiri merayu pada Mamoru nak guna formula milk, aku nak Mamoru ingatkan semula saat aku struggle breastfeed Aleesya. Seriously, bulan pertama kelahiran Aleesya memang sangat stressful untuk aku & Mamoru.

Tapi bila berjaya sebulan susukan Aleesya, aku rasa macam sangat berjaya dalam hidup. Especially bila tengok Aleesya just bergantung pada breastmilk. Bergantung pada aku. Pada rezeki yang Tuhan bagi kat dia melalui aku. Masa tu aku jadi bertambah yakin. No more stress. Syukur sangat.

Now dah lebih 3 bulan. Aku rasa dah takda apa yang boleh stop aku untuk terus breastfeed Aleesya (selain kuasa Tuhan). Malah aku jadi lebih confident untuk teruskan aktiviti lasak (hiking, marathon, etc) tanpa perlu stop breastfeed.

Mamoru pulak siap provide macam2 untuk kemudahan aku breastfeed Aleesya. Baru2 ni, Mamoru beli "Mobicool". Peti sejuk portable untuk kereta. Comel je. Senang nak storage susu on the go katanya :)

Another 21 months to go. InsyaAllah. Semoga murah rezeki anak2 aku. Semoga aku terus diberikan kekuatan mental & fizikal untuk besar kan mereka.

1 comment:

Sharul Khuzaini Kasim said...

Amiin Amiinnn ya Allah..

Kuatkan semangat beb.. teruskan.. insyaAllah dipermudahkanNya semua urusan keluarga kerana niat suci murni tu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...