KENGKAWAN

Thursday, February 04, 2016

Super kelam kabut

Ultramak belum boleh lulus lagi.

Ingatkan semua dah tip top. Rupanya lupa bawak diapers Aleesya. Dah letak atas meja sebelah beg baju Aleesya. Kalut sangat sampai tertinggal.

Uwaa...

Aku dapat tau aku tak bawa diapers masa nak keluar lunch tadi. Itupun sebab Mamoru call suruh check mesej.

Serious busy hari ni sampai takde masa nak check henfon. Busy keje, busy buat KPI, busy pump susu.

Nasib baik kat Taska ada pampers baby lain. Pinjam dulu. Esok ganti.

Uwaa... kesian Aleesya.

Plus pagi tadi masa nak pump susu kat ofis, aku baru perasan tak bawak satu lagi botol pump. Adoyai.. cuainya. Terpaksa guna satu botol je. Pump sebelah2. Buang masa sungguh.

Haih.

Stress sampai pening kepala tadi.

**********************

Hari ni Aleesya genap 90 hari. First time aku berjauhan dengan Aleesya. Asyik terbayang muka Aleesya je sepanjang hari. 

Balik tadi amik Aleesya terus peluk cium dia puas2. Rindunya Tuhan je yang tahu. 

Kak Ana cakap senang nak jaga Aleesya. Tak meragam. Staff2 kat Taska pun suka melayan Aleesya. Suka peluk2 cium2 dia. Hepi sangat tengok ramai yang suka Aleesya. 

Tapi jauh kat sudut hati, aku jeles sebenarnya. Sebab lepas ni, Aleesya lebih banyak spend masa dengan pengasuh dari aku. Malam2 Aleesya tidur je.. macam mana nak gomol2 dia..

*Tiba2 rasa nak nangis..*


2 comments:

Bawangputehdotcom said...

pakai freemie ad senang sambil pam tangan boleh buat benda lain..hehehe
ciklin hari2 tu masa masuk keje pun camtu sedih sebab siang diorang dgn pngasuh..balik pukul 7 dah nak tdo...esok pagi bngun hantar lagi...harapkan weekend jela nk gomol2 baby, itu pun if xde urusan weekend tu

aisha said...

pakai medela kan? hahah jangan risau botol tak cukup.. paling worst pun, kalau AD guna plastic tuk simpan susu, AD bukak plastic tu, attach kat muncung pam bawah dia elok2 pastu ikat getah.. and can pump as usual.. atau kadang2 kita terdesak sangat, kita minta plastik kecik yang isi makanan kat foodcourt tu.. dah kalau botol takde langsung.. nak kena pamp gak.. tetep dah bengkak.. kan..
so now, you can pump both side

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...