KENGKAWAN

Tuesday, March 15, 2016

Demam

Adik lelaki no.7 dah selamat mendirikan rumahtangga Jumaat lepas. Majlis nikah & sanding sebelah pengantin perempuan buat kat Kedah. Tapi aku tak dapat attend last minit.

Macam budak kecik aku menangis atas pangku Mamoru sebab tak dapat tengok adik aku nikah. Nak buat macam mana.. anak2 semua tak sihat.

Amarr demam panas dari hari Khamis (again). Berjangkit pulak kat Ariff.. dan finally supermak pun demam sama. Hari ni hari kelima masing2 demam. Panas je badan sepanjang masa. Bagi ubat makan & ubat masuk montot pun still panas. Kena basahkan badan & monitor suhu sepanjang masa.

Haih.

Setakat ni Aleesya & Mamoru je masih bertahan. Harap antibodi Aleesya & Mamoru kuat.

Demam pun takde makna boleh manja2 or nak cuti rehat untuk supermak. Kena pi keje gak. Keje melambak. Takda orang relief.

Semalam Mamoru amik cuti untuk jaga Ariff & Amarr kat umah. Aleesya kena hantar pi taska (tanak berjangkit).

Rasa nak nangis je buat keje dalam keadaan tak sihat.  Badan panas kat luar tapi kat dalam sejuk sampai gigil2. Nak baca satu email pun amik masa setengah jam.

Pump susu pun gigil2. Tapi syukur sangat sebab stok susu macam biasa. Tak berkurang.

Semalam jugak first time period. First time lepas lahirkan Aleesya. Mood kelaut kedarat semua ada

*Nangis kuat2 dalam hati*


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...