KENGKAWAN

Tuesday, March 01, 2016

Storage bag

Mengagau malam ni cari breastmilk storage bag. Tak perasan dah habis licin.

Tsk. Tsk. Tsk.

Selalu beli kat Lunatots. Tapi abis pulak stok kat situ. Dari Permaisuri sampai ke Mid Valley cari baru jumpa. Brand Pigeon. Harga memang ke langit la kan. Nasib lah. Takkan nak simpan susu dalam plastik aiskrim. Leceh nak ikat2. Part bersih pula questionable.

Plan nak lari malam ni terpaksa kansel gara2 storage bag.. huhu. Takpe lah. Esok masih ada. Lagipun, Mamoru dah ada kat sini kan. Lagi la senang aku nak lari. Boleh take turn dengan dia jaga kiddos & baby.

Bulan ni tak boleh skip training coz hujung bulan ni, aku officially start masuk event lari. First event trail running pulak tu. Back to back.. matilakau..haha. Pastu awal bulan depan pulak ada event half marathon kat Singapore. Masakk la kau aD. Masa register aritu main klik2 online je. Sekarang mendapatt.

Takpe2 UltraMak can do this. Eh, manader UltraMak lagi. Dah downgrade ke SuperMak.. huhu.

Anyway, Mamoru pun kena training jugak. Dia ada masa kurang dua bulan je lagi untuk dia fly ke Nepal - xpdc A.B.C.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...