KENGKAWAN

Thursday, April 28, 2016

Cermin kereta kena pecah

Jadi kat lrt Cheras.

Selalu tu aku parking kat parking berbayar dekat dengan stesen LRT area rumah. Pastu naik LRT pi ofis (coz aku dah jarang drive straight ke ofis bawak Aleesya ke Maybank Child Care)

Tapi pagi ni aku keluar rumah terawal pulak, dan tempat parking yang biasa aku pergi tu tak buka gate lagi. So, nak cepat punya pasal, aku park kat LRT Cheras. Parking open space. Free parking with no guard. Dulu aku pernah park kat situ few times. Tapi takda la kejadian camni.

Benda dah nak jadi kan..

Masa sampai kat parking petang tadi aku takde lah nak terkejut bagai. Dalam keta memang takde benda berharga pun. Kecuali cash (ada lah seploh inggit duit singgit2 yang aku guna untuk bayar parking fees.

Yang hilang, duit singgit2 tu.. syiling, kad access masuk gate rumah & satu tin air redbull.

Smartag, copy geran keta, kunci kereta alza dia tak ambik pulak. Bonet kereta dia tak geledah.

Cuma bila dah masuk & duduk atas serpihan kaca, masa tu baru rasa cuak, imaginasi yang bukan2, fikir tentang Aleesya, safety bagai.

Masa tu baru teringat nak call Mamoru. Nangis. Sebab takut, boleh? Bukannya orang yang pecahkan keta ada kat situ. Lawak pula bila fikir balik. Mamoru suruh drive ke balai polis. Buat report.

Kat balai, ramai pulak polis duk kerumun keta. Dah ramai2 camtu, aku jadi cengeng pulak. Tak penah dow pegi balai buat report sorang2. Nasib baik ada sorang polis pompuan dalam ramai2 tu. Dia hug aku. Tiba2 rasa disayangi.. huhu..

Polis kat situ cakap, semalam je dah ada 3 kes pecah keta kat tempat yang sama. Gila banyak. Keta aku yang ke-4 la nih. Diaorang cakap nih kes budak nakal umur 11 ke 12 tahun.

Hmm.. patut lah barang yang hilang pun ntahapahaper je.

Masa tengah buat report, Mamoru sampai. Rasa lega sikit.

Lepas settle semua, Mamoru suruh aku balik naik Alza. Aku memang tak sanggup nak drive Iriz. Penuh serpihan kaca :(

Mamoru bawak keta gi vacum. Bersihkan kaca2 yang berterabur. Esok baru pi Proton pasang cermin baru.

Nasib baik benda ni jadi masa Mamoru ada kat sini. Lusa Mamoru dah takda sini. Dia fly gi Nepal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...