KENGKAWAN

Wednesday, April 27, 2016

Dapat anak buah baru!

Bertambah lagi anak buah dalam Dolah Tunku's Clan! Meriah lah rumah ayah raya tahun ni.

Tengahari semalam, SIL Yati (wife kepada adik lelaki no.5) dah selamat lahirkan baby boy 3.4kg secara normal.

Musim dapat anak buah gegirl dah habis kut (musim? haha). No turn boboiboys pulak. Serious tau, dalam family aku kalau sorang dapat anak lelaki, yang lain berturut dapat anak lelaki.. bila sorang dapat gegirl, yang lahir pastu semua gegirl.

Start dari:
Ayuni - girl
Jasmin - girl
Sophia - girl
Ariff - boy
Amarr - boy
Adam - boy
Ashraff - boy
Akram - boy
Aleesya - girl
Zahra - girl
Adelia - girl
Latest.. baby boy belum bernama semalam.

Pasnih turn siapa pula nak dapat baby boy eh? Aku memang teringin sangat nak preggy lagi (walau umur dah nak masuk 40.. hihi). Teringin nak kembar.. triplet ke.. hihi.. pastu boleh terus retire pregnant :)

Aleesya dah ada ramai adik2 (cousins) walau usia baru ja nak masuk 6 bulan.

6 bulan? Ehh yelah, next week Aleesya genap 6 bulan! Hip hip hoorayyyyy! Kena celebrate ni. A must!!

Ada 3 in 1 reason kena celebrate:
First sebab birth month Aleesya yang ke-6 bulan (obviously la kan.. hihi)
Second sebab aku berjaya breastfeed Aleesya exclusively selama 6 bulan!
Third, coz birth date Aleesya jatuh pada Mothers Day!

Sebab yang kedua tu memang sangat bermakna tau. Yerrr, breastfeed ni bukan la satu benda yang impossible nak buat tapi its  not that easy tho. Syukur alhamdullilah sangat2 aku dah berjaya sampai ke tahap ni. Bravo aD.. *pat own shoulder*.. hihi

Bila toleh belakang tengok balik journey breastfeeding aku dengan Aleesya.Rasa terkilan sikit bila fikir kenapa aku tak setabah & sekuat ni masa breastfeed Ariff & Amarr. Seriously, dulu aku naive. ikut ja cakap orang.

1. Orang cakap kesian anak melalak tak cukup minum susu badan, so beli susu formula.
2. Orang kata senang pakai susu formula.. senang si emak nak bergerak.. senang orang lain nak tolong jaga, so beli susu formula.
3  Orang kata breastfeed ni buat tetek melayut.. badan tak cantik, so beli susu formula.

Now, umur dah 37 tahun baru nak ada kesedaran diri. Baru mampu fikir secara matang betapa semua sebab2 di atas tak boleh pakai langsung!

1. Anak melalak tak cukup susu badan? Orang tak bijak je cakap camtu. Orang camni, kita senyum je la layan ketidakbijaksanaan depa

2. Bagi susu formula senang? Senang tang mana tu? Dulu zaman Ariff & Amarr payah gila nak bergerak dengan tin susu, termos, botol2 susu. Time malam lagi la payah.. kena bangun basuh botol, bancuh susu, etc. Bila compare dengan breastfeed, punya la senang breastfeed ni rupanya.. angkat baju suakan ke mulut baby je. Time malam paling aku suka sebab tayah bangun langsung.. sambil baring je beb. Ada orang tanya, time malam Aleesya kuat menyusu tak? Aku jawab, aku tak tau. Sebab? Bila Aleesya latch, aku bantai tido terus.. haha. Aku tak kisah pun Aleesya nak melekap sampai pagi ke apa (so, no need power pumping.. hihi). Amazingly, susu badan ni cepat penuh. Once Aleesya habiskan sebelah, yang sebelah lagi otomatik full (sampai terasa 'let down' & terpaksa pump bila Aleesya dah kenyang). Senang ok. Tayah nak bergaduh basuh botol, bancuh susu segala. Pump susu pun adalah benda yang sangat senang.. handsfree!! *tenkiuu Medela Freestyle*

3. Badan tak cantik kalau breastfeed? Dulu memang aku takottt sangat tau badan geleber2 sana sini. Tetek melayut tu paling takuttt sekali. Tapi terbukti ni semua mitos jer. Nan hado semua tu. Berat aku still sama macam sebelum preggy. Size badan sama. Breast pun takde lah besar selambak. Cantik je pada aku. Sexy! Just the right size. So, which part of pregnancy or breastfeeding yang buat badan jadi berubah tu.. *wondering*

Okay lah.. nak jumpa baby baru. Nak cium bau dari syurga :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...