Friday, April 29, 2016

Sindiran dalam teguran

Bila kita bersuara, orang amik tak endah
Bila kita senyap, baru nak gelabah
Bila kita tak layan, pi tuduh kita bukan2.

Ni lah ustazah/ustaz segera. Guna media sosial atas alasan untuk berdakwah.. tanpa sedar datangkan fitnah. Konsep yang digunapakai: menyindir sambil menegur.

Buka aib orang tu satu hal, tapi buka aib sendiri? Tu aku tak faham. Asyik la rasa diri teraniaya (padahal, sendiri yang menganiaya diri). Lantak kau la labu.

Yep, kadang2 Tuhan bagi kita dugaan untuk tegur atau ingatkan kita tentang sesuatu supaya kita muhasabah diri.

Tapi biasalah, orang yang suka buruk sangka ni, akan sentiasa berburuk sangka. Takpe, aku suka. Teruskan lah.. salur kan banyak2 pahala kat aku yer.

Kes pecah keta semalam memang buat aku teringat tentang satu benda yang aku buat. Maybe hati aku tak berapa nak ikhlas kut masa buat mende tu.

Tengahari semalam ada orang pinjam duit RM400. "Pinjam" dalam that person punya term adelah takkan bayar langsung. Which aku dah faham sangat. That person tu saudara terdekat. Dah jadi banyak kali. Dan memang setiap kali aku pinjamkan, aku tak pernah minta balik pun. Aku kira sedekah je.

Semalam, dia call nak pinjam RM300. Bila aku cakap okay, tiba2 dia "up" lagi seratus. Time tu aku dah reluctant. Sebab dah niat nak sedekah RM300, bila kena tambah lagi RM100, niat tu dah jadi tak ikhlas. Tapi aku transfer juga RM400. Pastu aku rasa macam2. Fikir macam2. Berprasangka. Tapi sekejap je lah sebab pastu aku busy buat keje sampai lupa bab ni.

Dan petang semalam, dapat dugaan cermin keta pecah. Which of course will cost me around that amount jugak lah.. RM300-RM400. Insaf sekejap.. huhu. Cepat2 istighfar. Ikhlaskan hati.

As said, benda nak jadi.

Harta benda rosak boleh ganti beb. Kalau hati "rosak"? Buat transplan pun tak guna.

Yep, memang rasa terkilan benda camni jadi (keta baru lak tu.. hihi). Tapi lebih terkilan bila tau yang buat keje2 jenayah ni dibuat oleh anak2 kecil umur 11 tahun. Boleh imagine life anak2 ni macam mana. Sure dari family yang porak peranda. Jenis parents yang.. yep, macam ustaz / ustazah segera kat atas ni.. kuman kat seberang laut nampak, bangkai gajah depan mata tak perasan.. tak terbau. Hidung sumbat kut.

Muhasabah diri di pagi Jumaat. Jangan kecam saya :)

No comments: