KENGKAWAN

Tuesday, May 31, 2016

Tambah sesi pump

Dah dua malam jadual punp berubah. Tambah lagi 2 session time malam. Pukul 1 pagi & pukul 4 pagi. Nak biasakan badan untuk bulan puasa nanti.

Ada pro n cons setiap kali tambah sesi pump. Pro, production susu bertambah. Cons, kena bertabah dan tahan sakit coz untuk beberapa hari ni, nipple confirm  luka. Sakit woo. Tapi bila dah biasa nanti takdelah luka lagi. Cuma dalam proses nak membiasakan tu bukan senang. Macam kena torture. 

Haih. Demi mu anak!

Tapi, that's the best thing sebenarnya. So that the father of ur child boleh witness sendiri betapa komitednya the mother menjaga & membesarkan anak. Sanggup susah payah struggling & seksa badan sendiri. She give the best she can coz she love u & ur child. And all she want is ur undivided love in return.

Ok. Ice pack mana ice pack.. huhu

**************

Nanite mr blog. 
Nantuk.

Sundown Marathon Singapore 2016

My first  comeback for full marathon 42km this year (running long distance after almost 7 months after c-section surgery).

Result? DNF (did not finish).

Terpaksa berhenti sebab breast dah start sakit (bengkak susu). Sampai tak boleh focus kat running :(

Lari tanpa proper training. Tanpa cukup mileage. What do u expect kan.. 

I do wish I could complete the run even ngam2 cut off time. Tapi tak boleh tahan dah.. huhu. 

Sampai F1 Building, terus amik cab balik hotel. Coz takde tempat nak pump. Orang dah ramai kat F1 Building. Tak sempat nak tunggu Syah pun. Just text dia cakap nak balik.

Note 1: Shah pun join FM kat Singapore. Masa starting lari sama2. Terpisah masa kat km 2. 

Note 2: Thanks to sorang Singaporean guy yang sangat baik hati bayarkan tiket MRT SGD1.50 dari Dhoby Gout  ke City Hall (aku takda duit kecik). Dia siap teman aku sampai depan tren (padahal dia naik tren lain). Tak sempat nak tanya nama. Thank you. Thank you!!

Balik hotel, mandi bersih2. Pastu terus direct feed Aleesya. 

Pastu tidur direct 4 jam. Letak bantal tinggi2 kat kaki. Masa ni rasa nak pengsan je. Thanks to Mamoru sebab bagi aku extra "Me time".  Dia bawak kiddos pi swimming pool hotel time aku tido..

Miraculously, lepas tido 4 jam, badan jadi sangat segar & energetic. Kaki tak sakit langsung. Layan naik turun tangga pun tak ada problem. Terus rasa nak buat recovery. Momentum tengah best. Kena maintain.

Cuma kena extra training. Perbaiki masa. Kena achieve misi sub 4.30 kalau nak buat full marathon. So, takdelah rasa breast macam nak explode.. huhu.

Journey to the south II

Sambungan semalam. Layan gambaq je nah.. 

Tak berjalan sangat. Next time la kita buat road trip pusing semenanjung dari utara sampai selatan. :)

Cantik tempat ni tapi sayang.. banyak high rise building/condo tengah naik kat depan ni. Block semua view selat tebrau. 

With my anak2 :)

Aleesya moddy time ni sebab kena kacau dengan tourist



Ni antara e tourist dari korea yang duk kacau Aleesya. Semua pakat nak pegang & bergambar dengan Aleesya.. sampa nangis anak dara mommy ni.. huhu.
Banyak lagi gambar depa termasuk dalam kamera mommy. Coz mana kami pi, depa duk ikut. Geram sangat depa tengok mata Aleesya yang bulat tu. Mommy pasrah je lah. 




Journey to the south


Weekend gateway with family

Kiddos paling happy. Tapi tak banyak berjalan pun sebab aku ada marathon. Habis lari dah penat. Jangankan pegi Legoland, Mamoru offer shopping kat JPO pun aku geleng kepala. Hakak nak rest kaki. Lagipun jalan jem all the way dari selatan sampai ke KL. Pegi balik jalan jem okay. Musim cuti sekolah kan..

Sepatutnya aku amik cuti panjang sikit. Dah plan nak bawak kiddos gi Singapore, Legoland, etc. Tapi cuti tak lepas. Kena keje arini. Takde relief.

Next time ya anak2. 

My cinta 

Tenkiuu teman mommy gi marathon

Tenkiu juga to Mamoru for taking care of kiddos & baby while aku pegi berlari 

Mamoru pilih hotel ni. Spacious. Ada banyak ruang untuk kiddos bermain.

Abang2 layan tv. Aleesya layan diri... ala syian anak mommy. Nanti mommy kasi adik eh.. hihi

Studio suite. Siap ada pantry. Tapi tak leh masak la. Aku minta Mamoru book hotel yg selesa & ada mini fridge. Sekali dia book hotel siap fridge beso macam kat umah daa.. 

Checkin

Waiting for our room kat lobby

Ohh.. yang ni aku beli kat Larkin Sentral. Semua produk berasaskan nenas. Dapppp..
Best gila Larkin Sentral. Environment sangat old school. Tapi semua ada kat situ. Love that place.

Ni gambar Mamoru whatsapp kat aku masa aku tengah lari. Dia improvised sofa dalam bilik hotel jadi baby cot & attach kat katil. Comel!

Monday, May 30, 2016

Mommy saya busy

Super bz.

Penat berlari.. penat berjalan2 kat Singapore & JB :)

Lanyan gambar Aleesya je lah hari ni. Aleesya semakin aktif meluaskan kawasan jajahan.. hihi. Leka sikit hilang masuk bawah meja, bawah kerusi, etc.

Tsk.

Rumah tak child proof sangat. Toys kecik2 kiddos berlambak. Kena discuss dengan kiddos suh depa arrange toys. Kalau tak nanti Aleesya kutip masuk mulut. 

Lucky dah nak masuk bulan puasa. Boleh kenen2 dengan Mamoru - tukar perabut baru untuk sambut raya keselamatan Aleesya.. hihihihihihihihihi

Muka tak puas hati bila kena marah

Windunya kat dia ni...

Friday, May 27, 2016

Carboload II

Trainingnyer idak, carboload kemain lagi. Jangan tak terbawak bontot ni sampai finishing line udah ler.. huhu 

Homemade spaghetti black pepper malam ni

Repeat masak untuk dinner. Tengahari tadi aku lunch sowang2. Mamoru kelioq.. haha. Ni portion dia sorang. Licin dia makan. Sedap sangat katanya. Dia suh masak lagi.. tapi stok lamb da abes.. huhu. Next time la eh :)

Resepi aku ni tayah marinate lelama pun. Just guna sos BBQ Heinz (brand lain pun boleh), masukkan lada hitam yang dah dihancurkan guna lesung (aku tak suka guna serbuk lada hitam yang dijual coz rasa kureng sikit.. bau pun tak ori. better buat sendiri - bukan susah pun). Pastu, buh sos cili sikit, buh garam secukup rasa, buh gula sikit & tuang madu sesudu. Dah sebati semua, lumurkan atas lamb terusss masuk dalam oven. Suhu 240' cel. Masak setengah jam (well done). Untuk Mamoru punya (dalam gambar ni), aku tambah lagi 5 minit sebab dia suka lamb yang over-cooked.

Carboload

Homemade lamb aperntah.. 

Resepi campak2. Janji sedap ditekak.

Eat healthy katanya. Bakar dalam oven ja..

Dah ada orang request suh repeat untuk dinner.. hihi. Bolehhhhh.. tapi belikan cekelat vochelle almond malam kang leh? Ngeee..

Cengeng

Macam apa je nangis subuh ni. Sampai bengkak2 mata. Sampai pening kepala. Sampai text boss nak amik cuti hari ni.

Semalam lupa nak simpan EBM dalam fridge. Penat sangat kut. Sampai rumah letak cooler bag atas meja. Layan anak2.. pastu mati2 ingat dah letak dalam fridge sebab rutin hari2 kan...

Pagi ni kemas beg, rasa pelik sebab cooler beg berat. Buka tengok susu still kat dalam tu. Stunned kejap.

Tak banyak pun EBM yang rosak.. tapi cukup lah untuk kenyangkan Aleesya satu hari. Satu hari okay..

Nangis.

Thursday, May 26, 2016

You had me at..

Bila aku merajuk, Mamoru selalu guna taktik, pikat hati anak. 

Pikat anak okay. Bukan pikat hati mak.. hihi

And it works everytime :)

Love my childrens more than you love me.. and I'll love you unconditionally.

Malam tadi kena marah dengan Mamoru sebab aku tak jaga pemakanan. Mamoru cakap start malam tadi, no more chocolate.. no more spicy food. Eat healthy je katanya.

Dia tanak Aleesya kembung perut or alergi dengan aku punya choices of food. Sangat protective tau. Sayang sangat dia kat Aleesya.

And I love him more :)


Mamoru at Himalayan range. Ariff jeles tengok gambar ni. Mamoru made a promise to take him to a snowy place next year. Tapi kena belajar rajin2 dulu. Get good marks. Or at least, lancar membaca & mengaji.

Air bag hijau ni Amarr punya. Mamoru pinjam bawak pi Annapurna.. hihi

Snow on the ground.. his first snow. Aku sendiri tak pernah pegang salji. Next year ya, Mamoru! InsyaAllah

Wednesday, May 25, 2016

Risau..

First time nak buat comeback run untuk full marathon 42km. Mmaakk ketaq nok. Rasa macam mula2 nak lari 42km. Butterfly everywhere in my tummy.

Tak cukup training. 

Uwaaa.. tatottt.

Run minggu ni just berbekalkan semangat dari Mamoru dan anak2 je..huhu.

Target nak habiskan run dalam masa 6 jam, boleh? Ahahahaha... nangis tengok setting timing. Huwaaaa...

Takpa.. takpa.. Part timing aku tak risau sangat. Tak training kan.. mendapat la kau.

Cuma yang paling buat aku risau, pasal breastfeed.. pasal EBM. Kena arrange time untuk make sure EBM selamat & kena pandai pilih masa untuk pump supaya breast tak membesar bagai johan.. ngeee...


Cant imagine 6 hours without direct feed or pump.. -_-"

Misi menggunung

Tiap2 tahun sejak 11 tahun dulu mesti ada gunung baru yang aku conquer. Tambah koleksi gunung sedia ada.

Tahun ni belum ada lagi. InsyaAllah lepas raya nanti.

Target at least nak panjat 2 gunung (yang aku belum pernah hike) tahun ni. Tapi dedua mesti daypack / ultralight trip sebab susah nak storage EBM kalau overnight. Unless aku berjaya cari solution, e.g., beli portable & rechargeable  mini fridge. Part breastpump tak ada masalah. Sebab breastpump yang aku guna, bateri dia tahan 6 hari (Bateri Medela freestyle tahan untuk 10 jam direct usage - hebat kan).

Sapa tau kat mana ada jual portable & rechargeable cooler storage eh? Saiz dia, yang boleh dipikul masuk haversack. Mohon email kat iols ya adlyana79@gmail.com

Siapa rebrand kete mommy ni? Jadi brand bunga pink pulak. Siap la balik nanti mommy kiss banyak! 
Ntah bila kiddos tampal pun tataw. Tapi macam comel pulak. Biar je lah kat situ.

Tuesday, May 24, 2016

Feeling content

11 hari lagi nak masuk bulan Ramadhan
11 hari lagi birthday Ariff yang ke 7 tahun
11 hari lagi usia Aleesya genap 7 bulan
11 hari lagi genap journey breasfeed aku 7 bulan jugak!

Update on 30oz EBM sehari. Sikit lagi nak achieve. Setakat ni dah 27oz sehari. Ada peningkatan 3oz! Alhamdullilah.

Now dah sangat relax. Dah tak ada kes nangis2, tersedu atas bahu / pangku Mamoru sebab stress dengan production EBM macam dua bulan lepas.. hihi. Dan syukur sangat, susu untuk Aleesya cukup setiap hari.. malah kadang2 terlebih.

:)

Aritu masa pump susu kat ofis, Indian lady tu start bercakap dengan aku. Wow. Selalu tu aku je yang duk borak2, dia just diam, dengar & senyum je.

Dia bukak cerita pasal baby boy dia (sebaya Aleesya). Kata dia, anak dia kalau kat taska minum susu formula. Dia just breastfeed bila balik rumah je. Susu dia tak banyak katanya. Dia usaha jugak pump kat ofis sebab nak make sure susu dia sentiasa ada. Dia impress tengok stok susu aku dalam fridge (kat nursing room ofis). Badan aku kecik (or maybe dia nk cakap breast aku lagi kecik dari dia punya.. hihi), tapi boleh produce susu lebih banyak dari dia. Thats why dia segan dan kurang bercakap dengan aku. Lorrr...

Aku nak advise pun aku bukannya pakar. Aku faham perasaaan dia. Breastfeed sambil bekerja full time memang sangat-sangat susah. Terlalu banyak kekangkan dari segi masa, tenaga & kerja. Pada aku kira ok jugak lah dia masih berusaha untuk breastfeed anak dia compare dengan orang lain yang give up breastfeeding bila habis maternity leave.. dan compare dengan housewife yang duduk kat rumah tapi pilih untuk stop breastfeed.

Aku share jadual pump kat dia. Bila dia tau aku pump 3 kali sehari kat ofis, dia impress lagi. Dia just pump sehari 2 kali je. Aku penah gak try pump 2 kali kat ofis. Memang drop teruk production. Terus tak berani skip pump. Maintain pump 3 kali sehari. Aku baca pengalaman sorang mommy yang fully BF baby  twins, dia pump 4 kali sehari kat ofis. Sallute!

Pernah juga aku pump 4 kali sehari time ofis hour. Sangat terkejar2. Langsung takde masa untuk berborak dengan colleague pun. Supply memang banyak tapi penat nak maintain. Ada sekali tu bila weekend, aku langsung tak pump (konon nak direct feeding je), tapi end up kena blocked milk duct. Salah satu saluran susu kat nipple tersekat. Benda ni jadi bila suppy susu melebihi demand. Sakit okay. Sampai demam. Sampai luka dan bernanah sikit kat area nipple (sebelah kiri). Terus kurangkan jadual pump jadi 3 kali semula.

Subhanallah, even nipple luka, tak rasa sakit kat situ pun bila pump or feed Allesya. Yang sakit tu kat salah satu bahagian breast. Sebab bengkak & susu tak boleh keluar. Dan sekarang aku tau, kenapa ada banyak saluran susu & kilang2 susu kat nipple & breast. Coz if salah satu saluran block, kita still boleh produce susu lagi. Hebat kan!

Tapi itu kes dua bulan lepas. Sekejap je pun jadinya. Tak sampai 3 hari dah pulih macam biasa. Tak makan ubat apa2 pun. Tapi pastu memang tak berani tak skip pump.. hihi.

Bulan puasa nanti jadual pump maybe bertambah satu lagi session masa sahur :)

30oz sehari, go mommy aD go!

Monday, May 23, 2016

Spiderbaby

Another exciting week. Terlalu banyak plan. Terlalu banyak benda aku nk buat :)

Cepatlah Jumaat datang.. hihihi


My Cantik Aleesya pakai costume untuk superheroes race semalam. Baju abang Ariff dulu2. Still in good condition coz jarang pakai. 

Who am I? I am Spiderbaby!

Sunday, May 22, 2016

Nanite

Esok dah keje.. alaaaaaaa... hihi

Kiddos tidur awal malam ni. Pukul 8pm dah tidur. Tak solat Isyak pun.

Aleesya pun sama. Lepas maghrib tadi dah tertidur.

Penat sangat anak2 hari ni. Dari pagi buat banyak xtvt sama2 kan :)

Now, mommy sorang2 layan movie sambil habiskan ayam KFC & agar2 santan. Harap2 berat badan bertambah la ye. Aritu timbang sambil dukung Aleesya, berat adalah 45kg. Kalau tolak berat Aleesya 6kg ++ agak2 berapa berat mommy? kikiki... jauh lagi laa misi tambah berat badan ni. Masuk bulan puasa ni memang nan hado lah pertambahan berat.

Oh.. baju skolah Ariff lum gosok lagi. Tadi dah susun 5 helai uniform skolah agama & 5 helai baju skolah kebangsaan untuk daddy iron.

Tapi kul 8.30pm tadi daddy dapat emergency call dari Aisyah. Kete dia eksiden langgar motor & kereta depan. Orang yang bawa motor tu cedera parah katanya. Takutnya mommy dengar. Harap semuanya ok & selamat. Sabar na..

Nak gosok baju.. pastu nak zZZZzzzz...

Superheroes fun run 3km

Ran with familia pagi ni. First time. Sangat fun. Aleesya pun sangat cooperative. Behave je. 

Kiddos sangt excited. Sambil lari sambil tegur2 orang.. 
"Hey, its green lantern!"
"Hello superman"
"Hi ironman!"

Amboi.

Jumpa ramai kawan2 mommy Arina & Syah pun ada :)

Lepas lari, pi jalan2 kat Tasik Perdana. Pastu ingatkan nak bawak kiddos gi Pusat Sains & Plenetarium. Tapi dedua tempat tutup. Next time la.

Balik umah semua tertidur kepenatan. Makan KFC & tapau kek kat secret recipe je untuk lunch tadi.. hahaha. 


Bergambau dengan ironman

Excited kiddoss. Mommy pun apa kurangnya kan.. haha

Dengan batman pulak :)

Selfie!

Dengan apantah.. Ariff & Amarr kenal kut.. hihi

Us lagik..

Dengan akak polis... superhero gak kan..

Ni kt tasik perdana tadi..

Saturday, May 21, 2016

Bila dah terbiasa

Bila dah biasa, dah lali. 

Penat? Apa itu penat? Hihi.

Balik dari trail run kat Broga tengahari tadi, pump susu on the go. Sambil drive balik ke permaisuri, sambil pump. Freestyle. 

Sampai umah. Mandi pastu  terus masak lunch untuk Mamoru & anak2. Late lunch. 

Siap desert agar2 santan. 

Gigih kan. 

Padahal esok ada race lagi ni.. huhuhu.


Wangi bau agar2 santan dengan daun pandan & gula melaka :)

Oh this one just now.. kiddos buat sendiri doh donut.. tetengah malam nak makan donut. Layankan je

Lunch siang tadi.. simple2 je.. tapi bertambah2

:)

Larian ber-obstacles ke puncak bukit Broga

Masa Zu text aku update pasal event ni, aku dah cuak gila. Sumpah aku lupa.. haha. Hahahampunnnn. Nasib baik jadual aku free. Selamatttttt.

Zu yang registerkan event ni. Partnering dengan Amy (husband dia - kawan aku gak). Ingatkan event ni tak jadi sebab dah lama sangat kut.. kikikiki

Thanks Zu & Amy. Event ni memang best. Walaupun tak menang coz aku & Amy tak reti buat origami burung bangau kat check point first. Banyak rugimasa kat situ.. uwaa.. Tapi overall, good teamwork!

Good race. Good trail excercise.

My team partner - Amy.. owner company rafting kat Kampar, Perak. Laju dia ni.. trail runner.

No bib kami cunnn okay.. 001.

Start lari kul 9.30am... hangus kulit mmaakkk.

Group photo.. kemain ceria lagi iols hihi. Dapat lari trail kan :)

Dengan zu kat belakang tu :)

Amy kat check point 5. Masukkan benang dalam jarum

Selfie kat puncak dengan pengasas produk kecantikkan.. Datin Paduka errr.. tak.ingat... ampunnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...