KENGKAWAN

Sunday, May 15, 2016

Ambil hati & perut family

Patutnya malam tadi gi camping kat Lolo satu family. Bawak kiddos & Aleesya sekali. Tapi sebab cuaca tak menentu, pospon trip ni sampai lepas raya nanti. Nak gi next week tak boleh, jadual setiap weekend dah penuh sampai puasa.. huhu.

Spent hari ni dengan memasak. Amik hati suami & anak2 lepas berjam2 hilangkan diri pi berlari kat tasik pagi tadi.. haha.

Sangat bersemangat memasak lepas puas berlari :)


Nothing beats the feeling makan lauk masak sendiri (since tak ingat camne rasa arwah ibu masak huhu)

Sayur kangkung goreng + siakap 3 rasa + gulai lemak telur + kentang goreng plusss air buah delima fresh.. yum!

Siap terhidang sebelum kul doblas tengahari. Sap sap sui je. Terasa terer bila boleh goreng ikan sambil masak gulai, sambil blender cili (blender ni tayah pegang2), sambil bake puding roti dalam oven sambil basuh baju dalam mesin basuh sambil potong kentang.. Semua dalam satu masa yang sama! Fuhh.. 

Puding roti bakar campur badam & pecan (kismis takde hihi). Aku buat guna lebihan roti dari karipap sardin semalam. 

Boleh makan gitu je or makan dengan sos kastard / whip cream / ais cream / coklat / madu etc.

Yang ni terpaksa buat sebab tanak membazir roti. Nih roti sosej giant yang Mamoru belikan untuk kiddos masa tengok movie semalam. Kiddos makan sosej je. Nak buang sayang. So bawak balik umah.

Mix butter dengan fresh chopped parsley dengan minced garlic & olive oil. Sapu atas roti. Pastu bakar dalam oven

Dan walla... sedap makan panas2 dengan mushroom sup taim hujan2 gini. Mabeless.

Gendang gendut tali kecapi. Family kenyang perut, mommy suka hati :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...