KENGKAWAN

Tuesday, May 31, 2016

Sundown Marathon Singapore 2016

My first  comeback for full marathon 42km this year (running long distance after almost 7 months after c-section surgery).

Result? DNF (did not finish).

Terpaksa berhenti sebab breast dah start sakit (bengkak susu). Sampai tak boleh focus kat running :(

Lari tanpa proper training. Tanpa cukup mileage. What do u expect kan.. 

I do wish I could complete the run even ngam2 cut off time. Tapi tak boleh tahan dah.. huhu. 

Sampai F1 Building, terus amik cab balik hotel. Coz takde tempat nak pump. Orang dah ramai kat F1 Building. Tak sempat nak tunggu Syah pun. Just text dia cakap nak balik.

Note 1: Shah pun join FM kat Singapore. Masa starting lari sama2. Terpisah masa kat km 2. 

Note 2: Thanks to sorang Singaporean guy yang sangat baik hati bayarkan tiket MRT SGD1.50 dari Dhoby Gout  ke City Hall (aku takda duit kecik). Dia siap teman aku sampai depan tren (padahal dia naik tren lain). Tak sempat nak tanya nama. Thank you. Thank you!!

Balik hotel, mandi bersih2. Pastu terus direct feed Aleesya. 

Pastu tidur direct 4 jam. Letak bantal tinggi2 kat kaki. Masa ni rasa nak pengsan je. Thanks to Mamoru sebab bagi aku extra "Me time".  Dia bawak kiddos pi swimming pool hotel time aku tido..

Miraculously, lepas tido 4 jam, badan jadi sangat segar & energetic. Kaki tak sakit langsung. Layan naik turun tangga pun tak ada problem. Terus rasa nak buat recovery. Momentum tengah best. Kena maintain.

Cuma kena extra training. Perbaiki masa. Kena achieve misi sub 4.30 kalau nak buat full marathon. So, takdelah rasa breast macam nak explode.. huhu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...