KENGKAWAN

Tuesday, May 24, 2016

Feeling content

11 hari lagi nak masuk bulan Ramadhan
11 hari lagi birthday Ariff yang ke 7 tahun
11 hari lagi usia Aleesya genap 7 bulan
11 hari lagi genap journey breasfeed aku 7 bulan jugak!

Update on 30oz EBM sehari. Sikit lagi nak achieve. Setakat ni dah 27oz sehari. Ada peningkatan 3oz! Alhamdullilah.

Now dah sangat relax. Dah tak ada kes nangis2, tersedu atas bahu / pangku Mamoru sebab stress dengan production EBM macam dua bulan lepas.. hihi. Dan syukur sangat, susu untuk Aleesya cukup setiap hari.. malah kadang2 terlebih.

:)

Aritu masa pump susu kat ofis, Indian lady tu start bercakap dengan aku. Wow. Selalu tu aku je yang duk borak2, dia just diam, dengar & senyum je.

Dia bukak cerita pasal baby boy dia (sebaya Aleesya). Kata dia, anak dia kalau kat taska minum susu formula. Dia just breastfeed bila balik rumah je. Susu dia tak banyak katanya. Dia usaha jugak pump kat ofis sebab nak make sure susu dia sentiasa ada. Dia impress tengok stok susu aku dalam fridge (kat nursing room ofis). Badan aku kecik (or maybe dia nk cakap breast aku lagi kecik dari dia punya.. hihi), tapi boleh produce susu lebih banyak dari dia. Thats why dia segan dan kurang bercakap dengan aku. Lorrr...

Aku nak advise pun aku bukannya pakar. Aku faham perasaaan dia. Breastfeed sambil bekerja full time memang sangat-sangat susah. Terlalu banyak kekangkan dari segi masa, tenaga & kerja. Pada aku kira ok jugak lah dia masih berusaha untuk breastfeed anak dia compare dengan orang lain yang give up breastfeeding bila habis maternity leave.. dan compare dengan housewife yang duduk kat rumah tapi pilih untuk stop breastfeed.

Aku share jadual pump kat dia. Bila dia tau aku pump 3 kali sehari kat ofis, dia impress lagi. Dia just pump sehari 2 kali je. Aku penah gak try pump 2 kali kat ofis. Memang drop teruk production. Terus tak berani skip pump. Maintain pump 3 kali sehari. Aku baca pengalaman sorang mommy yang fully BF baby  twins, dia pump 4 kali sehari kat ofis. Sallute!

Pernah juga aku pump 4 kali sehari time ofis hour. Sangat terkejar2. Langsung takde masa untuk berborak dengan colleague pun. Supply memang banyak tapi penat nak maintain. Ada sekali tu bila weekend, aku langsung tak pump (konon nak direct feeding je), tapi end up kena blocked milk duct. Salah satu saluran susu kat nipple tersekat. Benda ni jadi bila suppy susu melebihi demand. Sakit okay. Sampai demam. Sampai luka dan bernanah sikit kat area nipple (sebelah kiri). Terus kurangkan jadual pump jadi 3 kali semula.

Subhanallah, even nipple luka, tak rasa sakit kat situ pun bila pump or feed Allesya. Yang sakit tu kat salah satu bahagian breast. Sebab bengkak & susu tak boleh keluar. Dan sekarang aku tau, kenapa ada banyak saluran susu & kilang2 susu kat nipple & breast. Coz if salah satu saluran block, kita still boleh produce susu lagi. Hebat kan!

Tapi itu kes dua bulan lepas. Sekejap je pun jadinya. Tak sampai 3 hari dah pulih macam biasa. Tak makan ubat apa2 pun. Tapi pastu memang tak berani tak skip pump.. hihi.

Bulan puasa nanti jadual pump maybe bertambah satu lagi session masa sahur :)

30oz sehari, go mommy aD go!

1 comment:

Haris Zuhaina said...

As Salam
Just uyr silent reader
Direct BF pun penyebab bl bb demam mommy akan produce more antibody utk bb cos suhu pada air liur n mulut bby yg tak sihat akan deliver info to mommy pya body
Tahniah.
Betoi tu komitment mmg kena tgi
Nak jayakan penyusuan ni sepatutnya ms dlam 2 minggu dalam pantang kena dah start pumping n buat stock.
Alhamdulillah masa anak sulung(perempuan) Berjaya fully BF selama 4 thn. ppn tak kuat nyusu.. harap 2nd ni dapatlah susu penuh. ni dah 1thn5 bln(boy)
Good luck ya u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...