KENGKAWAN

Friday, May 13, 2016

Jadual UltraMak

UltraMak dah boleh letak 'cape' kat tepi. Simpan elok untuk kegunaan akan datang.

Boleh relax sikit.

Kalau tak.. memang kelam kabut:

Subuh

  • Kejut kiddos suruh mandi & solat (mujur dedua pandai mandi sendiri
  • Siapkan bekal kiddos
  • Mommy mandi & bersiap
  • Siapkan defrost Expressed Breast Milk & letak dlm cooler bag
  • Prepare beg breast pump untuk bawak pi keje
  • Bagi last direct breastfeed pada Aleesya


Pagi

  • Keluar umah dukung Aleesya sambil pikul beg skolah petang Ariff, beg baju Aleesya, cooler bag EBM & beg pump susu mommy. Senget2 bahu ni.
  • Ariff sandang beg skolah pagi sambil bawak baju skolah petang yg da siap digosok.
  • Amarr sandang beg baju dia untuk bawak ke BBIM
  • Pastu jadi drebar hantar Ariff ke sekolah agama. Hantar Amarr ke Brainy Bunch. Hantar Aleesya ke Taska. Tiga tempat berlainan... pheww. Lepas habis hantar semua, pegi parking keta kat LRT & naik tren gi keje.


Kat ofis

Pagi sampai petang cepat2 siapkan keje sebab kena pandai bahagi masa untuk pump susu (pump 3  kali time ofis hour - 20 minit setiap sesi)

Petang

  • Rushing naik tren & amik keta. 
  • Fetch Aleesya, Ariff & Amarr


Kat umah

  • Selamatkan EBM dulu. Simpan dalam fridge
  • Basuh botol2 susu & pump
  • Prepare dinner untuk kiddos & diri sendiri
  • Bagi direct feed Aleesya
  • Prepare beg2 skolah kiddos / beg2 baju untuk esok
  • Gosok baju skolah kiddos / baju keje
  • Kemas or basuh baju mana sempat

Kalau semua under control, sempat la gi lari satu loop kat tasik.

Menggila betul jadual. Kena kuat mental & fizikal. Wonder eh.. mak2 yang lain camne? Ada tak yang lagi dasyat? Cer share sikit.. buat tambah semangat.

Note: Mamoru dah selamat sampai KLIA pukul 4 pagi tadi. Alhamdullilah :)


My imam2 muda subuh tadi :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...