KENGKAWAN

Saturday, May 07, 2016

Jalan2 cari makan

Tak plan pun nak berjalan jauh sampai ke Sabak Bernam hari ni. UltraMak memang spontaneous.. haha.

Puncanya, pagi tadi ter buka facebook. Terrr baca pulak tentang Restoran Udang Lipan (mantis prawn), milik owner melayu kat Sabak Bernam. 

Aku memang peminat udang lipan. Cuma sayangnya.. udang ni orang cina je yang pandai masak. Tu pasal laju je aku angkut kiddos & Aleesya pegi sana.

Walaipun perjalanan ke sana amik masa 2 jam (sehala) dari Permaisuri. Aku gagahkan je. Dah expert handle kiddos & Aleesya dalam keta. Takde hal jalan jauh2 ni. UltraMak kannnn...

Sangat enjoy journey hari ni. View sawah padi.. view buah2 sepanjang jalan.. view rumah2 kampung.. Im a happy mommy!

Gamble je cari tempat ni. Kat facebook takde complete address. Tapi aku tak cuak pun sebab aku penah pi makan seafood kat area ni. Kat restoran Dorani. Memang sedap. Aku punya plan B, kalau tak jumpa restoran udang lipan, aku mkan je lah kat Dorani. Tapi alhamdullilah, rezeki nak makan sini.. jumpa jugak!

Ada 3 dish je yang guna menu udang lipan: 
Udang lipan goreng tepung RM10 / RM 20
Nasi goreng udang lipan RM5.50
Mee kari udang lipan RM4.00
Semuaa sedapppppp!!

Harga pun murahhh. Puas hati! Recommended 

Note: Best pulak jalan2 dengan kiddos. Rasa macam nak buat road trip tour sampai utara since aku cuti sampai senin. Tapi Isnin ni Aleesya amik jab 6 bulan. Next time kita plan okay!

Nah GPS point untuk kesini :)
Kalau tak reti guna GPS point ni, just seach Jalan Marso kat Sungai Limau, Sungai Besar, Sabak Bernam. 

UltraMak with anak2

Restoran Udang Lipan 

Tunggu makanan dengan sabarnya :)

Yay.. sekejap ja dah sampai makanan. Masa kami sampai dah tak ramai orang. Lucky!

Kiddos dengan Ipad. Baru boleh duduk statik kat meja. Jarang aku bagi depa main Ipad. Kalai kat umah memang saja aku tak charge Ipad ni.. hihi. Jalan jauh2 camni je baru bawak. 

Aleesya yang behave dari sampai sini sampai habis mommy habis makan. Tenkiuu sayang! Kasi can mommy layan udang lipan :)

Nasi goreng udang lipan.. sedaappppp!! Ariff Amarr makan sampai licin. 


Mee kari udang lipan.. Perfecttt pada tekak aku. Siap ada telur puyuh sebiji.. maveles!

Ada pokok nona kat depan kedai ni.. Sedapnya!! Sib baik lum masak lagi.

Aleesya yang mudah mesra. Aritu gi restoran Secret Recice, staff situ amik dia gomol2. Hari ni bawak pi sini pi restoran udang lipan, staff sini pun amik dia gomol2. Mommy is jeles.. hihi.

Salah sebuah rumah penduduk kampung kat Jalan Marso (on de way ke restoran udang lipan), yang sangat menarik pandangan aku. My dream house! Cantik rumah dia.. view dia.. Moga murah rezeki nak bina umah camni satu hari nanti. Aminnnn..

Gazebo yang half floating dalam tali air ni sangat cantik! Binaan dia, meja kayu dalam gazebo.. pokok2 hiasan.. cantik! Cantik!

Nak bina satu camni juga!

Kat sepanjang jalan ke sini banyak kedai2 IKS yang meriah dengan macam2 jualan. Sakan aku berhenti tiap2 kedai sampai Ariff cakap dia nak sorokkan purse aku. No more shopping & no more pitt stop katanya.. uwaaa.. ur dad tak pernah pun cakap camni kat mommy tau... 

Gerai buah camni pun berderet sepanjang jalan dari sekinchan ke sabak bernam

Borong semua!

1 comment:

Miss B said...

huhhh..aku pun g food hunt kat slangor last wik lps kita balik dari Melaka subuh tu ! tapi sampai tanjung karang je la sbb x larat drive sbb jammed! org balik dari utara berpusu2 maasuk kola slangor!layan udang galah je! haihh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...