KENGKAWAN

Friday, May 06, 2016

Jumaat yang ditunggu



Aleesya suka dengar zikir ni. Kalau mommy nyanyi kan untuk Aleesya, Ariff Amarr pun ikut nyanyi sama :)

Amarr dah lancar bacaan doa2 lepas solat. Aritu lepas solat dengan Ariff & Amarr, Aku nak terus bangun pegi dapur. Tiba2 Amarr sambung baca doa. Amarr ok. Bukan abang Ariff. Lancar dia baca walaupun pelat2 sikit. Doa dia pendek2 tapi bersambung2 dengan zikir & puji-pujian. Aku dengar dengan khusyuk sampai habis. Lama juga. Almost 5 minit. Sampai dia sebut "Aminn". Pastu bila dia tengok aku tak berkelip pandang dia, terus dia sambung "the end". Tanda doa dia dah habis. Tergelak sekejap. Terharu & impressed. Alhamdullilah, mommy tak sempat ajar bab tu tapi syukur dia dah tahu. Terima kasih tenaga pengajar di Brainy Bunch.

Note: UltraMak dah energy drain. Sangat hectic minggu ni. Terkejar2 dengan anak2, keje ofis, keje kat rumah. Haih. Takpa.. weekend ni cuti sampai Isnin. Boleh rest lama sikit kat umah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...