KENGKAWAN

Thursday, May 12, 2016

Settle down

Sepanjang tahun lepas sampai tahun ni aku usaha sungguh2 nak dapatkan transfer ke Melaka. Nak dekat dengan Mamoru. Nak besarkan anak sama2. Gigih naik turun jumpa management. Sampai sanggup downgrade & terima apa je jawatan (even involve sales), semata nak masuk Branch kat Melaka.

Tapi maybe bukan rezeki. Tuhan ada perancangan yang lebih baik. DIA bagi rezeki dalam bentuk lain. DIA transferkan Mamoru ke KL supaya tertunai permintaan aku untuk dekat dengan Mamoru & besarkan anak sama2.

Dan bila aku masih bersedih sebab tak dapat transfer, DIA bagi lagi rezeki increment gaji plus adjustment plus bonus pada aku. Bagi pula rezeki kenaikan pangkat & gaji pada Mamoru. Bagi lagi rezeki untuk tambah harta. Bayangkan.. dalam keadaan ekonomi merudum dan ramai rakan2 kena buang kerja, tertekan, terdesak, kerja tak menentu. Alhamdullilah, aku & Mamoru dilindungiNya.

Pun, aku masih lagi meminta2 untuk tranfer ke Melaka. Bukan tak bersyukur tapi aku rasa lebih tenang kalau aku duduk di Melaka. Jauhhhhhh dari KL yang sesak dan penuh dengan orang bermuka2 - penuh dengan tipu daya.

Bila fikirkan kenapa berat sangat permintaan nak transfer ke Melaka, aku rasa macam berdosa sebab persoalkan ketentuan Tuhan pula.. *Istighfar banyak2 dalam hati. Tak terniat pun.. :(

Subuh tadi lepas solat dengan Ariff & Amarr, aku kuatkan hati untuk lupakan niat transfer ke Melaka.

Malam ni Mamoru depart dari Kathmandu. InsyaAllah, pukul 4 pagi esok dia sampai KLIA. Dan esok juga, aku akan cakap kat Mamoru yang aku ready untuk move on & accept cadangan dia untuk beli rumah kat KL ni. Settle down kat KL.

Finally.

Tentang KL yang sesak dan penuh dengan orang bermuka2 - penuh dengan tipu daya, aku serahkan semua padaNya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...