KENGKAWAN

Monday, May 02, 2016

UltaMak mode on

Hari ni sure jalan jem. Ngam2 lepas subuh tadi terus angkut kiddos & baby masuk kereta. Drive balik KL dari Melaka.

Alhamdullilah, highway clear. Anak2 pun tidur sepanjang jalan. Sejam je drive sampai KL. Pukul 7 lebih sampai Permaisuri :)

Balik rumah rasa tenang je sebab rumah dah siap berkemas sebelum balik kampung aritu. Baju sekolah Ariff & Amarr pun dah siap untuk esok. Thanks to Mamoru for that. Dia yang mengemas sebelum bertolak ke Nepal. Tanak aku kelam kabut nanti. Very thoughtful of him. Tenkiuu! xo!

Tadi Mamoru call via Whatapps. Dia kat Kathmandhu. Sekejap lagi nak start hiking. Semoga perjalanan Mamoru & team xpdx selamat dan dipermudahkan. Amin.

Hmm nak buat apa hari ni? Bawak kiddos jalan2 pun best! Boleh skip memasak. Makan kat luar ja.. hihi (nampak tak percubaan UltraMak untuk mengelat masak.. huhu)

Ada orang tanya napa sekejap guna Supermak, sekejap UltraMak?

Jawapan aku, semua mak-mak adalah Supermak. Tapi gelaran UltraMak adelah untuk mak-mak yang full time working + handle anak2 + handle hal2 kat umah sorang tanpa maid & tanpa incik somi (coz long distance  relationship or somi outstation). Gittew.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...