KENGKAWAN

Tuesday, June 21, 2016

16 Ramadhan 1437H

Busy dengan deco ofis. Dah berapa hari buat tak siap2. Orang2 kat ofis ni tak bersemangat nak raya kut.. or.. ke aku sorang yang terlebih eksaited?

Semalam aku buat sorang2 ja. Hari ni, agaknya bila memasing tengok entrance office dah cantik, ramai excited nak deco sama2 hari ni. Bagus2.

Esok cuti! Yay! Mamoru dah tanya subuh tadi, cuti esok nak jenjalan kat mana? Nak shopping lagi tak? Wahh.. temping sangat. Tapi penat laa berjalan taim puasa ni. Penat membakar bahulu weekend aritu tak habis lagi.. uwaaa.

Aku cakap esok nak duduk umah ja. Nak kemas2. Nak deco2 umah pulak. Berbuka je tak decide nak kat umah atau kat luar :)

Hari ni 16 Ramadhan. Sekejap je kan. Amik kesempatan ni dengan bersedekah. Satu hari seringgit. Bagi kat budak2. Bagi kat penjual tisu. Bagi kat tabung2 masjid. Bagi kat sesiapa je tanpa persoalkan siapa penerima. Bersedekah sebanyak & semampu yang boleh.
Niatkan pahala sedekah untuk mereka yang dah tiada, untuk diri dan keluarga, untuk mereka yang kurang mampu juga.

Tahun ni bayaran untuk zakat dah bertambah. Tahun ni raya berlima :)

Depan replika rumah bawah ofis.

Shopping barang2 deco dengan anak2 dara ni. Single & available depa2 ni. 

Kreatif kan.. semua DIY

Sudut ni belum siap lagi. Tapi tak sesabar nak posing

Semangat hakak nak raya :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...