KENGKAWAN

Sunday, June 12, 2016

7 Ramadhan 1437H

Hujan lebat semalam. Ada kawasan perumahan yang banjir kat area Ampang. Kesiannya.. :(

Semalam hunting for baju raya. Nak cari yang sedondon. Punyalah lama mencari.. sampai masuk waktu berbuka.

Stop kejap berbuka kat restoran area kedai baju tu.

Lepas berbuka, collect baju pastu terus balik. Penat sangat.. huhu

Cenni la kalau amik nak amik gambar satu family. Semua tak ready. Fine. Tahun ni kita amik gambar kat kedai okay. Gambar ni dalam fitting room hihi

Tengah pilih kaler baju. Plan asal nak beli biru tapi takde saiz Mamoru & Amarr. So tukar kaler silver. Tak kisah lah.. janji sedondon. 

Lepak2 sambil tunggu alter saiz seluar the boys. Mommy & Aleesya punya baju dah ngam2 ho.. Awal2 puasa ni tak ramai orang kat kedai. Dedekat nak raya confirm berdedai orang kat sini. Taim tu semua saiz takde.. Gi awal2 best. Relax.

Berbuka stimbot & BBQ semalam. Nasib baik kat area kedai ni ada port berbuka best2

Mommy in action. Banyak variety  makan kat sini. Seafood besar2 n sedap2. Tapi kena bakar & masak sendiri. Since mommy & daddy kaki camping, bab2 masak2 camni.. kacang je. Momantai. 

Daddy bukan peminat seafood. Dia makan ayam ikan ja. Yang lain2, mommy bedal sorang. Ketam nipah wooo.. Murah makan kat sini. RM48 per pax. Kids RM 30+ kut. Tak ingat.

Lega baju raya dah ada. Pasni nak beli baju raya untuk ayah & ibu (my stepmum) pula.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...