KENGKAWAN

Wednesday, June 01, 2016

Ariff & cuti sekolah

Masa mula2 Ariff dapat tau sekolah akan cuti selama dua minggu, dia punyalah excited. Maklum lah, jadual sekolah dia sangat2 memenatkan.

Pagi pergi sekolah rendah Agama
Petang pergi sekolah rendah Kebangsaan
In between tu transit kat Taska untuk makan & mandi tukar baju/beg

So bila cuti, Ariff just stay kat Taska je.

Yang kelakar tu, baru first day cuti sekolah, Ariff dah cakap dia boring sebab kat Taska takde xtvt apa2. Takde belajar apa2. Dia just duduk menung tengok tv dengan adik2 yang berusia 6 tahun ke bawah. Dia takde kawan sebaya nak main2 sama.

Hari kedua cuti sekolah, Mamoru suruh Ariff bawak salah satu buku latihan sekolah untuk dia praktis jawab soalan. Mamoru siap tanda few pages untuk Ariff buat bila2 dia free.

Yang lucunya, baru pukul 8 pagi kat Taska, Ariff cakap semua homework daddy bagi dia dah buat. And pastu dia tataw nak buat apa lagi.. aduyai anak..

Malam tadi Mamoru beli 4 buku latihan untuk Ariff. Siap buku coloring juga. Dengan harapan hari ni dia tak boring kat taska. 

Good thing juga kan bila cuti2 ni Ariff dapat buat banyak revision. Tapi kena balance juga. Kesian Atiff, cuti2 pun kena study. 

Next time, mommy kena arrange masa untuk kita semua cuti sama2 setiap kali cuti sekolah. So kita boleh betul2 enjoy cuti tanpa perlu fikir pasal study or keje kan sayang? 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...