KENGKAWAN

Monday, June 06, 2016

Huru hara time berbuka

Haha.. tajuk tanak kalah.

UltraMak yang tinggal lampu lip-lap-lip-lap kaler merah kat dada meghabiskan sisa oksigen yang ada lepas balik keje tadi dengan beraksi kat dapur.

Dengan Aleesya jerit2 kat ruang tamu. Tak tentu arah nak buat keje. Ingatkan dia nak susu ke apa..  rupanya kena dera dek abang2 pikul bantal atas belakang masa dia meniarap.. tsk tsk.. oh abang2.

Masa suntuk sangat. UltraMak just ada setengah jam je untuk memasak. Uwaaa...

Tak dan nak masak best2.. Keluarkan lamb, marinate, campak rempah ratus, rosemary, kentang bagai.. pastu  potong tembikai, masuk dalam blender, masukkan gula, blend kasi haluih. Blend tanpa air. Pastu letak dalam freezer.

Dengar azan je terus keluarkan air buh dalam gelas & buh lamb dalam pinggan. Ngapppp.

Mamoru cakap the best air tembikai yang dia pernah minum. Amboi compliment diaa.. Lamb pun dia makan sampai 3 slices. Sedap sangat katanya. Alhamdullilah.. suka dengar orang puji masakan sendiri.

:)

Ok. Jom tarawih. Mamoru jadi imam malam ni.

Note: Ariff puasa penuh hari ni. Without being mengada2 at all. Aku bajet dia akan tanya bila nak berbuka setiap minit or terjelepuk atas lantai buat muka kesian. Takde langsung semua tu. Alhamdullilah. Proud of u sayang.

I love cooking :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...