KENGKAWAN

Saturday, July 16, 2016

Prepare breakfast untuk esok

Camni la jadi UltraMak. Daddy keje esok, so kena prepare semuanya dari awal. Nak tunggu esok memang tak menang tangan. 

Untuk breakfast esok, mommy buat bebola kentang campur daging ayam cincang berintikan cheese. Yummeh! Resepi amik kat internet je.

Ni gambar kentang yang direbus & dilenyek + daging ayam cincang + daun parsley + garam sikit. Macam buat bergedel. Resepi ni ikutkam ada campur bahan2 lain macam lada sulah, lada hitam etc. Tapi mommy nak cepat. Dah almost tengah malam, nak oiii. Nantuk. Kang campur macam2 takut hero2 kecik tak makan pulak.

Cheese mozarella.. potong dadu besau2.

Adunan tadi buat bulat2 & letakkan cheese seketoi kat tengah2. Bulatkan cecantik.

Da siap daa. Simpan dlm freezer jap kasi keras. Esok pagi2 kasi goreng

Sementara buat bebola tadi, sempat kukus buah pir. Buat puri untuk breakfast Aleesya pula. 

Bukan tu je, basuh baju, kemas2 semua sempat mommy buat dalam masa yang sama. Multitasking sungguh :)

Oh ni bukan breakfast. Ni mommy punya supper. Sempat bakar lamb dalam oven. Berjaga tetengah malam menyiapkan keje2 kat umah buat mommy lapau.

Gigih mommy kan? Yelah, Ahad ni mommy ada projek : nak pi hiking bawak kiddos & Aleesya. Nak bukak kelas Alam & Manusia. So kena settel basuh baju mengemas segala.

Now masa untuk zzZZz

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...