KENGKAWAN

Wednesday, July 13, 2016

Sehari sebelum raya

Throwback.

Raya with family drama adalah perkara biasa. Normal. Just dont take it personal. Let go. Nama pun family kan.. susah senang, sama-sama.

Raya tahun ni alhamdullilah dapat berkumpul ramai. Cuma adik perempuan no.4 tak join sebab beraya kat Kelantan, adik lelaki no 9 & adik bongsu perempuan no 10 beraya dengan family masing2.

Start pre raya dengan Aleesya kena jangkitan impetigo (alhamdulillah, dah sembuh sepenuhnya sehari sebelum raya). Pastu adik lelaki no. 2 kena chicken pox (berjangkit dari baby Zahra yang sebaya Aleesya. Zahra anak pada adik tiri aku yg no.2). Confused kan.. haha. Aku pun kadang tersasul2 nak panggil nama. Aku ada 4 adik tiri & sorang adik perempuan satu ayah. Total semua adik beradik = 15 orang. 

Penuh rumah ayah. Tak selesa pun iya gak. Kesian kat ipar duai yang tidur kat ruang tamu. InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih, nak besarkan rumah ayah. Ikutkan aku malas nak buat apa2 kat rumah tu sebab nanti dah tua aku jugak duduk situ. Rumah aku kan.. Kang banyak2 bilik penat pulak aku nak mengemas. Tapi bila aku sendiri tak selesa tido kat ruang tamu, ipar duai aku apatah lagi kan. Diaorang sure takkan cakap :)


Merendang kat tepi rumah. Dengan angin sepoi2 bahasa.. bestnya lah duduk umah ni. Really good investment beli umah kat sini.

Dengan adik lelaki no.5.. buat kambing panggang. Dia memang pakar panggang memanggang & buat sos2 untuk kambing, ikan, etc.

Puteri Cantik sedang bersiram. Melaka is so hot. Aleesya mandi satu hari 5 kali.. hihi. Kesayangan daddy dia ni.

See.. mandi lagi. Yang ni dengan Adelia. Sebaya Aleesya. Zahra tak join sebab kena chicken pox

Adik lelaki no 2. Kena chicken pox pun still mampu kacau dodol.

Hulk version chicken pox.. hihi

Adik lelaki no.3.. orang kuat kat dapur. 

Alhamdulillah adik2 lelaki aku semua rajin masuk dapur. Untung wife2 depa semua. Ipar duai boleh kosentret jaga anak2 & masak2 kat dapur sikit2 sebab tahun ni ramai yang ada baby kecil. 

:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...