KENGKAWAN

Monday, August 01, 2016

Ku tunggu Augustus

Tenggelam dalam buku.

Kata sorang colleague, dia pelik tengok aku - tak cukup busy ke jadual aku? Tang bila masanya aku selit masa membaca buku?

Banyak je masa sebenarnya. Masa tengah breastpump, masa  tengah lunch, masa tengah tunggu lrt, dalam lrt, masa tunggu anak keluar pagar sekolah. Banyak sangat. Kalau kurang2 kan mata menghadap telefon, laagiii banyak masa tau :)

***************

Minggu ni minggu budget peparation untuk next financial year. Minggu KPI pun iya juga. Masa, memang tak ada. Habis focus pada keje. Habis spend dengan jadual breastpump.

Minggu ni juga Aleesya genap 9 bulan. Journey breastfeed pun dah 9 bulan. Alhamdullilah, dah sejauh ni. Sekejap ja. Cuma beberapa minggu ni, terasa sangat mencabar sebab Aleesya tak pandai kawal gigi2 baru dia. Gigi Aleesya dah banyak. Comel tapi sakitnya bila kena gigit!.. Sampai menangis.. sampai phobia. Tapi tak sampai hati nak stop breastfeeding. Semoga bertambah pahala mommy menahan sakit ni.

***************

Ada satu buku cerita lama yang duk terbayang2 dalam kepala ni.. "Hikayat Awang Sulung Merah Muda".. Tengah pilih masa yang sesuai untuk melawat koperasi DBP.  Moga2 ada lagi kat sana :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...